restoran cantik nampak eksklusif. cumanya nak park kereta agak susah. kena pandai park tepi tepi jalan dengan cross melintas seberang jalan.
masa menunggu lepas oder tu dalam 20 minit jugaklah. pilihan menu pelbagai. harga standard makan di restoran la ye. portion tu untuk 1 meal boleh makan 3-4 orang.
macam biasa cikzira letak gambar apa yang kitorang makan dengan bil sekali untuk korang tengok harga untuk rujukan tau.
overall ok, cikzira bagi 8/10 sebab cikzira suka pedas. lauk semua tak pedas tapi jeri suka sebab dia kata kalau pedas pun kadang pedas yang tak sedap. tapi untuk family yang bawa anak anak sesuai sebab sambal apa sume tak pedas budak budak boleh makan. sebab tu dia bagi cili padi merah siapa nak pedas boleh gigit je. tapi selain cikzira yang lain sume kata sedap☺️
nasi putih sepinggan RM4 tu je macam tak berbaloi sebab ada restoran yang harga macam ni atau tak sampai pun tapi guna beras basmathi. ni tadi macam pakai beras murah.
tapi tempat suasana sume ok. boleh bawa satu keluarga makan menikmati pelbagai jenis lauk. kalau nak restoran yang cantik ada aircond untuk makan nasi berlauk secara have have dekat JB ni, bolehlah masukkan Kampung Heritage dalam list korang eh!
Kampung Heritage
No 54, Jalan Beringin, Taman Melodies JB
Buka setiap hari, 11.30 pagi - 10.00 malam











No comments:
Post a Comment