SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label ibuanak. Show all posts
Showing posts with label ibuanak. Show all posts

Friday, May 12, 2023

Baju Raya Ibu Anak

Raya tahun ni jimat bab membeli baju raya. Kenapa? Sebab khalisah dah boleh pakai baju cikzira. Tapi kain tu labuh la dia kena lipat sebab belum sama tinggi. Setahun lagi samalah tinggi dengan ibu.

Khalisah sekarang 10 tahun tinggi 150cm. Cikzira tinggi 160cm. 

Jadi raya baruni pergi beraya open house semua, cikzira dengan khalisah sedondon mix n match baju-baju kerja cikzira je banyak dari colorblastcloset la kan mana lagiZ. Brand favourite cikzira dari dulu dan selaku duta tak rasmi yang lantik diri sendiri, wajiblah kan beraya dengan baju-baju colorblastcloset ni. 

Mix n match macam mana tu eh nak bagi nampak sedondon anak beranak?
Senang je, pilih dua pasang baju ikut tema warna yang korang pilih. Lepastu tukar je kain dengan baju tu. Ha, terus nampak cantik sedondon. Cikzira mix kan sepasang baju plain dengan sepasang baju printed.













Post ni cikzira share gamba-gamba cikzira dengan khalisah sedondon melaram masa jalan beraya tahun ni.

Mana yang ada anak dara yang dah sama besar dengan mak, takyah pening dah boleh dah share baju mix n match kan je macam ni❤️

Saturday, April 29, 2023

1 Syawal 1444H⭐️🌙

Harini dah 8 Syawal, sekejap je kan
Baru sempat nak update cerita raya cik zira dan keluarga.
Tahun ni balik beraya kampung halaman dekat JB. Walaupun atok dah takde, tapi bik ani masih ada dan in sha Allah setiap kali raya cik zira akan bawa khalisah dengan abdul khaliq balik beraya jumpa tokbik dan semua.  




Encik suami tak beraya sama sebab stanby takut raya mengejut macam tahun lepas kena meniaga sampai 4 pagi. Jadi cik zira dengan dua ketul je balik kampung.

Family abah tak cukup suami cikzira dengan family adik kedua sebab dia kena kerja, isteri dengan anak dah balik sungai petani dulu beraya sana.





Tahun ni tema kelabu grey macam tu. Baju khalisah dengan abdul khaliq dah beli siap siap dekat shopee bulan 12 lagi. 

Baju cik zira pun beli balik jb masa cuti sekolah bulan 12. Beli dekat butik icahfa. Simple je kurung Kedah tapi ada diamond diamond tu la bagi menyerlah sket baju tu. 



Pagi raya lepas geng lelaki balik solat raya, bergambar sekejap di bawah terik mentari lepastu terus ke rumah wajib pergi pagi raya uma buyut dan tokcik. Makan bergambar lepastu sambung rumah tok nah di kg Melayu. 

Balik rumah semula bersilat tetamu pulak datang beraya ramai-ramai sampailah ke petang nak balik Melaka pun masih ada tetamu datang. Alhamdulillah. 

cikzira khalisah dengan abdul khaliq ikut abah mama balik Melaka sambung beraya di Melaka sebab nak tumpang adik nombor 2 tu balik penang sekali nanti. 

Sampai Melaka dah nak dekat maghrib bersilat plak sebab sedara mama nak datang beraya ramai-ramai sekali sambut birthday mama 22 April. 

Nasib lah ada ramai askar membantu adik bongsu cik zira adik nombor 3 dan isteri. Sebab tetamu ramai 50 lebih. 

Macam tu la raya kan. Beraya ziarah jumpa sembang makan makan. Bukan selalu nak dapat rasa macam ni. Penat tu memang lah penat tapi seronok dapat berkumpul ramai-ramai. 

Hari raya kedua dengan ketiga sambung beraya uma sedara mama. Raya keempat dah gerak balik penang awal pagi dah sampai keluar awal nak elak jem. Alhamdulillah perjalanan smooth je. 

Sampai penang raya ke 5 sampai lah harini raya ke 8 Sabtu hari hari pergi beraya bawa khalisah dengan abdul khaliq. Cuti masih ada. Nanti dah kerja balik duk diam diam kerja hehe

Next pos cikzira share kisah beraya cikzira dan ootd kitorang anak beranak eh😘

Cikzira nak amek kesempatan ni buat yang sudi singgah blog merah hari raya ni, SELAMAT HARI RAYA MAAF SALAH SILAP TERLANJUR KATA TERKASAR BAHASA. Semoga semuanya sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. 

Jaga diri korang sekarang cuaca panas sangat. Minum air banyak banyak tau❤️

Sunday, November 21, 2021

The Chicken Rice Shop

Kadang-kadang kalau keluar pergi mall jalan jalan bila dah tak tahu sangat nak makan apa, cik zira khalisah khaliq akan makan dekat the chicken rice shop. 

Memang nasi ayam dekat sini sedap, nasi dia lembut secukup rasa sup pun sedap ayam pun sedap. Kiranya untuk satu set biasa RM10.90 tu berbaloilah. Kadang order nasi tambah bila lapar sangat. 




Haritu dating dengan khalisah makan dekat the chicken rice shop jugak. Khalisah macam biasa amek set nasi. Ibu order Curry laksa. Pun sedap portion pun kenyang makan. Lepastu siap tapau untuk khaliq dan makan malam.

Ada orang tak suka sangat nasi ayam dekat sini, tapi pada cik zira, anak anak, kitorang memang suka sebab memenuhi citarasa nasi ayam tu. Nyums!

Friday, November 5, 2021

Ixora Hotel Penang

Ini kisah bulan Oktober lepas. Cik zira saja tanya direct live dengan Ixora Hotel Penang, tanya ada promotion tak. Sekali ada offer untuk superior family 1 double bed 1 single bed inc breakfast.

Terus cik zira booking sebab harga offer RM187 all in. Murah la kan. Saja saja nak check in lagi lepas dah check in rasa sayang tu.










Bilik alhamdulillah ok, sepadan la dengan hotel kecik biasa tu kan. Bersih dan kemas. 

Untuk mandi pool dia, ada jadual, setiap kali mandi dalam sejam setengah slot diberikan. Kena book dulu. Jadi, cik zira book untuk petang dan untuk pagi esoknya sebelum check out. 









Kiranya time mandi tu tak ramai lah, dalam dua family je macam tu. Masa mandi petang tu agak panas jugak tapi sebab kolam budak budak yang ada slides tu macam ada tempat teduh jadi bolehlah tak kena panas sangat.

Malam tu makan je makanan tapau siap siap dekat marrybrown mydin. Jadi memang duk dalam bilik je. 

Esoknya turun untuk breakfast. Ok jugak lah menu untuk sarapan. Walaupun taklah banyak sangat tapi kenyang lah jugak pagi tu dapat makan sebelum bawa khalisah khaliq gi mandi lagi sebelum check out. 





Dah puas mandi kolam lagi, balik bilik mandi bersihkan diri, berkemas dan tunggu solat zohor. Minta check out lewat sket lepas zohor. 

Kesimpulannya, bila kadang-kadang ada offer murah macam ni, terus grab. Tak kisahlah hotel kecik ke beso ke janji ada pool untuk budak budak. Dorang kalau check on hotel apa lagi kan yang dorang nak. Mesti nak mandi kolam je. 

Next?
Nanti cik zira akan cerita plak kitorang check in back to back hotel 3H2M geng mak2 dengan anak4 plak k. In sha Allah❤️

Sunday, October 31, 2021

Tema Berwarna

Cik zira suka bila setiap kali keluar dengan khalisah khaliq pakai baju warna sama. Kalau raya memang wajib sedondon kan. Time keluar berjalan pun nak jugak sedondon tiga beranak. 

Baru ni pergi staycation 3H2M pun dah pilih siap siap tema warna untuk 3 hari. Hitam, grey dengan merah. Jadi cik zira pilihlah baju siap siap untuk kitorang bertiga ikut tema 3 warna tu. 


Bila bergambar nampak senada je sebab pakai warna sama. Betul tak?


Korang pun sama ke macam cik zira suka sedondon satu family setiap kali keluar? 

Tuesday, October 26, 2021

Setelah lengkap 2 dose

Haritu setelah habis iddah 2 vaksin lengkap, maka cik zira pun keluarlah dengan khalisah. Pergi queensbay mall je masa weekdays. Orang tak ramai. Yelah masih takut takut nak keluar lagi kalau orang ramai.




Pergi shopping sket lepastu pergi makan dekat sushi king. Kiranya 1st dine in selepas PKP la tu. Happy sungguh lah dapat keluar jalan shopping makan macam dulu dulu.



Dah boleh keluar berjalan bawa khalisah dengan khaliq bila cuti weekend. Happy sangat, alhamdulillah. Tapi ingat ye, kita kena jaga diri kita sendiri. Jaga SOP jaga jarak jaga kesihatan. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails