SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, August 6, 2013

hujung ramadhan awal syawal


Ya Allah kejapnya masa berlalu
Tup tup da nak habis da ramadhan untuk kita berpuasa kan. Kalau ikutkan khamis dah raya. Walaupun x sabar nak raya dan itu pun memang hakikat dah untuk semua yelah sape x suka raya kan. Tapi dalam masa yang sama sedih jugak sebab ramadhan dah nak habis. Semoga terus diberikan kesempatan oleh Allah untuk ramadhan seterusnya.  Amin


Oh. Seperti yang cik zira katakan, cik zira dag pun selamat sampai jb isnin pagi baru ni. Nek flight berdua macam biasa dengan khalisah.  Dan syukur tersangat syukur sebab khalisah baik sangat kali ni dalam kapal. Doa banyak tau minta khalisah x nangis dan ngaruk sebab tiga kali sebelum ni memang dia nangis. Syukur.  Dia main lepas tu ngantuk tepukkan dia tido. Tu pun nak dekat sampai jb dah. Kejap jelah dia tido. Lagipun flight pagi kul 7.15. Bangun awal tu yang dia ngantuk. Semoga jumaat ni flight malam balik penang balik dan 17hb flight pagi khalisah akan jadi budak baik jugak. Amin Ya Allah.





Balik je jb ni misi mengemas bilik yang dah macam apa sebab balik penang hari tu emergency kan. Barang stok sume bersepah. Jadi pergilah beli rak bertingkat tu dengan tempat sangkut baju kerja yang baru. Seb bek ada chenta hati 2 yang rajin sangat tolong kakak merah dia ni. Tq sangat yap ye. Dua hari jugak nak habis kan kemas. Chenta - chenta hati cakap bilik da macam stor. Banyak sangat barang. Hehe. Nak pindah uma sendiri tak tahu bila kan. Uma pun xde x beli lagi. Jadi bilik kecik tu jelah penuh sume barang yang ada. Da kemas nampaklah lapang sket. Kalai tak katil jadi mangsa letak sume barang. Bukan untuk tido pun. Skang katil pun da clear. Tapi amek toto tido ngan khalisah kat bawah je sebab katil single sempit khalisah nak bergolek.


Bilik setel. Alhamdulillah.  Esok misi basuh baju raya jemur iron. Haha. Very the last minute. Tak pernah lambat macam ni. Selalu tiap tahun awal da siap sume baju raya sendiri dan chenta chenta hati. Walau dah kawen tetap hakak ni jugak sediakan baju si adik adik bujang dua orang tu. Suami kan di penang. Takpe. Sempat punya. Pastu esok jugak kena masuk duit raya dalam sampul. Pun buatkan skali untuk chenta chenta hati.


Cik zira balik beraya di jb sekejap. Dah minta izin suamiku. Walaupun suamiku macam berat hati nak bagi dengan keadaan kaki dia masih macam tu tapi still sporting sangat bagi isteri balik jb beraya sebab cik zira kata sanggup ke tengok cik zira melalak pagi raya nanti x dapat balik jb. Hehe. Xpelah. X bermakna tak raya bersama kitorang gaduh tau. X sama sekali. Jumaat ni balik penang balik habiskan cuti yang ada bersama suamiku yang masih berjalan guna tongkatnya.


Wah panjang plak entry malam ni. Xpe sebab qadha entry semalam sekali x sempat update blog. Lagipun mood raya dah ni. Ada ke yang baca blog lagi. Sume pun sibuk sana sini. Nanti raya blog rehat jap ye. Kasi panas sama instagram dulu. Sape nak tengok gamba raya cik zira bolehla follow insta ye search hazirah27 tau. Da bape hari raya nanti baru update blog ye.






Baiklah semua. Cik zira ingin mengucapkan selamat menyambut syawal dan raikan lah syawal dengan kasih sayang bersama keluarga k. Andai ada salah silap cik zira mohon ampun dan maaf ye. Makan puas puas tau sebab raya setahun skali je ni nak makan ketupat lemang rendang sume. Paling favy cik zira ayam masak merah walaupun kalau x raya ada je tapi bila raya rasa best lain plak





Ok ye. Selamat hari raya!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails