SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, January 3, 2019

TRIP KE TANAH ABANG : JUNO HOTEL

TRIP KE TANAH ABANG PART 6 : JUNO HOTEL

lepas je cik zira amek keputusan nak shopping dekat Tanah Abang Jakarta, cik zira dah start google baca baca. lepastu dah tengok tiket airasia dan cari hotel.

cik zira bab hotel memang jenis nak yang elok. jadi cari yang betul betul elok. dekat dengan tanah abang tempat nak shopping tu ada je yang betul betul dekat. tapi, mahal dalam nak dekat RM200/malam sebab dekat sangat kot tapi alahai tengok gamba pun tak lalu nak duduk. seram je. macam dekat lorong lorong. lagipun kitorang berdua je kan.

pilih punya pilih, akhirnya booked JUNO HOTEL. hotel ni tengok gamba pun cantik. hotel baru lagi. dan bestnya sebab 320 meter je dari tempat kitorang nak bershopping tu. jalan kaki okeh. tu yang senang. memang nak cari yang dekat je.






dua malam dekat Juno Hotel dalam RM262 macam tu. amek katil single 2. memang hotel baru bersih wangi dan cantik. boutique style hotel.






bayar dan dapat kad naik ke bilik. lega sangat dapat masuk bilik dan ada wifi. kitorang dapat tengok pemandangan kota tanah abang tapi belah belakang nampak rumah ala setinggan kat malaysia. tapi kalau azan dengar jelas.

kitorang mandi solat siap siap lepastu main fon cari info dan tido sebab esoknya nak bershopping.

oh tak lupa, cik zira memang wajib bawa kopi jamu mana pergi pun. pagi sekali malam sekali. barulah rasa bertenaga luar biasa.



dan JUNO HOTEL ni memang selesa untuk cik zira dan ina. sesuai dengan harga dan dekat nak shopping. memang cik zira suggest korang yang nak shopping dekat tanah abang tu stay je hotel tu. terbaik. sekali sarapan tau harga tu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails