pejam celik dah minggu depan je Rabu nak raya dah. sekejap betul kan masa berlalu?
ni sekarang pukul 1.58 pagi dah hari Jumaat, 5 April 2024. disebabkan tadi moreh kan, makan malam jadinya tido lewat la ni. sebelum tu nak update blog merah kesayangan dulu.
tadi kul 11 sampai uptown bazar bayan lepas. niat nak cari baju melayu hitam untuk abdul khaliq nak pakai sekolah ada penutup transisi dan penutup ihya ramadan.
jalan shopping la seperti biasa. lepastu lahh rupanya mentari pagi yang duk nak pi tak sampai sampai dekat situ je. kenapa macam tak pernah perasan pun selama ni😅
maka, teruslah ke situ untuk moreh. kali pertama dan kali terakhir moreh di Ramadan 2024 ni. jadilah sekali pun kan merasa sebab cikzira kan tak boleh makan malam. esok timbang berat naik mulalah meroyan🤭
cikzira order soto salbiah dengan kopi ais tarik langit. soto tu sedap berasa rempah kuah soto tu tapi light light. sambal kicap pun sedap. cuma, portion kecik sekejap je habis hehe. kopi ais nya ok biasa biasa je.
khalisah order mee kari ah hok dengan teh tarik ais. mee kari tu nyonya style. campur mee kuning dengan bihun. portion ok. ada sambal sotong kering. teh ais pun biasa biasa.
abdul khaliq plak oder sky juice sebab botol tinggal dalam kereta tak bawa. lepastu order roti bakar sangkaya dia makan sket je pastu ibu la tukang habiskan. sangkaya dia tu pekat dan manis sangat rasanya. lepastu combination ada telur separuh masak tu macam tak kena. tak pasti la kan ni tekak cikzira. kalau org lain maybe sukala kot makan macam tu.
sebelum puasa time x puasa nak pergi tak sampai, ni nasib jalan jalan bazar ternampak dapatlah moreh dekat mentari pagi ni.
tapi, cikzira prefer makan pagi lagi, servis lagi laju dan lebih banyak pilihan yang sedap sedap. minuman di makan pagi pun sedap.
ni review jujur tekak cikzira tau. tekak kita kan tak sama.
ok korang, next entry maybe dah raya kot. jadi dikesempatan ni cikzira nak ucapkan selamat menyambut syawal dengan penuh senyuman berkat dan kebahagiaan. ampun maaf ye cikzira pinta❤️
No comments:
Post a Comment