SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, July 16, 2020

Raya PKP 2020

baru nak upload gamba cik zira syawal haritu. sepatutnya tahun ni turn raya JB, dah plan nak drive sendiri balik kampung sebab cuti raya 2 minggu. tiket raya encik suami pun dah beli siap siap. tapi, apakan daya kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan.












tahun ni, tema warna biru. tapi takdelah 4 beranak biru semua. kang sedondon sangat pulak. tapi tetap nampak senada. baju cik zira dengan khalisah dari brand zoe arissa. kurta encik suami beli dekat gudang kemboja. patutnya khaliq punya baju melayu sama warna dengan babah dia, tapi masa buka dapat baju je seluar takde. bayar harga baju melayu tapi sebab masa beli tak check dulu. jadinya ada baju je. ibu tak suka khaliq pakai baju je nak lengkap jugak baju melayu, maka carilah dalam shopee warna yang lebih kurang sama. nasib baik sempat dapat sebelum raya.

maka, disebabkan PKP, berayalah cik zira dekat Penang je sebab tak boleh merentas negeri kan. nasib baik rumah mak mertua dalam kampung sama jugak. naik moto 2 minit sampai. anak beranak sume dekat dekat je.

in sha Allah, raya JB plak tahun depan kalau semua kembali macam dulu dulu tapi tetap dengan norma baharu.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails