SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, July 13, 2025

JJCM Penang : Alunan Rasa by Irama Dining

harini lunch dekat Alunan Rasa by Irama Dining yang baru je buka tak sampai seminggu lagi. Lokasi di Setia Triangle Bayan Lepas. 

punya nak pergi sangat sebab kontraktor yang buat ID walid BFF abdul khaliq. nak tengok sendiri kecantikan restoran. dan nak rasa makanan lah of course kan sebab mesti sedap sebab adik beradik dengan tamara, irama dining, sutera, luffa, cafelagenda semua ni. 

sampai sampai terus pilih meja dan duduk. memang cantik eh deko dalam restoran. warna ceria tapi mendamaikan. scan untuk order. masing masing pilih menu sendiri. 

order tak sampai berapa minit terus dapat air eh. pantas betul. makanan pun sekejap je dah sampai. servis laju. harap dapat dikekalkan. makanan pun sedap. khalisah dengan abdul khaliq makan licin siap cakap 10/10😅

Hor Fun RM16.90
portion besar, kenyang, char dia banyak tak kedekut
kuah pekat likat masin secukup rasa sedap
ayam pun sedap makan plak dengan kuah cili potong
try order tau menu ni, recommended!

Spicy Spaghetti Buttermilk Chicken RM18.90
ni khalisah punya, dia rate 10/10
buttermilk yang sedap, yang tak muak
ayam pun crispy makan dengan kuah tu sedapp
khalisah nak makan lagi menu ni kalau repeat


Spicy Cheesey Samyang with
Spicy Chicken Wings Alunan RM22.90

ni abdul khaliq punya dia pum rate 10/10
licin jugak, dia kata tak pedas sangat sangat
chicken wings 2 ketul tu khalisah makan licin jugak
yang tak tahu nak makan apa, boleh cuba menu ni


Iced Matcha Latte RM11.90
khalisah punya dia kata sedap tak manis
yang suka matcha boleh order ni

Iced Kopi Kampung RM7.90
sedap! yang suka kopi boleh order ni


harga standard restoran tapi jangan risau masih affordable dan taklah mahal sangat sangat. macam cikzira tadi makan 3 hidangan dan 2 minuman sekali tax RM86.35.

nak repeat sebab nak cuba menu lain pulak nanti. korang, bila lagi? kena try tau❤️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails