SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label jubah. Show all posts
Showing posts with label jubah. Show all posts

Friday, January 8, 2016

MALVITA PENANG

Dah setahun rupanya cik zira berkecimpung dalam dunia per-jubah-an.. Haha

Mula dengan 2 jubah syifa patch calaqisya, lepastu year end sale calaqisya jb 7 helai jubah. Sejak tu memang aktif lah sangat dengan semua brand muslimah yang femes femes ni.

Dia jadi menggigil bila tengok design baru. Lagi lagi bila ada sales. Aduhai.

Bila rasa dah takmo pakai lagi jubah maka cik zira akan buat preloved jubah. Haritu jual dekat 30 helai jubah brand licin, habis.

Sekarang dah penuh dah satu stand. Tunggu masa nak amek gamba nak letgo mana yang dah tanak guna dan jangan risau condition sangat elok macam baru. Almaklumlah jubah banyak sangat. Eceh.

Ok cukup intro yang nak bagi tahu betapa cik zira ni hantu jubah. Pergi mana pun memang pakai jubah.

Biasa pergi butik bila ada sales. Selalunya memang akan beli online je.

Tapi..



Berita gembira tiba bila wujudnya instagram @malvitapenang. Grand opening tak dapat pergi. Pergi beberapa hari lepas grand opening. Sebelum butik buka lagi cik zira setiap kali lalu situ mesti tengok je banner malvita tu.

Pertama kali pergi dengan adik ipar, hampir dua jam duk dalam tu. Orang lain keluar masuk, kitorang tak keluar keluar lagi.

Cik zira niat 2 helai jubah je, last last 4 jubah jugak. Brand heaxabell dengan cattleya sebab ada sales.

Best. Sebab dekat. Cumanya sales dah tak banyak masa pergi tu. Kalau ada sales semua lagi best.




Korang orang penang nak cari jubah ke tudung ke blouse ke pergilah malvitapenang k. Semua bawah satu bumbung. WAJIB PERGI!

Bila ntah nak berhenti beli jubah ni. Boleh ke? ^__^

Thursday, October 1, 2015

Tamara Dress Anggunzara yang memang mengikut tema!


happy. tak sia-sia beli Tamara Dress by Anggunzara tahun lepas. memula beli satu lepastu tambah lagi satu, tu pun katanya ada defect time beli tu RM100 exc poslaju. ni design lama dah ni. tapi memang simpan je.

kalau tahun lepas, dinner terakhir sebagai cikgu SKTC, temanya hitam putih. pakailah tamara dress hitam putih. tahun ni pulak tema dinner cikgu SKJ biru silver. sekali tengok tamara dress lagi satu belum pernah pakai simpan je betul betul ikut tema biru silver. mana tak happy! jimat takyah beli baju baru. tudung pakai shawl dua muka warna kelabu inner royal blue.

kiri dinner 2014, kanan dinner 2015. sekali ngan khalisah ikut tema dinner =)


terima kasih anggunzara sebab pernah produce tamara dress ni. dua dua cik zira pakai mengikut tema dan tahun ni rezeki dapat Queen of the Night.

tak sabar nak pakai Alma Abaya, Jannah Dress dan Katia Dress yang cik zira borong masa MoodRepublik JB haritu, kirim dekat personal shopper terbaik! tak kisahlah mahal pun mahal lah sebab setakat ni design dari Anggunzara memang cecantik dan bila pakai memang rasa bak puteri. hehe

love Anggunzara sesangat!

ni bukan iklan bertaja tau. share sebab suka =)

Tuesday, September 15, 2015

kena beli jubah baru


kalau ikutkan jubah jubah cik zira ada 40 helai lebih macam tu. sejak akhir tahun lepas berjinak jinak menjadikan jubah pakaian rasmi cik zira jika keluar rumah. banyak kan? ada je jubah baru mesti nak beli. kirim kat personal shopper sume.

sampailah baru baru ni, tengok tempat gantung jubah tu macam nak runtuh je. sebelum ni pun dah ada letgo nak dekat 10 helai jubah letgo satu satu. bila ada yang tanya pun letgo jela. tapi baru baru ni saja je amek gamba sume jubah yang ada kecuali yang memang nak pakai selalu tu simpan.

upload la kat ig, facebook. tapi dekat IG : KHREDSHOP tu memang laju. cik zira upload 18 jubah brand brand yang cik zira ada. sume letgo murah RM65 sahaja including poslaju. menderu wasap masuk. laju betul. siapa tanak jubah brand masih elok harga macam tu.

memang semua elok lagi condition tip top sebab sehelai jubah pun pakai berapa kali je ada yang tak pakai pun langsung lagi disebabkan jubah terlampau banyak. berebutlah orang nak. hehe

dari 18 helai jubah tu, laku 15 jubah. tinggal 3 jubah je untuk cik zira simpan. hanger bersusun sebab jubah jubah semua dah dibeli orang. sedih pun ada. setiap kali lipat nak packing sume jubah cik zira tu, mesti cakap ngan jubah tu. bye, selamat pergi ke tuan yang baru ye. sedih sangat.

sekarang bila tengok dan kira dekat tempat gantung jubah tu, dah susut dah jubah. tapi adalah dalam berbelas lagi jubah. masih ada. cuma rasa tak cukup. hehe. tengok kalau ada yang murah yang offer yang cantik yang tak payah iron, memang cik zira akan beli.

sama macam baju kurung pun, amek gamba letak dlm ig, daripada nak dekat 30 pasang baju kurung, sekarang tinggal 3 pasang sahaja. lain sume dah ada yang beli. alhamdulillah.

tapi yang masih bergantung nak buat pergi kerja berpuluh puluh pasang lagi ada. orang perempuan kan. berlambak mana pun baju dan tudung tetap rasa macam takde apa nak pakai. adatlah tu.

sebab tu kena letgo mana yang tanak pakai dah, tapi sume gerenti masih elok. padan sangat sangat dengan harga yang cik zira letgo tu.

sekarang letgo tudung tudung yang melambak tu. sekali beli 10 helai sebab nak harga borong, rasa rasa tudung yang ada tu mahu nak dekat 100 helai tu. yang sebelum ni pun banyak dah kasi orang.

alahai cik zira.

Sunday, June 21, 2015

menunggu...


cik zira ni boleh dikatakan antara salah satu peminat yang sangat sangat addicted dengan brand muslimah negara yang semakin dikenali sekarang.

hari hari pasti wajib akan stalk ig calaqisya, jubahsouq, dreemika, radiusite, anggunzara ngan rinasalleh. ni yang wajib stalk. tahan je nafsu kalau ada new arrival. mana yang ok cik zira rembatlah jugak.

dah bergantung 40 helai jubah dah kat dalam bilik tu. paling lattest beli button jubah calaqisya. kirim personal shopper kebetulan takde servis cas free poslaju sape taknak siap ada less 15% dari harga asal. memanglah wajib beli.

ok sekarang, duk tunggu je dengan sabar koleksi raya dari jubahqouq. jubah raya dengan baju kurung raya jubahsouq. sangat cantik. wajib beli baju kurung tu. boleh pakai raya pakai gi keje.

cantik cantik cantik sangat sangat sangat kan? haisyh.. sabo sabo


korang peminat brand brand hebat ni jugak? bila tengok cantik je terujanya lain macam kan kan. samalah macam cik zira.

kalaulah duit banyak kan. hehe

Tuesday, June 16, 2015

NEW : DARIA DRESS by DREEMIKA


cik zira nak letgo Dress Daria dari Dreemika beli masa Mood Republik Kuantan. tamak sangat beli sampai 3 helai daria ni sebab harga rm90 je selai. tapi warna cream ni tak sesuai plak dengan cik zira. tak reti pakai warna suci macam ni. hehe

MASIH BARU ye. RM98 inc poslaju sebab kain ni kain berat.



kalau ada sesiapa berminat, boleh sms atau whatsapp cik zira di 012 7962386. saiz M material lycra. Dress Daria 1.0 warna cream.

Thursday, April 9, 2015

alahai jubah jubah baru


selalunya dan kebiasaannya setiap kali beli jubah baru akan ada masalah labuh. jarang dapat jubah yang ngam ngam dengan tinggi cik zira yang hanya 160cm ini. beli je mesti kena alter labuhnya.

dan samalah macam 15 helai jubah cik zira beli masa MOODREPUBLIK di penang februari lepas. 4 helai sahaja ngam labuh dari rinasallehclothing. lain sume kena hantar potong bawah.



masih tak berpeluang pakai jubah jubah baru dari jubahsouq, anggunzara, dreemika dan calaqisya. pakai jela dulu jubah yang mana ada.

dah hantar potong tapi masih tak amek sebab hantar kat seberang. sini takde. hantar BJ sehelai amek rm10. mahal betul. kalau dah 10 helai tak ke 100. bazir je. cari yang boleh potong rm5 ke rm6 ke ok lagi.

payah sebenarnya nak dapat jubah labuh ngam ngam. memandangkan cik zira pakai flat tu yang tak nak menyapu lantai sangat sebab nak buat solat kan.

sebenarnya motif entry ni nak bagi tahu geram dah ni bila dapat pakai jubah jubah baru.. huwaa!!

Thursday, February 5, 2015

kalau dah namanya cik zira...


cik zira ni kalau nak tahu sejak dari zaman belajar, kalau beli tudung ke baju ke kasut ke memang akan beli sekali banyak. beli untuk dapatkan harga borong. tak akan beli satu dua je. sebab tu lah boleh berniaga sekali sebab beli banyak nanti dapat pakai untuk diri sendiri.

samalah sampai ke sekarang. baju baju lama zaman anak dara sume dah bagi orang. sekarang memang imej berjubah sahaja. keluar memang akan sarung jubah.

masa calaqisya buat sales kat butiknya di JB haritu, cik zira bukan main semangat. dah cerita kan dalam blog ni. sanggup ni lepas subuh terus keluar takde sapa sapa lagi sampai. cik zira orang pertama.

beli pun sekali 7 jubah. nasib baik ada orang kirim, kalau tidak mahu rembat sampai 10 helai jubah. target 5 jek.



ni nanti 21 februari, festival no 1 kat Malaysia iaitu Mood Republik akan ke penang dengan semua jenama jenama hebat malaysia. cik zira sangat sangat tak sabar. kang ada berkampung kat sana dari pagi sampai malam. syukurlah dah duduk sini. pulak tu mood republik datang sini. apa lagi. kalau buat kat KL tu meleleh je air liur tengok sale kaw kaw.



banyak target cik zira kali ni. habislah. kalau haritu dengan calaqisya je 7 helai jubah. ni masa mood republik ni semua yang best best ada. cuba bayang berapa jumlah helaian jubah yang bakal cik zira rembat?

duit konpemlah nak kena simpan dari sekarang. gaji januari dengan februari kena reserve sket untuk shopping jubah di mood republik nanti. pasti!

dah set siap siap 21 februari nak bershopping sakan. bukan senang tau semua jenama hebat berkumpul di penang. di bawah satu bumbung. tak sabar!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails