SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, January 7, 2019

TRIP KE TANAH ABANG : SYURGA SHOPPING

TRIP KE TANAH ABANG PART 8 : TANAH ABANG MALL BLOK A&B

ok baiklah. ini saat yang ditunggu tunggu oleh semua pencinta shopping macam cik zira. rasanya semua perempuan pun sama. gila, siapa tak suka shopping kan? perasaan yang tak dapat digambarkan tau.

cik zira tuka duit RM4000 ke rupiah. jadilah orang kaya sekejap dapat berbelas juta rupiah kalau tak silap. tuka di money changer mydin melaka masa tu. tu je yang ada yang tahu. takut kalut, padahal korang boleh je tuka duit dekat klia2 tu tau banyak money changer dia.

duit RM4k ni termasuk nak shopping, duit hotel, duit makan dan duit teksi. tu pun tak habis, ada lagi dalam RM800 lebih. tapi tersilap percaturan, masa nak tuka duit rupiah yang lebih tu kepada RM rugi nak dekat RM200 lebih jugak sebab pergi tuka dekat airport jakarta tu. masa tu tak faham. bila dah rugi baru menyesal. dorang beli duit dorang sendiri murah, jadi kita dapat sikitlah. rugi. bila sampai klia2 tengok memang betul cik zira rugi. tapi, takpelah, benda ni pengajaran.

ok berbalik kepada perkara SHOPPING. ramai suggest pergi Thamrin City Mall. tapi cik zira bertegas jugak nak ke Tanah Abang. suka hatilah kan, duit sendiri sendiri yang nak shopping, sendiri yang nak berjalan. alhamdulillah berpuas hati dengan keputusan sendiri sebabnya Tanah Abang ni memang best untuk shopping. SYURGA SANGAT

cik zira nak bagi tahu eh, Tanah Abang ni ada banyak blok. Blok A Blok B dan seterusnya. satu blok pun korang takkan habis tawaf dalam masa sehari sebab ada bertingkat tingkat. tapi apa yang bestnya, dia dalam mall tau, ekon sejuk dan selesa. cumanya dia shoplot kecik kecik bila ramai jadi sempit sket la nak lalu kat lorong-lorong tu.



dan kadang nak cari kedai sama boleh sesat macam cik zira dan ina next day nya nak repeat beli telekung boleh tak jumpa kedai telekung yang sama. last-last cari jugak sampai jumpa.

dalam satu tingkat pun penuh lorong. banyak sangat kedai. cik zira dan ina shopping dekat Blok A dan masuk sekejap dekat Blok B sebab connected.

cik zira target besar ke tanah abang nak beli baju lace dan kain batik ready made. tu yang membuatkan cik zira nak ke sana sangat sebab bila tahu murah. selebih tu memang shopping la apa yang berkenan di hati.

apa yang cik zira beli:
1. baju lace dan kain batik ready made dapatlah dalam 12 gitu sepasang 140k-150k rp
2. kebaya sulam dapat 5 160k rp
3. telekung 7
4. baju kemeja batik/blouse batik kitorang 4 beranak banyak sangat tak terkira
5. kain batik nak tempah
6. kaftan
7. sejadah 40k rp
8. baju kebaya/lace khalisah
9. hadiah untuk family
10. blouse

























aduh, maaf la tak ingat harga lah sebab men beli je kan. tapi memang murah la. jangan risau. cik zira jenis beli banyak pun duit masih ada lagi. sebab takleh beli banyak sangat kena limit luggage sorang 20kg je.

dan banyak lagilah. memang kalau nak habiskan sehari blok A dengan blok B memang tak boleh. tingkat bawah sekali banyak kain-kain. murah. segala jenis kain ada. batik dorang Masha Allah sangat cantik corak macam-macam corak. tolong beli kalau korang pencinta batik.

kemeja batik blouse batik pun korang wajib beli sebab murah dan banyak sangat pilihan. memang puas hati. banyak sangat cik zira beli.

telekung pun sama. murah murah. sulam ke cotton corak ke semua ada. sepasang ibu anak pun ada. memang boleh borong banyak telekung.

harga tu kalau korang beli banyak dia bagilah murah sket. cik zira plak jenis tak pandai tawar menawar. dia bagi kurang sket pun amek jela malas fikir. bayar jela.

dan jenis cik zira kalau berkenan satu barang ada saiz memang beli banyak terus warna lain-lain. kebaya sulam cantik sangat tapi saiz cik zira ada 3 kaler je jadi tu je beli. kalau ada 10 kaler dah borong semua.

siapa pencinta kebaya tolonglah pergi tanah abang ni sebab kebaya macam-macam jenis kebaya. memang best sangat. kebaya labuh la kebaya sulam la kebaya nyonya la. aduhai. teringat-ingat.

masa taip ni pun terbayang masih ada dekat sana.

disebabkan hari pertama shopping tapi duit masih banyak tak puas hati, esoknya kitorang repeat lagi lepas sarapan. tapi tak pergi awal dahla macam semalamnya. kitorang sampai dalam kul 8am dan terus cari barang yang memang nak beli lagi. pastu baru berjalan cari barang lain habiskan duit. hehe



dengan Juno Hotel tu keluar hotel belok kiri. pastu akan masuk mall belah kiri yang dia akan hubungkan terus ke Blok A tu. kalau lintas leceh. masuk je ikut situ. mall yang jual borong masuk masuk je baju budak banyak. nanti nak balik pun ikut situ.

jadinya cik zira tepek gamba jela untuk sakitkan hati korang supaya korang pun pergi shopping jugak dekat Tanah Abang ni. hehe

nikmatilah gamba-gamba sepanjang cik zira shopping yang sempat di snap cik zira dan ina ni ye=)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails