untuk entry ini cik zira akan review seikhlasnya tau. sebab siapa kenal cik zira tahulah yang cik zira ni memang seorang kaki makan dan makan bukan sket jenis makan sekali 2 hidangan. dan cik zira suka makan yang sedap sedap.
entry ni cik zira akan share apa yang cik zira makan sepanjang berada di Jakarta tu.
12 Disember 2018/Rabu
Sarapan : Juno Hotel
kitorang semangat ni turun pukul 6am sebab sana kan lewat sejam dari waktu Malaysia, turunlah nak makan lapo sebab semalamnya makan dalam kapal terbang je kan. pagi konpem lapa awal dahla dua dua jenis makan jenis asek lapo je.
turun kena tunggu pulak dalam 15 minit jugak sebab makanan belum ready. sebab dia tak masak kat situ kot sebab nampak ada van hantar makanan cuma hidang dekat situ.
disebabkan hotel pun hotel kecik je kan, pilihan tak berapa ada tapi bolehlah sebab kadang makan awal pagi bukan boleh banyak sangat plus kitorang nak berjalan shopping kan kenyang sangat susah pulak kan.
jadi menu cik zira untuk sarapan pertama di tanah abang ialah bihun goreng + sosej + ayam. cik zira makan dua kali bihun goreng tu sebab sedap la bihun dia kenyal tak sama macam bihun kita. ala ala glass noodle tu sedap kot. dia goreng bodo je tapi adalah rasa dia. len len tu sama je mana mana.
Makan Tengah hari : Food Court Tingkat 8 Tanah Abang Mall Blok A
lepas penat shopping, dalam kul 1pm lebih waktu sana, kitorang pun naik ke tingkat 8 Tanah Abang Mall Blok A tu. sebab penat dan lapa. 5 jam dah berjalan bershopping. maka perut pun lapar. tingkat 8 tu food court dorang.
cik zira order set ayam penyet dua untuk cik zira dan ina. dua hidang tu 76k rp. kalau duit Malaysia sehidang tu RM12. em, komen? rasa biasa je sambal dia pun sebab pedas je cik zira suka. lain-lain sama dengan Malaysia punya dan rasanya sambal penyet dekat Malaysia ada yang lagi power dan sedap dari yang ini.
tapi biasalah kitorang ni, sedap ke tak sedap ke kitorang habis jugak sebab lapo.
tak cukup satu hidang dah habis, cik zira pun berjalan lagi mencari lagu satu hidang. kan dah cakap cik zira jenis makan sekali 2 hidangan. tak cukup satu.
dekat situ ada kedai macam food court kita kat Malaysia, jual nasi segala la. pastu ada ruangan macam kedai-kedai street food jual bakso la soto la. cik zira pun beli mee ayam. ingatkan apa. rupanya alahai indo mie celup pastu ada sup dia pastu ada sambal dia kena gaul makan. dahla indo mie dia tak celur habis keras sket tak masak sangat. harga? 20k rp bersamaan RM6 macam tu duit kita.
lepastu beli air mineral botol kecik je 500ml kot tahu harga bape? RM3. peh. mahal. air masak pun mahal. agaknya siapa beli air masak kat situ orang kaya kot. rupanya dekat sana memang air mineral mahal sangat-sangat. kalau kita RM1 je sana RM3 tu pun botol kecik je. sekali dua teguk habis kalau haus sangat. nasib baik dekat hotel ada air masak dia kasi. cik zira dahlah jenis minum air masak banyak.
kalau makan kat food court ni macam standard harga food court dekat Malaysia je.
Minum Petang : tapau dan makan dalam bilik hotel
lepastu suh ina tapaukan apa-apa sebab gerenti balik petang lapa. jadi, ina tak tahu nak tapau apa, dia tapau sate dua bungkus. sebungkus tu ada 7 cucuk tak silap pastu ada kuah dia dengan nasi impit. sebungkus sate tu harganya 40k rp duit kita dalam RM12 gitu. mahal mahal mahal kan kan? hehe
sate rasa apa? daging dia banyak beso, tapi rasa biasa je. dia tak berempah sangat macam sate dekat Malaysia. pastu dia tak masak garing dia masak lembut gitu. cik zira prefer sate garing sket jadi bila kita nak makan tu ada efek nak menarik sate dari lidi. lepastu, kuah dia aduh duh, cik zira tak berkenan la, rasa macam mana pun tak tahu nak describe. suka lagi kuah kacang Malaysia makan dengan sate baru nikmat. takpe, at least dah pernah cuba sate orang Jakarta.
Makan Malam : Nasi Padang
masa tu pukul 5 lebih waktu sana. lapa lagi. maka berjalanlah kaki turun hotel tengok apa yang ada untuk dimakan. ina kata, dia baca kalau street food ni better jangan beli kalau ada kedai yang elok. jadi, walaupun banyak je orang jual jual dekat dekat hotel tu, tapi kitorang tak beli tengok je.
jalan punya jalan banyak dah tutup sebab dah nak dekat maghrib. kitorang makan dekat kedai nasi padang dekat je dengan hotel sebabnya tempat lain sume dah tutup.
macam biasalah, cik zira sebab pernah pergi medan makan nasi padang, jadi bila lauk keluar sume, kitorang asingkan terus apa yang kitorang nak makan. daripada ada 15 jenis lauk kitorang amek 5 je. nasi dua pinggan dan air jus dua.
tak ingat dah harga berapa tapi untuk makan nasi padang tu bila kira duit Malaysia RM50. peh. gitu je makan dua orang RM50. mahal kan? dan makanan dia biasa je takdelah sedap sampai terkenang-kenang. perut kenyang makan habis berjalan lah balik ke hotel sebab dah nak maghrib.
oh ye, masa makan tu kitorang je dalam kedai tu makan. takde orang lain. pastu kedai ni ada buat delivery jugak. jadinya kitorang assume ramai order delivery kot makan situ takde sangat.
habis makan untuk hari kedua dekat Tanah Abang tu.hari pertama sebab sampai pun dah lewat malam kan makan dalam kapal terbang je.
13 Disember 2018/Khamis
Sarapan : Juno Hotel
oleh sebab semalam kitorang turun awal 6am makanan belum siap lagi, maka hari kedua kitorang turun lambat kiranya lepas makan terus ke tanah abang blok A balik sebab situ pun buka 8am. semalam awal sampai kitorang duduk melangut dulu tunggu kedai buka.
kitorang turun pukul 7 lebih pagi, tapi tempat duduk plak takde, kena tunggu sekejap. dapat menyelit dua kerusi, kitorang pun makan laju-laju sebab nak sambung shopping duit ada lagi banyak. nak cepat sebab lepas check out terus nak ke airport. kitorang bajet kul 11am dah kena keluar dari blok shopping tu. lagipun dah tahu nak beli apa dan terus ke kedai tu.
cik zira sarapan kuey teow goreng + sosej + ayam sweet sour.
Makan Tengah Hari : Bakmie Terminal 2 Jakarta Airport
sampai airport terus lapa memandangkan duduk dalam kereta sejam lebih sebab jem. tu pun orang teksi tu kata jem ni ok lagi. kalau tak lagi teruk. fuh. padahal malam kitorang sampai tu tak sampai pun setengah jam. ini sejam lebih bayangkan teruknya jem dorang. habis masa atas jalan.
banyak je kedai-kedai makan macam A&W, KFC tapi nak try makanan dorang. kitorang makan dekat Bakmie. oder dua hidang nasi dengan lauk ayam dan satu hidang mee goreng. cik zira kan kena makan dua hidangan.
harga untuk 3 hidangan ni dengan air mineral botol comel duit Malaysia RM50. mahal kan? padahal nasi dengan ayam kicap pastu mee goreng. sedap? biasa je tak sedap pun.
pastu tambah beli kopi ais cawan kecik duit kita RM9. peh lagi. hehe. baik minum starbucks dekat Malaysia je gitu dapat kopi sedap.
makan kekenyang pastu ikat perut pulak makan dalam kapal terbang. tanak beli makan dah sebab mahal. rupanya cik zira jenguk jenguk dalam KFC yang jenis makanan fast food ni harga dorang memang mahal sangat banding ngan Malaysia. sekali ganda.
katakan kalau dekat Malaysia, McD atau KFC satu hidang ada je kan bawah RM10 tapi kat sana sehidang duit kita RM20 lebih macam tu. memang mahal.
KESIMPULANNYA : korang sila bawa makanan macam megi ke roti ke biskut ke kalau trip pendek macam cik zira ni dan kalau lapa dalam bilik hotel. lagi berbaloi dari beli MAHAL dan TAK SEDAP.
cik zira bab makan memang tak pernah berkira. tapi untuk dekat sana, cik zira rasa tak berbaloi makan bayar mahal tapi tak sedap. gitulah senang cakap.
tapi tak tahulah kot korang ok dan rasa sedap. jadi, korang cuba dulu k nanti =)
No comments:
Post a Comment