SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label calaqisya. Show all posts
Showing posts with label calaqisya. Show all posts

Saturday, February 21, 2015

MOODREPUBLIK TOUR PENANG


Ya Allah, sejak tahu je MOODREPUBLIK nak datang penang, cik zira terus happy dan syukur sebab dah pindah penang. lama sangat cik zira tunggu nak berpeluang pergi festival besar macam ni. bayangkan semua brand hebat datang berkumpul di SQCC, penang ni.

bayangkan..

jadi, selama berhari hari cik zira menghitung hari, hari inilah harinya. 21 februari 2015. MOODREPUBLIK TOUR PENANG telah bersedia untuk diserbu jangkaan 50 ribu orang akan serbu SQCC tu.



cik zira dah sedia meredah lautan manusia. kasi redah kasi shopping sampai lebam! duit pun dah sediakan lama.

jom orang penang, orang utara semua! kita sama sama shopping jubah tudung segala macam yang best dengan HARGAKASILICIN untuk kita semua.

tunggulah cik zira share hasil rembatan cik zira ni k. jangan over limit sudah. hehe

Thursday, February 5, 2015

kalau dah namanya cik zira...


cik zira ni kalau nak tahu sejak dari zaman belajar, kalau beli tudung ke baju ke kasut ke memang akan beli sekali banyak. beli untuk dapatkan harga borong. tak akan beli satu dua je. sebab tu lah boleh berniaga sekali sebab beli banyak nanti dapat pakai untuk diri sendiri.

samalah sampai ke sekarang. baju baju lama zaman anak dara sume dah bagi orang. sekarang memang imej berjubah sahaja. keluar memang akan sarung jubah.

masa calaqisya buat sales kat butiknya di JB haritu, cik zira bukan main semangat. dah cerita kan dalam blog ni. sanggup ni lepas subuh terus keluar takde sapa sapa lagi sampai. cik zira orang pertama.

beli pun sekali 7 jubah. nasib baik ada orang kirim, kalau tidak mahu rembat sampai 10 helai jubah. target 5 jek.



ni nanti 21 februari, festival no 1 kat Malaysia iaitu Mood Republik akan ke penang dengan semua jenama jenama hebat malaysia. cik zira sangat sangat tak sabar. kang ada berkampung kat sana dari pagi sampai malam. syukurlah dah duduk sini. pulak tu mood republik datang sini. apa lagi. kalau buat kat KL tu meleleh je air liur tengok sale kaw kaw.



banyak target cik zira kali ni. habislah. kalau haritu dengan calaqisya je 7 helai jubah. ni masa mood republik ni semua yang best best ada. cuba bayang berapa jumlah helaian jubah yang bakal cik zira rembat?

duit konpemlah nak kena simpan dari sekarang. gaji januari dengan februari kena reserve sket untuk shopping jubah di mood republik nanti. pasti!

dah set siap siap 21 februari nak bershopping sakan. bukan senang tau semua jenama hebat berkumpul di penang. di bawah satu bumbung. tak sabar!

Thursday, January 8, 2015

mesti berjubah


koleksi jubah dah memenuhi tempat gantung. banyak dah. tapi konpem nanti tambah lagi. nak nak dapat tahu moodrepublik nak bawa tsunami mai penang februari nanti. wah! tak sabar ni. nak kena simpan duit tambah jubah baru.

cik zira cik zira. jubah yang ada pun banyak yang belum pakai. isyh isyh

sekarang kalau keluar je rumah mesti sarung jubah dan dalamnya pakai kain. kalau keluar biasa biasa je sarung yang tak payah iron. tapi kotla nak keluar berjalan jalan kan, nanti rajinkan diri iron yang jubah satin.






favourite cik zira of course lah calaqisya. banyak jubah dari CQ je ni. lain ada jugak. pakai jugak. pendek kata, jubah is a must from now on and forever. semoga istiqomah. amin.

Monday, December 22, 2014

cik zira salah seorang calaqueens of calaqisya




siapa yang tak kenal CALAQISYA kan. peminat tegar jubah mesti kenal. sejak cik zira berjinak jinak memakai jubah tegar, cik zira pertama kali jejakkan kaki ke physical butik calaqisya di BBU semata mata nak rembat jubah. pertama kali beli ialah syifa patch merah dan syifa hitam. dua tu je beli dulu. suka sangat sangat. labuh pun sanggup hantar potong bawah.



asek keje pakai jubah tu je sebab senang je takyah iron. dan tak lama lepas tu, betul betul sehari sebelum cik zira nak berpindah, CQ ada buat yearendsales dekat branch JB. apa lagi, memang sejak diumumkan tu, cik zira hari hari tengok ig CQ. geram tak sabar. dah aim nak rembat 5 lagi jubah yang materialnya moss crepe macam syifa patch dan malika.

hari yang dinanti pun tiba. sanggup ni tido pun tak lena. lepas subuh terus keluar umah ke butik CQ. rezeki sampai je dalam jam 6.15 pagi takde orang pun lagi. gelap, tunggulah dalam kereta. orang kedua datang. borak borak ngan dia.



nombor boleh amek pukul 8 pagi. dapat je nombor bertuah 0001 tu terus balik umah dulu. makan sume jumpa khalisah. nak dekat pukul 10 pagi, terus keluar lagi dah bersedia nak bershopping. aimnya memang nak beli jubah syiffa, malika dan dian. tapi pagi masa tunggu nombor tu tengok calasoldiers sume pakai jubah jubah lain nampak alahai cantiknya. dah lari aimnya ke mana mana ntah.

masa yang ditunggu tiba. jam 10.15 pagi macam tu lepas yang golden tiket selesai, kami batch pertama 30 orang dibenarkan masuk dan hanya ada 40 minit untuk selesaikan pembelian. apa lagi, cik zira cari yang aim dulu. dah selesai, carikan kiriman 3 helai. dah selesai baru tengok sumayyah, aina dan ara lacey patch. lepas tu semak balik dah amek apa. tuka plak sebab dian macam x berapa berkenan sangat. tuka lagi. amek sabrina plak. untuk aina cik zira mula mula nak amek saiz M sekali cuba macam besar sangat. cuba saiz S ok. jadinya sume jubah amek saiz S. yang syiffa dan malika saiz S/M. sebab cutting jubah CQ besar.

dari aim nak beli 5, sekali beli 7. haha. tapi memang puas hati. seb bek ada masa 40 minit je. kalau tak tengok tengok lagi habisla semua nak amek. balik dengan senyuman je sebab puasa hati dah tambahkan koleksi jubah.

untuk pengetahuan semua yang dah pun baca entry entry cik zira sebelum ni, cik zira dah berubah sedikit. tak berubah apa pun. cuma dah berjinak jinak dengan pakai jubah setiap kali keluar rumah. dan tudung pun sekarang saiz XL je sume. koleksi tudung XL pun dah banyak. yelah, sekali beli banyak. baru jimat. jadinya, bila calaqisya buat sales, harus serbu dan beli sebab duk mengumpul jubah plak sekarang ni. dah ada berbelas ni nak dekat 20 helai dah. hehe

baju baju lama semua dah kasi orang. nanti masuk rumah sewa nanti, penuh almari gantung jubah je. lagi senang kan. oh ye, dan masa mood republik buat sales terhebat pun, konon taknak beli, sekali kirim jugak dekat personal shopper lagi 2 jubah sebab murah. beli 2 helai jatuh harga sehelai rm100. takkan tak nak kan. so kirim malika dan sabrina lagi. suka suka suka!

kalaulah pergi keje boleh pakai jubah kan best kan. tapi takpe, baju kurung keje pun melambak tu ha. jubah jubah ni semua bawa berjalan je keluar rumah. selain calaqisya, koleksi jubah cik zira ada jugak dari anggunzara. anggunzara punya jubah pun best sebab cutting princessnya memang betul betul flowy. jenis kain satin pun satin yang lembut sangat. dah ada tamara dress, arabella dan arabella dhea.

aim macam nak try jubah dari jubahsouq sebab designnya smart. dengan dreemika pun. tapi nanti dululah. raya nanti, eceh dah fikir raya dah ni, konpem beraya dengan jubah.

sekarang ialah tak sabar nak gantung semua koleksi jubah yang ada dalam almari. tudung tudung sume pun. inilah cik zira sekarang. kalau member member maktab dulu jumpa cik zira sekarang mesti terkejut. hehe. lagipun dah jadi mak budak, dah makin meningkat umur. lama lama mesti akan ada kesedaran kan. dulu tu zaman anak dara nak melawa je keje. tak fikir apa. dah sampai masa nak pakai bebetul dah. lagi rasa best dengan apa yang cik zira pakai sekarang walaupun nampak macam makcik makcik ke, tak kisah pun sebab semua kerana ALLAH.




eh. belum habis cerita lagi. masa pergi sales kat JB itu hari, berpeluanglah cik zira jumpa bos bos calaqisya yang selama ni tengok kat ig je. papanda hana yang memang muka garang tapi klako. ibu hana dan tiga beradik tu memang sangat cantik. dan tentunya farah hana aka hana belipat yang sangat sangat comel je orangnya. dorang memang best! terbaik sangat. terima kasih. dari sekecik perkara sampai ke besarnya semua dibuat dengan baik. tahniah! sebab tu bila ada pape je calaqisya pasti diserbu hebat! sampai cik zira ni dah hafal dah nama nama jubah calaqsiya. hehe






ok dah kot ek. kena berhenti dulu. sejak sejak dah beberapa hari update blog ni rasa best pulak. In Sha Allah nak kekalkan. tak kisahlah ada orang baca ke takde, asalkan cik zira boleh bercerita. sendiri taip sendiri baca. bolehla.. :)

ok. tunggu cerita esok plak. nanti dah keje update blog petang plak agaknya sebab kerja pagi dah kat tempat baru ni. nanti cerita pasal sekolah baru plak k bila dah mula keje nanti.

baiklah. Assalamualaikum.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails