SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, August 3, 2026

The Cattleya Homestay Melaka

Homestay Best di Melaka : The Cattleya Melaka

baruni ada kenduri di melaka, jadinya cikzira dengan jeri & yap bertiga beradik plan pergi sekali naik 1 kereta dan check in sekali homestay 1 malam.

homestay ni ada 2 unit, the cattleya dan the ivy. yang cikzira duduk ni the cattleya. ada 3 bilik beraircond, ada 2 blk air. 1 bilik air ada dalam bilik. 1 bilik air sharing. 




















private pool untuk anak-anak mandi tak kira masa. ada shower di luar untuk mandi sebelum dan selepas terjun pool. mesin basuh pun disediakan tau. boleh basuh baju. 

cuckoo siap ada dalam rumah, dekat pantri pun ada. pantri pun best sebab ada dapur gas, peralatan memasak semua lengkap serba serbi. takyah susah susah semua ada. nak BBQ pun ada disediakan tempat BBQ. 

kawasan semua cantik nak bergambar pun sangat sesuai. waktu malam pun cantik ada lampu-lampu. 

eh pendek kata memang recommend sangatlah korang yang mana stay melaka nak cari homestay, meh duduk sini. kitorang sewa 1 unit je lagi 1 unit owner tutup untuk bagi privacy dekat kitorang. baik hati kan owner. tapi kalau korang ramai amek je 2-2 unit lagi 1 unit tu pun best, ada private pool dalam rumah siap bilik karaoke lagi. best ke best? mestilah best sangat kan!

boleh contact owner : 012-7589433

#homestaymelaka #homestaymelakaprivatepool #homestaymelakacantik #reviewhomestay

Sunday, July 26, 2026

JJCM JB : Kampung Heritage

tengah hari tadi cikzira khalisah abdul khaliq pergi lunch dekat Kampung Heritage dengan cikyap cikjeri cikah dan falisha. cikyap nak belanja kitorang makan. cikzira pilih makan dekat sini sebab tengok ramai review ok. restoran yang ada lauk pauk. 

restoran cantik nampak eksklusif. cumanya nak park kereta agak susah. kena pandai park tepi tepi jalan dengan cross melintas seberang jalan. 

masa menunggu lepas oder tu dalam 20 minit jugaklah. pilihan menu pelbagai. harga standard makan di restoran la ye. portion tu untuk 1 meal boleh makan 3-4 orang. 

macam biasa cikzira letak gambar apa yang kitorang makan dengan bil sekali untuk korang tengok harga untuk rujukan tau. 












overall ok, cikzira bagi 8/10 sebab cikzira suka pedas. lauk semua tak pedas tapi jeri suka sebab dia kata kalau pedas pun kadang pedas yang tak sedap. tapi untuk family yang bawa anak anak sesuai sebab sambal apa sume tak pedas budak budak boleh makan. sebab tu dia bagi cili padi merah siapa nak pedas boleh gigit je. tapi selain cikzira yang lain sume kata sedap☺️

nasi putih sepinggan RM4 tu je macam tak berbaloi sebab ada restoran yang harga macam ni atau tak sampai pun tapi guna beras basmathi. ni tadi macam pakai beras murah. 

tapi tempat suasana sume ok. boleh bawa satu keluarga makan menikmati pelbagai jenis lauk. kalau nak restoran yang cantik ada aircond untuk makan nasi berlauk secara have have dekat JB ni, bolehlah masukkan Kampung Heritage dalam list korang eh!


Kampung Heritage
No 54, Jalan Beringin, Taman Melodies JB
Buka setiap hari, 11.30 pagi - 10.00 malam

Thursday, July 23, 2026

JJCM Pasir Gudang : Kanteen31

kalau korang cari makan dekat pasir gudang, boleh try makan dekat kedai Kanteen31 yang terletak di Jalan Mawar Merah sebelah dengan Ninso opposite je dengan NSK yang baru buka tu. 

cikzira dengan khalisah dah dua kali makan dekat sini lunch lepas balik sekolah. kedai comel je pilihan menu pun agak banyak untuk makanan dan minuman. servis pun laju je. takyah tunggu lama. 

kali kedua makan sini kitorang try menu lain dari yang 1st time datang. ni apa yang cikzira dan khalisah order:









harga makanan pun ok berpatutan sesuai dengan konsep kopitiam. portion agak banyak jugak untuk orang yang perut kecik. sedap pun sedap jugak.

lepas makan dah kenyang pergi bakar kalori shopping dekat Ninso sebelah je. 

Jangan lupa cuba tau!

Wednesday, June 3, 2026

Petai RM1 : menu sambal petai ikan bilis

percaya tak? 

cikzira takde akaun tiktok sampai sekarang tau

tapi baruni saja tumpang akaun tiktok khalisah, belian pertama dalam sejarah hidup ialah PETAI RM1 (500gram). bangga eh🤣







semalam ada buat sambal belacan. petai pun sampai tadi. petai RM1 kita masaklah lauk paling menambah nasi. 

1. sambal belacan 

2. petai RM1

3. ikan bilis

4. bawang besar dihiris

5. tambah asam jawa instant + garam gula perasa secukupnya 

siap!

makan dengan nasi panas tambah telur dadar, confirm pinggan bocor tambah tambah nasi kan❤️

#bilacikziramasak #petai #menupetai #sambalpetaiikanbilis

Thursday, April 16, 2026

nak tukar alamat di mykad anak?

cik zira nak berkongsi info sekiranya nak tukar alamat di mykad anak bawah 18 tahun. oleh kerana tahun lepas januari, khalisah 12 tahun kena buat mykad kan cikzira guna alamat penang sebab tak sangka nak berpindah balik ke johor. jadinya lepas dah pindah dan menetap terus ni mestilah nak tukar alamat rumah sendiri dalam mykad kan.

hari selasa lepas ibu dengan khalisah balik sekolah, kitorang gi lunch dulu lepas lunch terus ke UTC Pasir Gudang yang jaraknya dalam 14 minit dari rumah. masa sampai JPN tu amek nombor pukul 3.14pm. masa dapat nombor tu kena tunggu lama sebab gap nombor dalam 20 lebih. 


mengopi meng-aiskrim la dulu dekat AiCha depan JPN tu je. pastu berjalan jalan dulu membeli sket. nasib bangunan UTC tu macam macam jugak ada boleh cuci mata. 





lepas tunggu sejam lebih, nombor pun dipanggil. bagi mykad asal anak salinan bil utiliti dengan mykad mak. staf akan keyin details lepastu kena bayar RM10. kena amek gambar baru dan tudung hitam disediakan khalisah kena tukar sebab dia pakai tudung sekolah putih sama dengan background. 



mykad asal dipotong lepastu kena amek nombor baru untuk amek mykad baru yang dah siap. amek nombor baru 4.57pm seminit lepastu dah dipanggil. siap terus mykad baru alamat rumah sendiri. alhamdulillah ❤️

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails