SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, August 16, 2025

JJCM Penang : Nasi Lemak Sambal Lesung

harini sabtu weekend. macam biasa ibu bawa adik kakak jjcm. kita lunch dekat Nasi Lemak Sambal Lesung dekat Bayan Baru. baru lagi beroperasi. nasib sampai ada parking. masuk kedai ada orang ramai tapi masih ada meja. 




nasi lemak guna beras basmathi tau. lepastu pelbagai pilihan lauk yang ada kedai nasi lemak lain takde, ada dekat sini. yang bestnya jugak, sambal nasi lemak tu ada 4 level kepedasan. special kan? 

selain nasi lemak dan lauk pauk, ada jugak menu sampingan macam megi goreng, kuey teow th'ng, bihun spore, kuih muih, mee udang. tapi sebab memang tiga tiga nak makan nasi lemak, tak oderlah menu lain tu. 

macam biasa, tengok gamba dengan caption eh, harga cikzira letak selalunya belum masuk cukai tau:

Nasi Lemak Keli Sambal RM12.90

Nasi Lemak Ayam Rempah RM13.90

Nasi Lemak Biasa RM5

Kopi Ais RM4, Teh O Ais RM3.70, Sirap Bandung RM4


boleh repeat. sambal lauk sume berasa. portion ayam besar. ikan keli tu pun besar dan rangup. air pun cup besar jugak sesuai harga. siapa mai penang nak makan nasi lemak boleh try Nasi Lemak Sambal Lesung buka seawal 8.00 pagi sampailah 11.00 malam. 

hampa pi nah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails