SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, September 16, 2012

penuh trolley.



Alhamdulillah. pagi semalam cik zira ke tesco extra di plentong untuk membeli barangan hadiah untuk cabutan bertuah Karnival Usahawan SK Taman Cendana 29 September nanti. dan syukur cik zira tidak keseorangan sebab kak kiah dan teman rumahnya, kak ros pun tolong cik zira shopping sama. nasib baik, kalau sorang-sorang memang susahlah nak bawa sampai 2 trolley.


penuh trolley dengan barang. cari barang yang best sebab mana tahu diri sendiri dapat cabutan bertuah tu ke nanti. dari pukul 10 lebih sampailah ke pukul 12 lebih siap mencari barang dan bayar.





separuh barang masuk keta kak kiah, separuh barang keta cik zira. tak habis dengan itu, lepas berpisah di tesco tu, cik zira teruskan perjalanan ke Mydin BBU. ada lagi sikit barang nak kena beli. lepas tu siap tapau ayamas pepper separuh sebab sangat lapar. dah tengah hari kan tak makan lagi. siap makan dalam keta dalam perjalanan nak ke kedai dekat ngan umah sebab ada barang nak habiskan beli.


syukur, semua barang dah beli. tugas cik zira membeli dan menyusun juga packing dah selesai. tinggal nak serah duit dan serah barang hari selasa ni. ada mesyuarat. 


sampai rumah semalam pukul 2 petang sambung makan ayamas cicah sos. sedap betul. setengah ekor tu cik zira makan sorang-sorang tau. lagi 2 ketul sambung makan malam.





kesimpulannya, hari sabtu cik zira semalam penuh berisi dengan aktiviti kerja yang perlu diselesaikan dan makan jugak. petang siap makan roti jala tau!


hari ni pulak? em, tak tahu lagi. mungkin bawa atok dan bik ani pergi rumah sedara. nak makan lagi dan lagi.





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 16 september 2012 8.07 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails