SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label syawal. Show all posts
Showing posts with label syawal. Show all posts

Friday, April 12, 2024

Selamat Hari Raya 2024

Harini dah 3 Syawal
Takpelah masih sempat kan nak update pasal raya cikzira.
Sebelum tu nak minta ampun maaf kalau ada tersalah coret dekat blog merah ni.

Tahun 2024 ni, cikzira khalisah dengan abdul khaliq beraya di Penang je. Tak balik JB seperti setiap tahun. Sama macam PKP dulu beraya di penang. Lagipun sebab 2022, 2023 dah beraya dekat JB. Tahun ni chance penang.

Tema warna kitorang warna putih. Warna ni khalisah yang request. Tak pernah lagi raya pakai team putih jadi ibu pun onz. 

Baju ibu beli awal sebelum puasa dekat butik nurraisha. Baju khalisah dengan abdul khaliq kengkonon beli awal jugak. Sekali dah minggu pertama puasa kena beli lain๐Ÿ˜…








Khalisah punya beli dekat butik orked dekat perda. Abdul khaliq dekat butik aisy aysraf dekat perda jugak. Alhamdulillah semua ok ngam dengan badan.

Hari pertama raya putih, hari kedua raya koko. Harini nak beraya jugak tak tahu nak pakai warna apa lagi. Dan susun dah tinggal pilih je nanti๐Ÿ˜













Oklah, semua pun masih mood beraya masih di kampung kan. Cikzira nak ucapkan, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua❤️

Saturday, May 14, 2022

Bik Ani Masak Sedap

Siapa yang folo cik zira dari zaman arwah mak meninggal dulu mesti tahu yang cik zira duduk dengan atok dan bik ani. 

Masa atok sihat atok la masak sedap sedap dulu siap cik zira meniaga nasi lemak nasi dagang bawa gi sekolah amek oder.

Bik ani pun masak apa sume sedap. Dari dulu kerja makan je kitorang adik beradik. Awal pagi makan, pagi makan, siang makan, petang pun makan, malam makan, tengah malam lapa makan lagi. Jenuh kan. 

Baruni balik raya, IF pun entah ke mana sebab bik ani malam pun masak, memang musnah la IF cik zira malam malam. Kena makan sebab tengok makanan sedap bik ani masakkan. 

Bik ani masak laksa johor buat sarapan. Pastu ada masakkan nasi minyak, ayam masak merah, kambing rempah dengan sambal sotong kering. Peh, sedap sangat berkali cik zira tambah.


Sebab tu kalau balik JB jarang la makan luar sebab bik ani masakkan pun sume sedap sedap. Rugi kalau tak makan.

Terima kasih bik ani. Selalu bagi kitorang makan sedap sedap. 

Bik ani ni makcik cik zira, kakak kepada abah.

Tuesday, May 3, 2022

Raya Terkejut 2022

Tidak pernah terjadi dalam hidup ini, tapi pada tahun ini, tahun 2022, setelah 2 tahun tidak dapat beraya macam dulu-dulu, seluruh rakyat Malaysia terkejut!




Walaupun pada dasarnya memang dah viral akan raya pada Isnin, tapi semua taknak percaya sebab nak bagi cukup jugak puasa 30 hari. 

Sekali, bila umum dekat tv secara rasmi, hamek lah sume terkejut terkedu. Tak tahu nak rasa apa. Masing masing tenung sesama sendiri. 


Lalu cik zira khalisah dan khaliq pun balik JB di malam raya dengan airasia. Encik suami tolong anta ke airport dan terus Dia dan adik beradik lain sume meniaga malam tu sampai ke pagi. 

Beraya la kitorang bertiga je balik kampung. 

Macam mana raya semua orang? Walaupun semua raya terkejut, tapi raya tetap raya kan.

SELAMAT HARI RAYA ye semua. Ampun maaf cik zira pinta untuk salah silap. 

Tuesday, May 18, 2021

Salam RayaPKP

Dah 6 Syawal baru sempat nak share cerita 1 syawal cik zira. Ada yang dah nak habis puasa 6 dah kan. Tahniah☺️

Macam tahun lepas raya pkp, tahun ni pun sama cik zira beraya di penang sahaja. Tak ke mana mana. Beraya di rumah mertua je sebab sekampung naik moto 2 minit sampai dah.

Tema warna tahun ni burgundy untuk ibu dan khalisah baju dari hijabistahub. Babah dengan khaliq tema soft pink beli dekat genemartino.








Alhamdulillah walaupun secara bersederhana sambut dengan siapa yang ada, raya tetap diraikan walaupun secara PKP.

Ray korang macam mana? Mesti ramai je kan raya sendiri sebab kita semua patuh dan akur arahan kerajaan. Semoga yang terbaik untuk kita semua rakyat ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ.

Dan sama sama juga  kita doakan untuk saudara Islam kita semua di Palestin. Sentiasa berdoa untuk mereka di sana. Aamiin

Thursday, July 16, 2020

Raya PKP 2020

baru nak upload gamba cik zira syawal haritu. sepatutnya tahun ni turn raya JB, dah plan nak drive sendiri balik kampung sebab cuti raya 2 minggu. tiket raya encik suami pun dah beli siap siap. tapi, apakan daya kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan.












tahun ni, tema warna biru. tapi takdelah 4 beranak biru semua. kang sedondon sangat pulak. tapi tetap nampak senada. baju cik zira dengan khalisah dari brand zoe arissa. kurta encik suami beli dekat gudang kemboja. patutnya khaliq punya baju melayu sama warna dengan babah dia, tapi masa buka dapat baju je seluar takde. bayar harga baju melayu tapi sebab masa beli tak check dulu. jadinya ada baju je. ibu tak suka khaliq pakai baju je nak lengkap jugak baju melayu, maka carilah dalam shopee warna yang lebih kurang sama. nasib baik sempat dapat sebelum raya.

maka, disebabkan PKP, berayalah cik zira dekat Penang je sebab tak boleh merentas negeri kan. nasib baik rumah mak mertua dalam kampung sama jugak. naik moto 2 minit sampai. anak beranak sume dekat dekat je.

in sha Allah, raya JB plak tahun depan kalau semua kembali macam dulu dulu tapi tetap dengan norma baharu.



Monday, July 13, 2020

Khalisah si MUA Raya

raya haritu ibu bawa beg makeup ibu gi umah neema khalisah. offerlah sepupu sepupu khalisah yang ramai ramai tu nak makeup tak. laju je dorang kata nak.

khalisah pun apa lagi, beraksilah dia.




budak perempuan kan, siapa je tak suka makeup. lagipun bukan selalu. time raya lah dapat pun bila dah berkumpul ramai ramai ni. makeup lah inailah segala. permainan budak perempuan kan.

sekarang memang ada beg makeup khas untuk khalisah. barang dia punya je takleh kacau ibu punya.

Sunday, May 24, 2020

Salam Syawal 1441H/Tahun 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.

walaupun tahun 2020 ni syawal kita semua berbeza dari sebelum ni, tapi ingat Raya Tetap Raya. tapi sentiasa jaga kesihatan kebersihan masing masing ok.

elakkan berziarah ke rumah rumah yang ada orang berisiko tinggi dengan covid19 ni tau. kita jaga kita.

cik zira pertama kali seumur hidup sepanjang 34 tahun tak dapat beraya dekat JB. kalau tak setiap tahun memang raya JB walaupun sistem giliran dengan encik suami. wajib jugak setiap tahun dapat balik JB beraya walaupun raya kedua. takpe, kita berkorban untuk semua. in sha Allah tahun depan panjang umur kita dapat beraya macam biasa. aamiin.




Salam Syawal dari cik zira sekeluarga ๐Ÿ˜

Thursday, August 15, 2019

cikzira berkaftan biru

masa syawal haritu, cikzira pakai kaftan biru pergi beraya. sebab tema biru satu family haritu.

kaftan ni beli masa pergi tanah abang jakarta tahun lepas bulan 12. beli banyak warna. cikzira kan mana reti beli sket sket. kiranya royal blue ni yang pertama pakai. warna lain tak pakai lagi.




oklah simple. ada je kerawang bagai dekat dada tu, tapi sebab cik zira labuhkan tudung tak nampakla

tapi takpe sebab material kaftan tu menyerlahkan lagi kaftan tu walaupun simple dan plain.

lepasni pakai warna lain plak, cik zira selfie lagi eh. khalisah la tukang snap.

Thursday, August 1, 2019

masak lodeh cikzira

naik naik cuti puasa dan syawal haritu, hari selasa 11 Jun 2019, sekolah cik zira buat jamuan raya. tapi, tak syoknya buat jamuan raya tapi kena belajar macam biasa. sekolah lain 1 hari tak blaja memang buat jamuan raya je. barulah best gitu kan.



takpelah. janji jamuan dapat makan makanan raya sedap sedap.

sehari sebelum tu, sume buat list makanan apa nak bawa. dah ada rendang kuah kacang sume. cik zira ni duk fikir, apalah nak bawa ni. pastu baru restok sayur sayur je penuh. terfikir nak buat kuah lontong la, masak lodeh. sebab mesti ada nasi impit.

tak pernah buat okeh. masak sayur lemak biasa pernah la.

terus google resipi. semua sayur ada. kecuali udang kering. pergi kedai beli.




maka, mencuba lah cik zira masak lodeh buat pertama kali dalam hidup. hehe

ya Allah, nasib baik menjadi sama macam makan lontong orang yang masak sedap sedap. eceh.

bawa gi skolah, habis. alhamdulillah. lepasni, tak tahu bila lagi nak masak kuah lontong ni. tahun depan pulak la kot kalau rajin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails