SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, February 21, 2010

makan besar tahun baru cina



selamat pagi ahad buat semua,,
mesti ramai yang masih di atas katil, kesedapan tidur di hari terakhir cuti tahun baru cina ni kan,,hehe,,buat sesapa yang masih bercuti la,,


okeh, nak cite pasal semalam la ea
petang semalam, mami cik zira ada function dekat rumah client dia
rumah orang cina dekat tanjung bungah

van kerja mami,,itu nampak tak tulisan kat van tuh,,

sume bersiap nak masukkan makanan dalam van,,=)


dia order masakan melayu dekat mami
ktrg gerak dalam kul 5 lebih cenggitu
van keje 1, kete mami 1 dengan keta neo abah cik zira 1
pergilah ke sana


sampai uma dia, terus setting sume
cik zira dan cucu2 mami duk dalam uma dia yang ekon tuh sambil makan kepek2 segala macam yang ada,,
uma dia beso
masuk2 jek opis dia, pastu pintu banyak,, cik zira tak masuk la sampai dalam2,,


ramai2 gaul benda alah yee sang tuh,,

ini makanan wajib dorang, yee sang ea kalo tak silap namanya,,
sayur dan buah2an jek pon,, sempatla cik zira rasa sket,,hee,,




ramai gak tetamu dia yang datang
tuan rumah nya pon peramah, baik jek
dorang bisnes, tu yang ramai kenalan
siap cik zira dapat ang pau lagik,,hehe,, boleh wat cuci keta jap lagi,,hehe


makanan yang diorder banyaklah jugak
sampaikan tuan rumah tuh,Aunty Ming makan lambat sbb layan tetamu
tapi dia punya makan nasi, sungguh2 betul,,
banyak dia makan, tp badan tetap lawa,, lupa plak nak snap gamba tuan rumah


ktrg borak2, makan2 sume dan balik dalam kul 9 lebih nak dekat kul 10 malam
balik jek cik zira da penat,, eceh, padahal bukan watpe pon,penat makan agaknye,,
hari ni baru nak update,,
lepas subuh da tak tdo, ape lagi nak wat, update blog jela,, kan kan,,



okehla, sebelum menutup entry, cik zira sajikan wat sume gamba2 makanan yang ada kat majlisopen house tahun baru cina yang dicater oleh mami cik zira
agak2 sape duk penang, nak cari catering ke ape ke, contact la cik zira ea,mami cik zira ada wat perkhidmatan catering dengan menyajikan yang sedap2 dan terbaik utk pelanggan2nya,,


jom tgk gamba makanan,,

kuah kari ayam makan dengan roti jala

roti jala

acar timun nenas

ayam masak sambal

sambal tumis udang

sotong

kari ikan

kurma kambing

nasi tomato

buah-buahan

triffle

puding cocktail



sumenye sedap
habis lauk sume,,
sume puas hati dengan makanan
da kata da, konpem sedapla, jangan risau, mami cik zira , mesti cik zira tahu
dah hari2 makan dekat dia,,hehe,,


itulah kisah semalam
kita kan 1 Malaysia, bukan setakat hari raya sahaja pergi rumah terbuka
bila dah org jemput rumah terbuka tahun baru cina pon, pergi jugak
sama2 rakyat Malaysia kan, lagipon,makanan melayu, so, takyah nak risau la,,


tak terlambat kot lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat semua yang berbangsa cina k
nak ang pau merah2 lagi boleh?? ngee,, ;)





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 21 februari 2010 8.25 a.m.

2 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

x de yee sang ke zira?

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

adela,gamba dah tunjuk tu kan,,
ade yee sang,,
afzan2,,hee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails