SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, September 15, 2015

kena beli jubah baru


kalau ikutkan jubah jubah cik zira ada 40 helai lebih macam tu. sejak akhir tahun lepas berjinak jinak menjadikan jubah pakaian rasmi cik zira jika keluar rumah. banyak kan? ada je jubah baru mesti nak beli. kirim kat personal shopper sume.

sampailah baru baru ni, tengok tempat gantung jubah tu macam nak runtuh je. sebelum ni pun dah ada letgo nak dekat 10 helai jubah letgo satu satu. bila ada yang tanya pun letgo jela. tapi baru baru ni saja je amek gamba sume jubah yang ada kecuali yang memang nak pakai selalu tu simpan.

upload la kat ig, facebook. tapi dekat IG : KHREDSHOP tu memang laju. cik zira upload 18 jubah brand brand yang cik zira ada. sume letgo murah RM65 sahaja including poslaju. menderu wasap masuk. laju betul. siapa tanak jubah brand masih elok harga macam tu.

memang semua elok lagi condition tip top sebab sehelai jubah pun pakai berapa kali je ada yang tak pakai pun langsung lagi disebabkan jubah terlampau banyak. berebutlah orang nak. hehe

dari 18 helai jubah tu, laku 15 jubah. tinggal 3 jubah je untuk cik zira simpan. hanger bersusun sebab jubah jubah semua dah dibeli orang. sedih pun ada. setiap kali lipat nak packing sume jubah cik zira tu, mesti cakap ngan jubah tu. bye, selamat pergi ke tuan yang baru ye. sedih sangat.

sekarang bila tengok dan kira dekat tempat gantung jubah tu, dah susut dah jubah. tapi adalah dalam berbelas lagi jubah. masih ada. cuma rasa tak cukup. hehe. tengok kalau ada yang murah yang offer yang cantik yang tak payah iron, memang cik zira akan beli.

sama macam baju kurung pun, amek gamba letak dlm ig, daripada nak dekat 30 pasang baju kurung, sekarang tinggal 3 pasang sahaja. lain sume dah ada yang beli. alhamdulillah.

tapi yang masih bergantung nak buat pergi kerja berpuluh puluh pasang lagi ada. orang perempuan kan. berlambak mana pun baju dan tudung tetap rasa macam takde apa nak pakai. adatlah tu.

sebab tu kena letgo mana yang tanak pakai dah, tapi sume gerenti masih elok. padan sangat sangat dengan harga yang cik zira letgo tu.

sekarang letgo tudung tudung yang melambak tu. sekali beli 10 helai sebab nak harga borong, rasa rasa tudung yang ada tu mahu nak dekat 100 helai tu. yang sebelum ni pun banyak dah kasi orang.

alahai cik zira.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails