SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, February 6, 2020

PUSAT PAKAR MATA & LASIK ABDUL RAZAK SUNGAI PETANI

bismillah..
cik zira nak berkongsi pengalaman cik zira melalui journey indah idaman cik zira yang dah lama.
nak buat dah lama cuma keberanian tu pasang surut. tapi terinspirasi semula keberanian tu setelah melihat lisa surihani buat.

cik zira suggest korang belah utara buat dekat PUSAT PAKAR MATA DAN LASIK ABDUL RAZAK ni sebab servis terbaik  cuma kena tunggu lama je sebab ramai sangat orang. lain lain sume terbaik

terima kasih Pn Zahirah, Doktor Abdul Razak dan semua staf klinik untuk servis yang terbaik  dari awal sampai selesai operation­čśŹ

TAJUK : RILEX SMILE LASIK CIK ZIRA

soalan pertama?
kenapa tak buat dekat prof muhaya?
jawapan : jauh dan susah nak berulang sebab komitmen kerja dan anak anak. lagipun prosedur dia banyak peringkat. lagipun mesin dia sama je.

soalan kedua?
habis tu buat dekat mana?
jawapan : PUSAT PAKAR MATA ABDUL RAZAK
di sungai petani

berapa kos?
jawapan : dia berperingkat
pre operation RM300
operation rilex smile RM10500
checkup sehari selepas RM40
checkup seminggu selepas
checup sebulan selepas

KRONOLOGI

SELASA 7 JANUARI 2020

whatsapp dengan Pn Zahirah, optometrist dekat klinik tu untuk bertanyakan prosedur dan book date untuk screening

JUMAAT 10 JANUARI 2020
pergi SCREENING lepas setel anak anak sekolah. jumpa dengan Pn Zahirah dan dia akan check power mata dan tengok keadaan mata sesuai atau tak untuk teruskan lasik. Pn Zahirah explain prosedur dan tiga jenis lasik. dan kitorang pun bincang date untuk pre oeration dan operation. akan dapat MC seminggu tapi cik zira tanak cuti keje lama sangat jadi amek rabu 21 Januari 2020 untuk preoperation dan khamis 22 Januari 2020 hari bersejarah dalam hidup untuk operation lasik rilex smile. lepastu bersambung cuti raya cina rehat jadi takyahla cuti kerja lama lama sangat lagipun tak suka cuti banyak kerja tertangguh nanti.

power mata cik zira kiri kanan 500 dan ada silau tinggi jugak

nombor pertama journey indah ni

cermin depan klinik ni

inilah klinik yang menjadikan impian cik zira menjadi kenyataan

hari pertama ke klinik doktor razak


SELASA 21 JANUARI 2020

appointment 2pm untuk pre operation. yang ni kena berteman ye sebab tak boleh drive selepas prosedur tu. jadi encik suami temankan tunggu dia balik kerja dia bawakan.
sampai amek nombor. jumpa dengan Pn Zahirah lagi untuk check mata sekali lagi dan akan titis ubat mata untuk kembangkan biji mata tu senang doktor nak check kondisi keseuruhan mata. lepas titis ubat kena tunggu dalam 30-40 minit pastikan mata betul betul kembang. bilik Pn Zahirah bilik 4. lepastu akan masuk bilik 3 untuk check tekanan mata tak silap. sekejap je. lepastu tunggu untuk masuk bilik 1 berjumpa dengan Doktor Abdul Razak

masa ni doktor akan buka mata seluasnya guna alat dia terbeliakkan mata sebab nak tengok keadaan mata dan alhamdulillah doktor kata ok dan boleh proceed untuk operation. nasib baik dah book esoknya dengan Pn Zahirah jadi memang dah ada slot untuk cik zira

oh operation dekat klinik pakar ni hanya pada hari isnin dan rabu pagi sahaja kena hadir jam 10 pagi macam tu.

untuk preoperation ni pandangan akan kabur selama lebih kurang 6 jam. diberikan ubat titis kena titiskan pada mata.

bayaran RM300 dan disertakan ubat titik mata tu. kotak warna hijau.

masa ni memang jadi rabun dekat takleh tengok fon pastu pening takleh tengok cahaya matahari. pakai lah spek hitam

nombor untuk pre operation

ada tertera waktu rawatan klinik ni

bilik 4 ni bilik Pn Zahirah yang cik zira akan jumpa dulu sebelum prosedur seterusnya

encik suami teman untuk pre operation walaupun busy dengan phone

ubat titik

dalam dia macam ni

RM300 untuk bayaran pre operation

ubat tahan sakit kena makan selepas sarapan untuk hari operation

hari bersejarah temujanji untuk operation lasik rilex smile

muka togel ni ha pening kepala sebab anak mata kembang kena ubat


RABU 22 JANUARI 2020

sesi kaunseling dengan Pn Zahirah sebelum naik ke tingkat 1

bilik bersejarah buat cik zira untuk dapatkan mata tanpa rabun

pakai cermin mata terakhir buat kali terakhir muka togel sebab takleh pakai apa apa langsung

ha amek muka buruk tak kisah janji mata elok, disapu ubat kebas dekat muka

muka buruk tak kisah lagi bersama encik suami yang teman cik zira dua hari

tinggal kenangan

cover ni cik zira pakai tido satu malam je 


harini dalam sejarah. mula pakai cermin mata tingkatan 1 arwah mak yang bawa pergi check dan buat cermin mata, dan di usia menjengah 34 tahun berpeluang capai angan angan untuk tidak berkaca mata lagi. syukur alhamdulillah.

cik zira masukkan payment sebanyak RM10500 secara online transfer ke akaun maybank klinik. kena print resit sebagai bukti ye.

harini pun encik suami temankan. pergilah kitorang laki bini sekali lagi ke klinik tapi sampai lambat­čśů

sampai amek nombor. tunggu untuk masuk bilik 4 bilik Pn Zahirah untuk sesi kaunseling dan tanda tangan borang.

kemudian tunggu untuk naik ke tingkat 1. kat atas ni memang kena ada tukang teman. kalau tak perlu memang encik suami tunggu dalam kereta je macam hari pre operation.

waris masuk sama sama ke bilik Pn Jumabi untuk sedikit penerangan. kemudian ke bilik lagi satu untuk persalinan operation dan muka akan disapu dengan ubat kebas.

hari operation takleh pakai jam emas segala sume kena tanggal. deadorant krim muka bedak segala tak boleh tau.

haritu ada 9 operation dan lasik rilex smile 2 orang je buat cik zira dan lagi sorang. yang lagi 7 tu operation lasik lain.

tibalah giliran. masuk dan doktor terbeliakkan mata untuk tanda dengan marker dekat mata ni, sian doktor cik zira penakut asek kelip mata.

sebelum baring Doktor Abdul Razak akan suruh pandang kad dekat dinding tanya boleh nampak tak, memang tak nampak la jawabnya. masih rabun kan.

baring dan ikut arahan doktor. tangan sejuk takleh cerita.

kena pandang dan fokus lampu hijau dan nanti pandangan akan putih semua. sekejap sangat prosedur guna mesin tu. satu mata dalam 2-3 minit je. lepastu doktor akan bersihkan mata. sama prosedur untuk dua dua mata.

SEKEJAP SANGAT UNTUK HILANGKAN RABUN. sekejap sekejap betul. kenapalah tak buat dari dulu. sebab takut­čśé

selesai je berdiri dan pandang dinding dan dah boleh baca - TAHNIAH ANDA TELAH BERJAYA

syukur tak terkata. dah boleh nampak. macam nak nangis wei tapi doktor banyak kerja lain nak layan menangis drama segala. haha

keluar bilik operation akan masuk bilik untuk cuci muka dan buka baju operation.

tunggu sekejap untuk amek ubat. dengar penjelasan nurse tentang ubat. ada 3 jenis ubat titik dan vitamin c. ada satu ubat makan tapi tu kalau rasa sakit baru makan.

mata jadi merah sangat. dan rasa berat nak buka. pandangan kelabu asap walaupun dah boleh nampak sekeliling tapi masih kelabu asap dan jadi rabun dekat takleh tengok dan baca tulisan dekat phone.

diberikan jugak cover untuk tido malam kena pakai takut tercucuk tergaru mata. takleh mandi kepala selama seminggu sebab tanak shampoo dan air masuk mata. makeup pun tak boleh dalam tempoh ni. makan je takde pantang nasib baik. hehe

balik lapa makan habis sebungkus nasi encik suami belikan. lapa sungguh. sampai rumah kul 2 lebih petang macam tu.

titik ubat sejam sekali dan cuba tido tak boleh tapi paksa jugak tido dapatlah tido sejam lebih bagi mata rehat.

satu harini pandangan kelabu asap.

KHAMIS 23 JANUARI 2020

usung nak bawa gi checkup sehari selepas

kena pakai cermin mata hitam bila kena cahaya matahari

nombor giliran check up sehari selepas operation


bangun pandangan makin elok dan cerah. cuma silau takleh pandang cahaya dan lampu sangat.

kena pergi klinik untuk checkup sehari selepas operation. encik suami ada hal tak boleh bawakan. adik ipar, mak lang khalisah tolong bawakan. cik zira nak drive je sendiri tapi encik suami tak kasi bimbang kan baru sehari operation. tq hanim tolong hantarkan dan tunggu jaga budak budak dalam kereta.

dapat nombor 4007 sebab lewat sampai. masuk bilik 4 jumpa pn zahirah check power mata. alhamdulillah sebelah dah 0 sebelah lagi 0.5. cuma silau masih ada. memang takleh tengok cahaya dan lampu sangat.

kemudian tunggu masuk bilik 3 untuk check tekanan mata. kemudian tunggu untuk masuk bilik 1 jumpa Doktor Abdul Razak. tunggu punyalah lama sebab orang ramai. sekali masuk doktor check mata semua ok tak sampai 3 minit keluar dah. hehe

tunggu plak lagi untuk amek ubat balik dan bayaran RM40. cik zira minta MC skali untuk isi online tak datang sekolah 2 hari.

lepasni Jumaat pagi 31 Januari 2020 plak appointment untuk check up seminggu selepas. amek sesi pagi sebab masuk keje lambat hari jumaat.

sekian sahaja perkongsian cik zira. syukur semua dipermudahkan. terima kasih semua yang mendoakan terutama kawan kawan skj.

simpan angan angan dulu. pastu kumpul duit. yang penting kena ada keberanian. baru ada semangat nak buat.

dah takyah pakai dah cermin mata simpan terus. pakai cermin mata hitam je plak pasni.

terima kasih sudi baca. ada apa apa nak tanya boleh komen je k In Sha Allah cik zira jawab nanti.

cik zira sertakan gambar dan caption di setiap gambar.

alhamdulillah dah boleh bercantik tanpa cermin mata syukur sangat


semoga bermanfaat untuk semua♥️

TAMBAHAN :
1. ibu mengandung tak boleh buat lasik
2. ibu menyusu pun tak boleh kena stop menyusu lepas 6 bulan baru boleh check
3. kena off contact lense sebaiknya seminggu atau lebih dari tu lagi bagus

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails