SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, April 12, 2024

Selamat Hari Raya 2024

Harini dah 3 Syawal
Takpelah masih sempat kan nak update pasal raya cikzira.
Sebelum tu nak minta ampun maaf kalau ada tersalah coret dekat blog merah ni.

Tahun 2024 ni, cikzira khalisah dengan abdul khaliq beraya di Penang je. Tak balik JB seperti setiap tahun. Sama macam PKP dulu beraya di penang. Lagipun sebab 2022, 2023 dah beraya dekat JB. Tahun ni chance penang.

Tema warna kitorang warna putih. Warna ni khalisah yang request. Tak pernah lagi raya pakai team putih jadi ibu pun onz. 

Baju ibu beli awal sebelum puasa dekat butik nurraisha. Baju khalisah dengan abdul khaliq kengkonon beli awal jugak. Sekali dah minggu pertama puasa kena beli lain😅








Khalisah punya beli dekat butik orked dekat perda. Abdul khaliq dekat butik aisy aysraf dekat perda jugak. Alhamdulillah semua ok ngam dengan badan.

Hari pertama raya putih, hari kedua raya koko. Harini nak beraya jugak tak tahu nak pakai warna apa lagi. Dan susun dah tinggal pilih je nanti😍













Oklah, semua pun masih mood beraya masih di kampung kan. Cikzira nak ucapkan, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua❤️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails