SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Thursday, March 23, 2023

Kek Lapis Premium Belly Treats

Salam Ramadhan semua❤️
Semoga Ramadhan kali ni kita diberikan kesihatan yang baik dan dapat beribadat dan mengumpul pahala sebanyaknya. Dapat terawih, dapat khatam Quran dan dapat bersedekah sebanyaknya. Aamiin

Dan post harini cikzira nak share pasal kek lapis premium dari belly Treats yang ada ramai sangat agen yang korang boleh order untuk raya nanti. 

Cikzira beli rasa masa cuti sekolah baruni. Cik zira beli 4-4 perisa yang ada. Ada perisa nutella, biscoff, nutella cheese dan mix. Harga untuk 1 loaf RM48. Kalau beli whole harga RM190.


Cikzira order dengan agen di Melaka, dia boleh anta ke rumah abah di durian tunggal. 

Macam biasa, kek lapis dia wajib manis. Jadi nak makan tu kena agak agak jugak sebab bila sedap ni boleh terbabas makan banyak🤭

KLIK SINI untuk tengok video tau

Siapa yang suka kek lapis pastu suka cheese cadbury nutella ni, wajib la beli. Sebab memang penambah manis di mulut dan tekak korang. 

Selain kek lapis premium 4 perisa ni, dorang ada jugak kuih kuih raya premium. Jadi, korang search je dekat instagram dorang untuk cari agen berdekatan untuk order buat raya nanti eh. 

Tuesday, May 3, 2022

Raya Terkejut 2022

Tidak pernah terjadi dalam hidup ini, tapi pada tahun ini, tahun 2022, setelah 2 tahun tidak dapat beraya macam dulu-dulu, seluruh rakyat Malaysia terkejut!




Walaupun pada dasarnya memang dah viral akan raya pada Isnin, tapi semua taknak percaya sebab nak bagi cukup jugak puasa 30 hari. 

Sekali, bila umum dekat tv secara rasmi, hamek lah sume terkejut terkedu. Tak tahu nak rasa apa. Masing masing tenung sesama sendiri. 


Lalu cik zira khalisah dan khaliq pun balik JB di malam raya dengan airasia. Encik suami tolong anta ke airport dan terus Dia dan adik beradik lain sume meniaga malam tu sampai ke pagi. 

Beraya la kitorang bertiga je balik kampung. 

Macam mana raya semua orang? Walaupun semua raya terkejut, tapi raya tetap raya kan.

SELAMAT HARI RAYA ye semua. Ampun maaf cik zira pinta untuk salah silap. 

Monday, April 18, 2022

Balik berbuka puasa

Sempat balik melaka sekejap weekend ni. Sampai sahur sabtu, semalam ahad malam dah sampai penang balik. Sempat singgah KL shopping sket dekat kenanga wholesale centre tu. Jem uii. Tapi gagah jugak usung khalisah dengan khaliq ikut ibu shopping. Ramai sangat orang. 

Dapat lah atok nenek berbuka puasa dengan anak menantu cucu cucu sebab adik cik zira yang bawah cik zira tu pun balik jugak. 





Walaupun sekejap je tapi bermakna. In sha Allah nanti raya pulak jumpa lagi berkumpul dekat JB. Dah beli siap siap tiket raya senang. 

Dah 16 ramadan. Lagi dua minggu je nak raya. Selamat berpuasa semua. Kejar amalan mana yang sempat tau. Cik zira lagi sket lagi nak khatam quran. Terawih pun alhamdulillah buat dekat rumah dengan khalisah khaliq. 

Friday, April 8, 2022

Sardin Viral

Biasa kita masak sardin yang dalam tin kan. Yang femes biasanya sardin cap ayam tu.

Siapa pernah cuba sardin viral yang dalam peket ni? Harga cik zira lupa la tapi cik zira nampak dekat giant tak silap cik zira beli 1 nak cuba. 

Orang kata sedap boleh masak macam macam style macam masak sardin biasa tu kan



Haritu cik zira masak style biasa je tumis bawang lada sebab nak simple kan. Korang boleh je masak sambal sardin ke gulai sardin ke sardin sambal kicap ke.

Yelah bulan puasa ni kan, kadang kita teringin nak makan sardin dengan telur dadar untuk sahur pun sedap sangat dah makan dengan Nasi panas kan?

Kalau jumpa sardin ni beli tau, dan cuba masak. Mesti sedap!

Selamat berpuasa semua ❤️

Monday, May 10, 2021

28 Ramadan

Punyalah cik zira bernazar bulan puasa 2021 ni tak nak masak juadah berbuka. Semua nak beli je.

Akhirnya harini tetiba rasa nak masak pulak. Sahur pun dah masak nasi goreng cina. Walaupun gas sudah kehabisan, pressure cooker airfryer masih ada. Manfaatkan apa yang ada untuk masak memasak.





Jadi, siaplah tadi masak awal supaya tak kalut. Masak nasi putih, telur dadar, sotong masak kuah asam dan daging harimau menangis masuk airfryer.

Asshhiiiaaappp!!


Tuesday, June 4, 2019

TIPS : cara khatam quran bulan ramadhan

Allahu...
harini hari terakhir ramadhan kalini. sedihnya. dah 30 hari kita semua umat Islam menjalani ibadah berpuasa dan ibadah sunat lain pada ramadhan kalini tidak lain dan tidak bukan untuk mendapat dan mengumpul pahala berlipat kali ganda.



alhamdulillah cik zira seperti tahun tahun sebelum ni berjaya khatam 30 juzuk alquran dalam bulan ramadhan.

kalau bukan ramadhan, cik zira amalkan 2 muka surat selepas solat subuh dan 2 muka surat selepas solat maghrib.

tapi, ni cik zira nak share macam mana cara kita nak khatam quran dalam bulan ramadhan.

kita ada 30 juzuk dalam 600 muka surat kurang lebih. paling minimum cik zira baca 30 muka surat untuk sehari. tu minimum. kalau lebih lagi bagus.

bila nak baca tu?
lepas subuh dengan lepas maghrib tu wajib sementara tunggu isyak dan terawih. setiap kali baca 10 muka surat. lagi 10 muka surat baca mana yang sempat. time keje cik zira baca lepas asar balik keje tu sebab bulan puasa balik awal sejam. kalau ada masa terluang memang baca quran.

sebabnya perempuan ni ada cuti period kan, jadi kena tolak yang tu jugak. sebab tu minimum kena baca 30 muka surat sehari.

alhamdulillah bersyukur dengan kaedah cik zira amalkan ni memang setiap kali ramadhan dapat rebut peluang khatam quran. perasaan seronok dan indah tu hanya kita sendiri yang dapat rasa. ada target dan target terlaksana.

ingatlah kawan kawan, sesibuk mana pun kita dekat atas dunia ni, janganlah sesekali lupakan Al-Quran. amalan membaca alquran ni dapat tolong kita dalam kubur nanti. terangkan kubur kita temankan kita dalam kubur nanti.

cik zira selalu pesan dan ingatkan diri sendiri, KENAPA TENGOK PHONE BOLEH LAMA BERJAM JAM. TAKKAN BACA QURAN SEKEJAP PUN TAK BOLEH.

memang akan selalu pesan diri sendiri macam tu. barulah malu dekat Allah. betul kan?

Tuesday, June 7, 2016

berbazar cik khalisah

Orang lain time gini mesti berjalan cari juadah di bazar ramadhan. Yang di rumah dah siapkan juadah atas meja. Siapkan minuman sume.




Cik zira dengan khalisah dekat bazar ni kemas kemas siapkan kemah kitorang. Tahun ni partner meniaga, kak pah amek 1 kemah. Besar luas. Puas hati nak menyusun barang barang sume.

Sekejap lagi balik rumah atok tunggu maghrib nak berbuka ramai ramai.

Selamat berpuasa semua. Selamat berbuka.

Tuesday, August 4, 2015

khalisah takut robot


ini cerita dua hari sebelum syawal. bawa khalisah ke perangin mall sebab nak cari luggage nak bawa balik kampung. semangat tau nak balik raya JB siap beli luggage baru.

parking dekat bawah. jadi masuk ikut bawah yang banyak restoran cecantik tapi tak halal tu. kat situ kan ada robot beso kan. khalisah tengok masa sampai tu tengok je tapi takut katanya.

ajaklah pergi beli barang. khalisah cakap balik nak tengok robot lagi ye ibu. ok.

masa nak balik lalu lah lagi jumpa robot. ramai gak amek gamba dengan robot tu. ibu pun apa lagi suruh jugaklah khalisah pose macam biasa dia pose kalau suruh bergamba.




tapi, khalisah takut rupanya. dia ajak ibu bergamba sekali. habis siapa nak amekkan gamba nak. bukan ada orang time tu. dah ibu kena hantar khalisah dekat sket ngan robot. lepastu amek gamba dalam ketakutan sebab takut robot tu bergerak.

nama je suka ultraman tapi dengan robot penakut khalisah ni. hehe

Thursday, July 16, 2015

ramadhan terakhir.


syukur Ya Allah. harini dah hari akhir ramadhan kalini. 1436H. sekejap sangat kan masa berlalu. syukur dapat buat terawih walau dekat rumah je. syukur dapat khatamkan Quran ramadhan ni. terma kasih Ya Allah.

malam ni nanti dah bergema takbir. Allah. mesti cik zira nangis kalau duk terkenang je. sepanjang 29 tahun, ini kali pertama, kali pertama cik zira berada bukan di rumah atok di stulang baru. pertama kali dalam sejarah hidup.

tak tahulah macam mana rasa. mesti terkenang suasana rumah atok. pagi raya esok pun. huhu.

takpelah. yang penting tahun depan malam raya kat uma atok. In Sha Allah.


dikesempatan ini, cik zira sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA. selamat menyambut syawal dengan keluarga tersayang. ampun maaf dipinta jika ada tersalah silap.

selamat balik kampung semua. cik zira dan khalisah menyusul kemudian. hehe

Sunday, July 12, 2015

menu bersahur : kuey teow sup


salah satu menu mudah dan ringkas untuk sahur anda.

cik zira guna perencah adabi bihun sup yang dalam peket hijau tu. senang sangat. perencah tu campurkan dengan air kacau dalam mangkuk. lepastu panaskan minyak dalam periuk tumiskan bancuhan tu. takyah dah bawang pe sume.

lepas dah tumis tu masukkan isi ayam. masukkan air ikut banyak mana nak kuah. bagi mendidih sekejap, barulah masukkan segala mak nenek lain. fish ball fish cake, sawi sume. last skali bawang goreng.



kuey teow celur sekejap ye. tuangkan kuah atas kuey teow. nak sedap makan dengan sambal kicap. peh. memang best buat sahur.

selamat memasak cik puan semua.

Saturday, July 11, 2015

rindu berbazar


awal ramadhan haritu, kak pah merangkap partner meniaga cik zira di JB hantar gambar bazar kak pah dan suami berhempas pulas setting siap semua.

bila dapat je gambar tu tersenyum lebar. rasa rindu. rindu sangat.



kalau tahun lepas, memang dekat bazar jela setiap malam. terawih sendiri lepastu terus ke bazar jaga sampai tutup. khalisahlah peneman setia.

tahun ni, duduk penang, kak pah dan suami yang uruskan bazar kat sana. terima kasih sangat. cik zira jadi sleeping partner je. bolehlah kan asal ada duit simpan sket sket.

setiap hari doakan rezeki murah untuk tahun ni. semoga ramailah pelanggan membeli baju raya di bazar kami. lokasi di giant taman suria. ada baju kurung ibu anak, baju melayu bapak anak, blouse, dress, inner jubah, tshirt, baggy shirt dan banyak lagi. silalah datang ye.

doakan kami ye. terima kasih

Tuesday, July 7, 2015

menu : asam pedas ayam


agak malulah kalau orang johor tak pandai buat asam pedas. hehe. cik zira beberapa kali jugak masak asam pedas manjang je tak cukup kaw. tapi selama ni guna air asam. tak berapa menjadi.

baru ni ada masak asam pedas ayam untuk buka puasa. masak time puasa tak dapatlah nak merasa ok ke tak. takutlah kang tak jadi lagi. alahai keciwa je.

nasib baik lah haritu asam pedas ayam tu menjadi. alhamdulillah. suamiku pun komen ok sedap. cuma pada cik zira kurang pekat dan kurang sambal sket. rasa masam sume ok. mungkin selama ni masak takde sayur bendi takde daun kesum dan tak guna asam keping.

ok ni cik zira share resipi asam pedas ayam untuk hidangan 2-3 orang makan ye.

bahan blend :
1. bawang merah
2. bawang putih
3. halia
4. kunyit
5. sedikit belacan

bahan - bahan lain :
1. sambal kisar ( guna beli dah siap boleh yang kisar sendiri lagi sedaplah)
2. daun kesum
3. sayur bendi
4. asam keping
5. kiub ayam sedikit je
6. ayam. cik zira guna 5 ketul ayam yang kecik kecik comel je saiznya

cara membuat :
1. panaskan minyak. tumiskan bahan blend. lepas dah agak garing sket tu masukkan sambal kisar. agakla k nak pekat mana. kacau sebati sampai garing sket.
2. masukkan air sedikit dulu dan masukkan kiub ayam sikit je tau. sebab kang nanti rasa sup plak tak rasa asam pedas. bagi kuah pekat sket.
3. agak kuah dah pekat dah mendidih, barulah masukkan air ikut sukatan nak kuah banyak mana.
4. masukkan ayam rebuskan sampai ayam masak. masukkan asam keping dan daun kesum.
5. masukkan bendi
6. garam dan serbuk perasa (cik zira guna maggie cukup rasa) secukup rasa. gaul bagi sebati
7. hidangkan

sebab dah ada bendi dalam kuah asam pedas, cik zira gandingkan dengan telur dadar sahaja.



selamat memasak ye cik puan semua. selamat berbuka maghrib nanti.






Thursday, July 2, 2015

tips : cara nak bangun tido


rasanya yang ni semua pun tahu kan. ni arwah mak dulu aja cik zira macam mana cara mudah nak bangun tido setiap kali tido.

tepuk bantal tiga kali lepas tu selawat pun tiga kali. minta doa dekat Allah. "Ya Allah, tolong kejutkan bangun pukul 4.40. terima kasih ya Allah."

selain berdoa, cik zira pun gunakan alarm. alarm memang alarm, tapi kadang alarm bunyi kuat macam apa pun tak sedar jugak kan.

niat nak bangun tu pun kena ada. niat nak bangun subuh esok pagi, minta doa, In Sha Allah nanti bangun. kalau kadang tido petang sekejap, niat jugak nak bangun asar. nanti takdelah tido sampai terlajak ke maghrib.

apa apa pun, sebelum tido tu baca doa tido dan minta doa dekat Allah. In Sha Allah akan bangun macam yang kita nak.

amalkan ye =)

Tuesday, June 30, 2015

menu bersahur


rutin cik zira setiap awal pagi di bulan ramadhan :

1. 4.40 am dah bangun. kalau terlambat pukul 5 am
2. masak dan sediakan makan sahur
3. pukul 5.20 am kejut suamiku sahur. makan sahur sama sama

yang wajib buat ialah nescafe o dan air masak untuk suamiku. cik zira jarang minum air panas. jadi cari air manis jugak lepastu air sejuk. air sendiri tak kisah, air suamiku yang kena siapkan dulu.

kalau rasa nak makan makanan berat waktu sahur, sebelum tido cik zira akan sediakan bahan untuk masak sahur. jadinya bangun tu takdelah baru nak siapkan bahan sebab cik zira tak bangun terlalu awal untuk sediakan sahur.

kalau makan ringan ringan, memang pukul 4.50 macam tu start masak.

nasi berlauk pernah, nasi goreng pernah, kuey teow sup pun pernah. tu antara contoh menu sahur makanan berat cik zira. tapi memang banyaknya sahur yang ringan ringan jela senang nak buat.






ringan tu contohnya, roti paratha segera makan dengan telur bungkus suamiku tapau malam. pagi panaskan je. burger ayam. roti dengan sup cendawan. telur hancur dengan sosej makan dengan roti letak mayonis letak sos. nyum nyum

selalu memang akan amek masa 10-15 minit nak sediakan makanan sahur dan hidangkan barulah pergi kejutkan suamiku.

tahun nilah baru nak merasa sahur berdua bersama. alhamdulillah.

Monday, June 29, 2015

tips : terawih bila ada anak


Salam ramadhan buat semua. pejam celik dah lepas seminggu dah berpuasa kan. sekarang ni dah minggu kedua berpuasa. syukur.

alhamdulillah sebab masih dapat menunaikan terawih walaupun bersendiri. inilah pengorbanan ibu ibu di bulan ramadhan. mana yang ada anak yang bila fikir fikir nak bawa masjid akan banyak risau takut dan sebagainya, baiklah berterawih di rumah sahaja.

sejak ada khalisah, cik zira memang buat terawih sendiri. kalau ada kesempatan memang baru akan ke masjid terawih di masjid. kalau tidak memang di rumah sahaja.

tahun ni, hari pertama terawih, apa yang cik zira buat nak lekakan khalisah? cik zira amek semua baju yang dah basuh keluarkan dari mesin basuh, letak atas tilam khalisah. asingkan siap siap hanger untuk baju dia dan hanger besar untuk baju ibu ngan babah.



tu kerja khalisah. sangkut baju kat hanger. berjaya jugakla khalisah buat walaupun tak siap semua. hari pertama terawih lagi dah bagi tahu khalisah banyak kali, ibu nak solat banyak banyak, nak ngaji banyak banyak. nak bagi dia faham.

dan alhamdulillah, hampir setiap malam terawih di rumah, khalisah ada kerja dia sendiri yang dia boleh buat. main dengan ultraman, main masak masak dan yang paling membantu ialah utube. bila khalisah dah rasa boring, nanti dia amek phone atau tab buka utube.

terima kasih Allah bagi cik zira kesempatan buat terawih walaupun bukan di masjid. terima kasih Allah sebab kurniakan khalisah yang baik bagi ibu peluang cari pahala bulan ramadhan ini. terima kasih Allah.

Friday, June 26, 2015

resipi : masak goreng berlado


cik zira suka makan goreng berlado. tak kisahla apa pun. ikan ke ayam ke sayur ke. sebab berlado tu cik zira buat style ala sambal belacan. pedas rasa belacan sume kasi cukup. makan plak dengan nasi panas. lauk tu saje pun xpelah cukup dah tu.

kalini cik zira share kan dua gamba ayam goreng berlado dengan terung goreng berlado. bahan dia sama je cuma tuka ayam dan terung. tapi idokla ni masak hari yang sama ni kang dua dua lauk sama je.

ni cara buatnya. senang amat :

1. ayam atau terung tu gorengkan dulu asingkan.
2. blend kasar sedikit belacan, lada merah, lada hijau, cili padi, bawang merah, bawang putih, halia sket.
3. panaskan minyak tumis bahan blend sampai naik bau dan garing.
4. masukkan sedikit sahaja air asam. takmo banyak sangat sebab nak buat kering kering. kalau kuah banyak kang dah jadi masak asam plak.
5. kacau bahan tumis dan air asam sebati. masukkan garam secukup rasa.
6. masukkan ayam goreng atau terung goreng tadi gaulkan bagi lada lada tu meresap.
7. hidang makan dengan nasi panas wei. pasti licin!




ni kalau buat masak untuk sahur pun sodap!

Tuesday, June 23, 2015

jom kumpul pahala sama sama!


Salam Ramadhan
hari keenam berpuasa tahun ni

sebelum puasa haritu ramai share cara nak khatam AlQuran ramadhan ni. baguslah kalau semua berazam. pastikan azam tu kita tunaikan ye. jangan sekadar post di fb dan ig sahaja. sama sama kita bagi khatam Quran tu k.

alhamdulillah cik zira pun tahun ni akan tunaikan terawih dan khatamkan Quran. kalau tahun lepas bz di bazar ramadhan terawih ada yang tak dapat buat, tapi syukur quran dapat khatam macam ramadhan ramadhan lepas. berniaga berniaga jugak kan, pahala keberkatan ramadhan pun nak kejar jugak.

sejak dah ada khalisah, memang buat terawih sendiri je. walaupun tak dapat ke masjid berjemaah terawih, cik zira amek kesempatan yang ada terawih sendiri di rumah.

ini rutin cik zira di bulan ramadhan ni. dan cik zira tahu korang pun ada rutin yang sama. yelah bulan berkat ni kita semua nak kumpul pahala sebanyak mungkin kan.

1. balik kerja awal jadinya solat asar di rumah.
2. masak untuk berbuka
3. berbuka
4. solat maghrib ngaji
5. isyak
6. terawih 8 witir 3
7. ngaji
8. buat kerja rumah
9. makan lagi sebelum tido
10. tido awal sebab nak bangun masak sahur

bulan puasa kena tido awal sket sebab cik zira ni jenis tak tido balik lepas sahur atau subuh. jadi waktu tido malam tu kena awal sket supaya nanti waktu siang tak mengantuk kat sekolah.

ada baca tips khatam Quran. baca 4 muka surat setiap kali solat 5 waktu. oleh sebab cik zira mengajar petang, jadi zohor asar tu tak dapat nak membaca AlQuran. jadi, cara cik zira buat ialah waktu subuh maghrib dan isyak cik zira akan baca 10-12 muka surat setiap 3 waktu tu nak cover balik waktu zohor dan asar yang tak dapat baca AlQuran. kalau sabtu ahad cuti dapatlah baca banyak muka surat.

sebab kita orang perempuan ni kena kira dan tolak waktu peot tu kan. jadi mana boleh baca banyak baca je. dan cik zira dah timing untuk 10 muka surat amek masa 15 minit. sekejap je kan. takyah tengok phone banyak sangat. luangkan masa pegang dan baca AlQuran. lama lama nanti habis untuk ramadhan ni. In Sha Allah.

cik zira share dan supaya dapat ingatkan diri sendiri. ingatkan sahabat sahabat hamba Allah sekalian. sama sama kita kumpul pahala di bulan berkat ni k. Allah kan bagi pahala berganda ganda di bulan ramadhan ni. siapa tanak pahala kan? jom kumpul pahala!

Monday, June 22, 2015

oh sahur!


Alhamdulillah. harini dah masuk hari kelima berpuasa. syukur. setakat ni cik zira masih merajinkan diri bangun pukul 4.50 pagi sediakan makanan untuk bersahur suami isteri.

untuk hari pertama bersahur cik zira masak nasi. telur dadar. lepastu masak lauk ikan bilis potong lada bawang. macam mana nak buat lauk simple ni?

1. ikan bilis goreng dulu asingkan
2. panaskan minyak atau guna minyak goreng ikan bilis tadi. tumis bawang merah bawang putih dan cili padi
3. masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit air supaya tak terlalu masam kuahnya
4. kuah tak payah banyak sangat sebab dia style makan kering dengan nasi kuah sket je
5. letakkan serbuk perasa sket tak payah letak garam sebab ikan bilis dah masin
6. masukkan ikan bilis dan gaul sebati




yang ini kalau makan dengan nasi panas macam haritu laju je kitorang lakibini makan sampai licin plak tu ada telur dadar. syurga je rasa sahur pertama. lagipun lauk ni cik zira memang suka sebab dulu arwah mak selalu masakkan. rindu.

hari kedua makan beger ayam dan sosej. walaupun tak makan nasi untuk sahur tapi still kenyang sebab beger ada roti kira beratla jugak untuk tahan seharian puasa.



ibu ibu dan isteri isteri, mesti hari hari fikir nak masak apa buat apa untuk sahur dan berbuka. cik zira ni jenis suka masak sendiri. sebab dah terbiasa masa duk jb dengan atok dan bik ani memang buka makan kat rumah je tokbik khalisah tu masakkan sedap sedap. jarang sangatlah beli makan di bazar.

jadinya bila duduk sendiri dengan suami ni, dah terbiasa nak kena masak jugak sendiri untuk berbuka. sahur tu dah wajiblah sediakan sendiri.

kalau sahur leh pelbagaikan menu setiap hari. tapi kalau berbuka tu wajib nasi dan lauk macam makan tengah hari waktu bukan bulan ramadhan.

jangan bagi alasan bekerja takleh masak untuk suami. isteri isteri ibu ibu bekerjaya sekarang kan sume superwoman kan kan. kerja kerja pun leh setelkan sume kerja rumah dengan hebatnya!! chaiyok!!

selamat berpuasa semua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails