SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Sunday, June 5, 2016

Resipi Mudah : Sambal Tumis Udang

As salam buat semua. Terlebih dahulu cik zira nak ucapkan selamat berpuasa esok hari kepada semua muslimin dan muslimat. Alhamdulillah dapatlah kita sama sama merasa nikmatnya ramadhan pada kali ini. Semoga kita sume dapat kejar segala amalan baik dan pahala pahala berganda di bulan mulia ni. Aamiin.

Baiklah. Memandangkan esok dah puasa. Meh cik zira share 1 menu yang mudah.  Ni kalau buat sahur pun best jugak kan.

Sambal Tumis Udang.
Bahan bahan
1. Cili kering yang dah direndam dah dipotong dan dah dibuang bijinya. Ikutla berapa banyak nak pedas mana.
2. Halia
3. Kunyit hidup
4. Bawang beso
5. Bawang putih
6. Sedikit belacan.
Bahan 1 sampai 6 diblend letakkan air sket.
7. Serai ni kalau tanak letak pun xpe.
8. Udang. Ikutla nak kopek ke tanak kopek ke terpulang.
9. Bawang holland dihiris.

Cara cara masak
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan blend tadi sume sampai garing garing sket.
2. Masukkan air sedikit kalau kering sangat
3. Perasakan dengan garam
4. Masukkan udang gaul sampai udang masak.
5. Masukkan hirisan bawang holland. Gaul rata.



Mudahkan. Selamat bersahur dan selamat berpuasa ye sume.

Friday, June 26, 2015

resipi : masak goreng berlado


cik zira suka makan goreng berlado. tak kisahla apa pun. ikan ke ayam ke sayur ke. sebab berlado tu cik zira buat style ala sambal belacan. pedas rasa belacan sume kasi cukup. makan plak dengan nasi panas. lauk tu saje pun xpelah cukup dah tu.

kalini cik zira share kan dua gamba ayam goreng berlado dengan terung goreng berlado. bahan dia sama je cuma tuka ayam dan terung. tapi idokla ni masak hari yang sama ni kang dua dua lauk sama je.

ni cara buatnya. senang amat :

1. ayam atau terung tu gorengkan dulu asingkan.
2. blend kasar sedikit belacan, lada merah, lada hijau, cili padi, bawang merah, bawang putih, halia sket.
3. panaskan minyak tumis bahan blend sampai naik bau dan garing.
4. masukkan sedikit sahaja air asam. takmo banyak sangat sebab nak buat kering kering. kalau kuah banyak kang dah jadi masak asam plak.
5. kacau bahan tumis dan air asam sebati. masukkan garam secukup rasa.
6. masukkan ayam goreng atau terung goreng tadi gaulkan bagi lada lada tu meresap.
7. hidang makan dengan nasi panas wei. pasti licin!




ni kalau buat masak untuk sahur pun sodap!

Tuesday, June 23, 2015

jom kumpul pahala sama sama!


Salam Ramadhan
hari keenam berpuasa tahun ni

sebelum puasa haritu ramai share cara nak khatam AlQuran ramadhan ni. baguslah kalau semua berazam. pastikan azam tu kita tunaikan ye. jangan sekadar post di fb dan ig sahaja. sama sama kita bagi khatam Quran tu k.

alhamdulillah cik zira pun tahun ni akan tunaikan terawih dan khatamkan Quran. kalau tahun lepas bz di bazar ramadhan terawih ada yang tak dapat buat, tapi syukur quran dapat khatam macam ramadhan ramadhan lepas. berniaga berniaga jugak kan, pahala keberkatan ramadhan pun nak kejar jugak.

sejak dah ada khalisah, memang buat terawih sendiri je. walaupun tak dapat ke masjid berjemaah terawih, cik zira amek kesempatan yang ada terawih sendiri di rumah.

ini rutin cik zira di bulan ramadhan ni. dan cik zira tahu korang pun ada rutin yang sama. yelah bulan berkat ni kita semua nak kumpul pahala sebanyak mungkin kan.

1. balik kerja awal jadinya solat asar di rumah.
2. masak untuk berbuka
3. berbuka
4. solat maghrib ngaji
5. isyak
6. terawih 8 witir 3
7. ngaji
8. buat kerja rumah
9. makan lagi sebelum tido
10. tido awal sebab nak bangun masak sahur

bulan puasa kena tido awal sket sebab cik zira ni jenis tak tido balik lepas sahur atau subuh. jadi waktu tido malam tu kena awal sket supaya nanti waktu siang tak mengantuk kat sekolah.

ada baca tips khatam Quran. baca 4 muka surat setiap kali solat 5 waktu. oleh sebab cik zira mengajar petang, jadi zohor asar tu tak dapat nak membaca AlQuran. jadi, cara cik zira buat ialah waktu subuh maghrib dan isyak cik zira akan baca 10-12 muka surat setiap 3 waktu tu nak cover balik waktu zohor dan asar yang tak dapat baca AlQuran. kalau sabtu ahad cuti dapatlah baca banyak muka surat.

sebab kita orang perempuan ni kena kira dan tolak waktu peot tu kan. jadi mana boleh baca banyak baca je. dan cik zira dah timing untuk 10 muka surat amek masa 15 minit. sekejap je kan. takyah tengok phone banyak sangat. luangkan masa pegang dan baca AlQuran. lama lama nanti habis untuk ramadhan ni. In Sha Allah.

cik zira share dan supaya dapat ingatkan diri sendiri. ingatkan sahabat sahabat hamba Allah sekalian. sama sama kita kumpul pahala di bulan berkat ni k. Allah kan bagi pahala berganda ganda di bulan ramadhan ni. siapa tanak pahala kan? jom kumpul pahala!

Monday, June 22, 2015

oh sahur!


Alhamdulillah. harini dah masuk hari kelima berpuasa. syukur. setakat ni cik zira masih merajinkan diri bangun pukul 4.50 pagi sediakan makanan untuk bersahur suami isteri.

untuk hari pertama bersahur cik zira masak nasi. telur dadar. lepastu masak lauk ikan bilis potong lada bawang. macam mana nak buat lauk simple ni?

1. ikan bilis goreng dulu asingkan
2. panaskan minyak atau guna minyak goreng ikan bilis tadi. tumis bawang merah bawang putih dan cili padi
3. masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit air supaya tak terlalu masam kuahnya
4. kuah tak payah banyak sangat sebab dia style makan kering dengan nasi kuah sket je
5. letakkan serbuk perasa sket tak payah letak garam sebab ikan bilis dah masin
6. masukkan ikan bilis dan gaul sebati




yang ini kalau makan dengan nasi panas macam haritu laju je kitorang lakibini makan sampai licin plak tu ada telur dadar. syurga je rasa sahur pertama. lagipun lauk ni cik zira memang suka sebab dulu arwah mak selalu masakkan. rindu.

hari kedua makan beger ayam dan sosej. walaupun tak makan nasi untuk sahur tapi still kenyang sebab beger ada roti kira beratla jugak untuk tahan seharian puasa.



ibu ibu dan isteri isteri, mesti hari hari fikir nak masak apa buat apa untuk sahur dan berbuka. cik zira ni jenis suka masak sendiri. sebab dah terbiasa masa duk jb dengan atok dan bik ani memang buka makan kat rumah je tokbik khalisah tu masakkan sedap sedap. jarang sangatlah beli makan di bazar.

jadinya bila duduk sendiri dengan suami ni, dah terbiasa nak kena masak jugak sendiri untuk berbuka. sahur tu dah wajiblah sediakan sendiri.

kalau sahur leh pelbagaikan menu setiap hari. tapi kalau berbuka tu wajib nasi dan lauk macam makan tengah hari waktu bukan bulan ramadhan.

jangan bagi alasan bekerja takleh masak untuk suami. isteri isteri ibu ibu bekerjaya sekarang kan sume superwoman kan kan. kerja kerja pun leh setelkan sume kerja rumah dengan hebatnya!! chaiyok!!

selamat berpuasa semua.

Tuesday, February 3, 2015

menu bersahur


setiap isnin dan khamis cik zira akan berpuasa temankan buah hatiku ganti puasa masa dia eksiden haritu. banyak hari lagi nak ganti. jadi dah isteri ada sama ni kena paksa ganti. kalau tak kang ramadhan datang pun tak ganti ganti.

jadinya nanti malam sebelum nak bangun sahur tu akan tanya buah hatiku nak sahur apa. senang tanya nak makan apa sebab selera time sahur ni lain sket kan. kalau nak kena masak nasi ke cik zira akan bangun awal. tapi kalau buat yang simple simple je bangun pukul 5 sediakan sahur sebab sekarang subuh pun dah lewat sikit.

ni dah masuk minggu ke 4 berpuasa. ada buat nasi goreng. ada buat megi je. ada buat roti telur. pape pun tanya buah hatiku apa dia nak makan sahur.





tak sabar nanti ramadhan. puasa sama sama. sahur berbuka puasa sebulan. mesti rindu nak puasa dekat rumah atok. buka puasa ramai ramai malam raya makan banyak. rindunya..

apalah cik zira ni duk fikir puasa ngan raya tak habis habis. isyh isyh

Monday, August 26, 2013

teringat puasa hari tu


Puasa tahun ni hari tu tak macam puasa sebelum ni. Lain sikit sebab suamiku accident puasa kelima. Sempat buka puasa kat uma atok empat hari je sebelum balik penang jaga suamiku kat sana. Setiap hari kat jb kalau boleh mesti ada air kathira. Itu yang specialnya kat jb time bulan puasa. Air kathira abu bakar. Sebungkus rm3. Kalau satu botol rm9. Bila kat penang teringat ingat air kathira. Hari bukan puasa pun ada je air kathira kat pasar malam tapi x sama langsung ok. Tetap sedap air kathira masa bulan puasa. Nasib baik sempat buka puasa kat uma atok lagi 3 hari nak raya. 3-3 hari pun dapat minum air kathira. Kira 6 hari buka kat uma atok minum air kathira. Seyes best!



Buka puasa kat penang plak pun hari-hari buka kat rumah. Tapi tak sama buka puasa dengan uma atok. Yelah dua rumah dua cara dan menu berbeza. Kira untungla kan dapat merasa keduanya. Asal buka je teringat berbuka kat uma atok. Huhu


Nasib baik sehari sebelum balik jb dapat merasa makan buffet ramadhan dekat G Hotel. Belanja adik ipar sekali dengan naqib dan khalisah. Buffet sekarang rate dia dah rm80++. Kalau hotel yang rate murah sikit tu mungkin tak banyak choice. Tp G Hotel ada banyak makanan. Geram sangat tengok sume makanan. Kira berbaloi dengan harga. Cuma tu lah ada yang x rasa. Gambar pun x amek satu satu. Macam macam ada. Puas hsti. Tu lah sekali je buka puasa kat luar ramadhan tahun ni.



Dua hari sebelum raya. Hari selasa. Buka puasa kat rumah dulu makan nasi macam biasa. Lepas tu dalam kul 8 gerak ke taman gaya chenta hati 2 belanja bbq n steamboat. Lama dah x makan. Dia pun nak makan sangat. Pergi bertiga ngan abdul sekali. Dulu owner cina. Sekarang melayu dah beli. Rm22 x silap harga nya. Orang ramai sangat. Bestla. Dah lama kan x makan. Pulak tu adik yang belanja. Hehe



Wah.. mementang puasa enam dah habis. Bolehla wat entry pasal makan. Dah boleh makan puas puas balik. Tahun ni dapat puasa penuh. Tahun lepas mabuk ngandungkan khalisah tapi gagah jugak puasa tinggal sehari je. Sehari je ganti tau. Hehe.  Tahun ni pun best puasa penuh sebab terpeot pagi buta raya kedua. Heaven rasanya. Tinggal puasa sunat jelah pas ni. Puasa enam pun dah selesai. Yay. Syukur

Tuesday, August 6, 2013

hujung ramadhan awal syawal


Ya Allah kejapnya masa berlalu
Tup tup da nak habis da ramadhan untuk kita berpuasa kan. Kalau ikutkan khamis dah raya. Walaupun x sabar nak raya dan itu pun memang hakikat dah untuk semua yelah sape x suka raya kan. Tapi dalam masa yang sama sedih jugak sebab ramadhan dah nak habis. Semoga terus diberikan kesempatan oleh Allah untuk ramadhan seterusnya.  Amin


Oh. Seperti yang cik zira katakan, cik zira dag pun selamat sampai jb isnin pagi baru ni. Nek flight berdua macam biasa dengan khalisah.  Dan syukur tersangat syukur sebab khalisah baik sangat kali ni dalam kapal. Doa banyak tau minta khalisah x nangis dan ngaruk sebab tiga kali sebelum ni memang dia nangis. Syukur.  Dia main lepas tu ngantuk tepukkan dia tido. Tu pun nak dekat sampai jb dah. Kejap jelah dia tido. Lagipun flight pagi kul 7.15. Bangun awal tu yang dia ngantuk. Semoga jumaat ni flight malam balik penang balik dan 17hb flight pagi khalisah akan jadi budak baik jugak. Amin Ya Allah.





Balik je jb ni misi mengemas bilik yang dah macam apa sebab balik penang hari tu emergency kan. Barang stok sume bersepah. Jadi pergilah beli rak bertingkat tu dengan tempat sangkut baju kerja yang baru. Seb bek ada chenta hati 2 yang rajin sangat tolong kakak merah dia ni. Tq sangat yap ye. Dua hari jugak nak habis kan kemas. Chenta - chenta hati cakap bilik da macam stor. Banyak sangat barang. Hehe. Nak pindah uma sendiri tak tahu bila kan. Uma pun xde x beli lagi. Jadi bilik kecik tu jelah penuh sume barang yang ada. Da kemas nampaklah lapang sket. Kalai tak katil jadi mangsa letak sume barang. Bukan untuk tido pun. Skang katil pun da clear. Tapi amek toto tido ngan khalisah kat bawah je sebab katil single sempit khalisah nak bergolek.


Bilik setel. Alhamdulillah.  Esok misi basuh baju raya jemur iron. Haha. Very the last minute. Tak pernah lambat macam ni. Selalu tiap tahun awal da siap sume baju raya sendiri dan chenta chenta hati. Walau dah kawen tetap hakak ni jugak sediakan baju si adik adik bujang dua orang tu. Suami kan di penang. Takpe. Sempat punya. Pastu esok jugak kena masuk duit raya dalam sampul. Pun buatkan skali untuk chenta chenta hati.


Cik zira balik beraya di jb sekejap. Dah minta izin suamiku. Walaupun suamiku macam berat hati nak bagi dengan keadaan kaki dia masih macam tu tapi still sporting sangat bagi isteri balik jb beraya sebab cik zira kata sanggup ke tengok cik zira melalak pagi raya nanti x dapat balik jb. Hehe. Xpelah. X bermakna tak raya bersama kitorang gaduh tau. X sama sekali. Jumaat ni balik penang balik habiskan cuti yang ada bersama suamiku yang masih berjalan guna tongkatnya.


Wah panjang plak entry malam ni. Xpe sebab qadha entry semalam sekali x sempat update blog. Lagipun mood raya dah ni. Ada ke yang baca blog lagi. Sume pun sibuk sana sini. Nanti raya blog rehat jap ye. Kasi panas sama instagram dulu. Sape nak tengok gamba raya cik zira bolehla follow insta ye search hazirah27 tau. Da bape hari raya nanti baru update blog ye.






Baiklah semua. Cik zira ingin mengucapkan selamat menyambut syawal dan raikan lah syawal dengan kasih sayang bersama keluarga k. Andai ada salah silap cik zira mohon ampun dan maaf ye. Makan puas puas tau sebab raya setahun skali je ni nak makan ketupat lemang rendang sume. Paling favy cik zira ayam masak merah walaupun kalau x raya ada je tapi bila raya rasa best lain plak





Ok ye. Selamat hari raya!!

Friday, August 2, 2013

terawih sendiri


Dulu masa anak dara rajin gi terawih setiap malam jalan kaki sensorang sebab surau dekat je ngan uma atok. Tahun lepas x berkesempatan sebab mabuk teruk ngandungkan khalisah.  Baru empat bulan x silap masa pose last year. Tapi gagah jugak tinggal pose sehari je. Balik skola mandi terbaring tunggu azan buka pose. Itu pun minum air je lepas tu maghrib terus tido. T bangun isyak baru boleh makan. Kenangan mengandung pose tahun lepas. X dpt terawih.


Tahun ni plak pose dah ada khalisah.  Pun x berkesempatanlah nak terawih di surau. Buat sendiri di rumah je sambil khalisah baring sebelah sejadah temankan ibu dia terawih kalau dia x tido. Tapi syukur merasa terawih di masjid negeri penang hujung hujung puasa ni. Makcik khalisah tolong jagakan khalisah bagi ibu gi masjid. Rasa nak nangis pun ada diberi peluang Allah merasa terawih di masjid sebab selalu wat sendiri je bertemankan anak.







Nak bagi khalisah leka main sementara ibu solat kena bagi menan pape. Lepas bagi salam layan khalisah jap pastu sambung lagi.  Khalisah baik. Habis lapan rakaat witir satu rakaat terus peluk cium dia sebab baik kasi can ibu terawih.  Sayang khalisah!


Takpe. Jaga anak tu sendiri dah kira ibadat kan. dan bila jaga anak plus dspat wat terawih sendiri pun dah kira cukup bermakna untuk ramadhan kali ini.

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan.





Salam Ramadhan.






Selamat Berpuasa.






Semoga ramadhan di tahun 2012 ni lebih bermakna dan sama-sama kita mengumpul pahala di bulan mulia ini.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 14 julai 2012 9.10 a.m.

Thursday, July 19, 2012

beli ke masak?





lagi beberapa hari je umat Islam akan menyambut bulan mulia, bulan Ramadhan. dan lagi beberapa hari juga peniaga bazar ramadhan dah bersedia nak menjual di sepanjang bulan Ramadhan nanti.






kalau korang kan, suka tak beli makanan dekat bazar ramadhan? 






ke suka masak sendiri lagi puas hati dan sedap?






atau ada yang gilir-gilir? ada hari beli, ada hari masak?






kalau cik zira, bik ani masak sedap. tak perlu pun nak ke bazar ramadhan. tapi, kalau teringin nak beli pape tu, pergi jugaklah tapi tak selalu sebab malas nak bersesak. hehe






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 14 julai 2012 9.04 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails