SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, August 11, 2025

Homestay Private Pool Kodiang Kedah : Lamoon House

Anda mencari homestay cantik yang ada private pool yang luas untuk anak-anak di Kodiang, Kedah?

Jom cik zira bawakan Lamoon House.my yang terletak di Kodiang Kedah dekat je dengan SMKA Jerlun. Kebetulan kan cikzira dan ummi Nasyitah Nazari nak support anak dara kami untuk Kalam Jamaie Peringkat Kebangsaan. Ummi la yang carikan homestay untuk check in dan bagi anak-anak happy❤️







Homestay ni ada 2 bilik katil queen aircond, 1 bilik ada bilik air sekali, 1 lagi bilik air di sebelah dapur yang ada pintu direct lepas anak-anak mandi kolam boleh terus masuk mandi di bilik air yang ni. 










Kawasan luar homestay ni sangat sangat luas cantik bersih, banyak spot untuk korang OOTD bersama keluarga tersayang. Ada jugak tempat khas untuk buat BBQ tau. Shower dekat luar pun ada jugak. Best tak best?

Dekat balkoni luar pun ada tempat untuk korang lepak lepak sambil tengok anak anak mandi kolam lama lama sampai tak mau naik😆

Homestay ni comel je tapi sesuai untuk keluarga anak ramai sebab katil queen dua dua bilik siap ada tambahan tilam single dua boleh baring dekat ruang tamu. 

PALING BEST SEBAB PRIVATE POOL SANGAT LUAS. Anak anak korang mesti sangat sangat happy dan tak berhenti cakap terima kasih❤️

Lamoon House Homestay ni ada dua unit tau. Yang kitorang duduk ni Unit Oasis warna oren. Yang kedua warna pink sama jugak ada private pool tapi beza ada bath tub harga pun up sikit. 

Unit Oasis Lamoon House ni harga ummi dapat RM500/night untuk rate weekend deposit RM150. Lepastu kitorang late check out RM15/hour. Tapi harga tertakluk kepada perubahan tuan homestay ya. 

Tuan Lamoon House  ni sangat sangat baik, senang berurusan. Dapat check in awal sebab sampai awal selesai kalam jamaie di SMKA Jerlun. Lepastu dapat check out lewat sebab kebetulan takde guest check in selepas tu. Owner memang sangat baik!

Boleh contact owner di nombor ni tau : wasap.my/+601172203143 

Cikzira memang suggest sangat sangat korang mai check in Lamoon Homestay kalau datang Kodiang Kedah.

terima kasih ummi ctah❤️

#Homestaykodiang #homestaykedah #homestayprivatepool

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails