SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, February 23, 2024

Wagyu Pizza di Ipoh

cikzira baru je balik dari makan dekat Mr Steak House Ipoh ni dengan khalisah, abdul khaliq lepastu dengan adik ipar yang duk dekat ipoh ni dengan anaknya, haura. berlima la kitorang makan tadi. 

disebabkan tak dapat makan piza wagyu jofliam yang viral tu kan, kita makan yang ni pun oklah. masa sampai tu lewat petang jugaklah dalam kul 6 petang macam tu. tapi masih ada parking dan meja.

ni apa yang kitorang oder:

lemon ais RM3.30, coconut shake RM12
sirap ais RM2.80, Kopi Ais RM2.50

Wagyu Pizza 7" RM70


Set Ayam Gepuk RM14


Set Ikan Keli RM15

dia ada tiga kedai dekat sini, yang steak house ni ada menu western piza pasta segala, pastu ada western lagi satu sebelah dia ada burger dengan kedai nasi nasi set salai set gepuk sume tu.

minuman pun recommended semua sedap. cikzira order kopi ais kaw padu, khalisah order coconut shake pun dia cakap sedap. gelas pun besar. 

korang datang ipoh, boleh lah try makan dekat sini tau. sebab banyak pilihan selain nak try wagyu piza tu bolehlah order menu yang lain jugak☺️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails