SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, January 1, 2019

TRIP KE TANAH ABANG : SIMKAD & TEKSI

TRIP KE TANAH ABANG JAKARTA PART 5 : SIMKAD & TEKSI

ok sebaik kitorang melangkah nak ke pintu keluar airport jakarta terminal 3 tu kitorang mencari simkad dulu. zaman sekarang takde simkad memang susah.

dekat situ ada dua booth simkad. TAPI MAHAL. seyes mahal. dorang punya simkad tu lagi mahal dari Malaysia. dahla kitorang 3 hari je tu pun tolak perjalanan. jadi cik zira dan ina decide tak beli, tunggu dulu.

ni harga simkad yang ina share kan:



XL axiata
200k rp dekat airport
paling murah 60k rp 3.5gb free 15 mins call
80k rp 11gb free 15 mins call
tahan sebulan

lalu kitorang pun keluar nak cari teksi. menerusi bacaan, orang suggest cari teksi bluebird. tu murah pakai meter.



part lawaknya, dahla penat berjalan nak keluar terminal 3 tu tak habis lagi, pastu kitorang kalut macam apa duk kejar teksi bluebird tu. tanya-tanya dorang kejap tunjuk sana tunjuk sini. dan ada sorang mamat polisi tu, cakap laju sangat ingatkan kitorang orang situ kot, tak faham apa dia cakap.

sudahnya berjalan berlari sampai ke hujung tapi tak boleh naik.



rupa-rupanya ada mesin kaunter tekan nombor untuk tunggu giliran teksi tu. Masha Allah. patutlah ramai beratur. dan masa dapat nombor giliran teksi tu lambat lagi kot nak kena tunggu duk buang masa kejar teksi tanya orang sana sini tadi tu.

lepastu ada ulat teksi tapi bluebird la tengok kitorang termanggu-manggu, dia pun offer teksi terus ke hotel time tu jugak. tapi mahal lah, 250K rp. cik zira ni malas fikir dah nak terus masuk teksi terus ke hotel. dan time tu terlupa gila nak tawar harga. sebab kalau ikutkan dalam apps MYBLUEBIRD dalam 150K rp paling mahal nak ke hotel kitorang booked tu. tapi lantak situ. tu la takde intenet takleh lah nak guna apps mybluebird tu. gamble betul kitorang bab teksi nak ke hotel.



yang bawa teksi tu pakcik dah tua dah. tapi Ya Allah dia bawa teksi dasyat. bergegar jugak jantung cik zira dan ina. siap lagi sket nak berlanggo dengan moto tapi rilek je orang sana bawa keta. hon sana sini tapi tetap rilek. salute kat situ. bawalah bahaya macam mana pun tetap selamat.

malam dari airport jakarta ke tanah abang takde macet (jem). jadinya kitorang rasa tak sampai setengah jam dah sampai. dan nak dekat sampai pakcik tu terus tutup meter dia padahal ina tengok meter baru 100K rp. tapi sebab ulat dia tadi dah minta 250K rp dan cik zira pun sengal tak minta tawar memang kena bayar harga tu la. mahal la dalam RM73 jugak duit kita. sebab tak jem rasa mahal la. sekejap je sampai.

jem dekat jakarta jangan main main tau. teruk. nanti cik zira cerita entry balik nanti.

dan kitorang pun sampai di hotel dengan selamatnya dengan tambang mahal hehe. next entry cik zira cerita pasal hotel kitorang duduk pulak k.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails