SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label jb. Show all posts
Showing posts with label jb. Show all posts

Sunday, July 26, 2026

JJCM JB : Kampung Heritage

tengah hari tadi cikzira khalisah abdul khaliq pergi lunch dekat Kampung Heritage dengan cikyap cikjeri cikah dan falisha. cikyap nak belanja kitorang makan. cikzira pilih makan dekat sini sebab tengok ramai review ok. restoran yang ada lauk pauk. 

restoran cantik nampak eksklusif. cumanya nak park kereta agak susah. kena pandai park tepi tepi jalan dengan cross melintas seberang jalan. 

masa menunggu lepas oder tu dalam 20 minit jugaklah. pilihan menu pelbagai. harga standard makan di restoran la ye. portion tu untuk 1 meal boleh makan 3-4 orang. 

macam biasa cikzira letak gambar apa yang kitorang makan dengan bil sekali untuk korang tengok harga untuk rujukan tau. 












overall ok, cikzira bagi 8/10 sebab cikzira suka pedas. lauk semua tak pedas tapi jeri suka sebab dia kata kalau pedas pun kadang pedas yang tak sedap. tapi untuk family yang bawa anak anak sesuai sebab sambal apa sume tak pedas budak budak boleh makan. sebab tu dia bagi cili padi merah siapa nak pedas boleh gigit je. tapi selain cikzira yang lain sume kata sedap☺️

nasi putih sepinggan RM4 tu je macam tak berbaloi sebab ada restoran yang harga macam ni atau tak sampai pun tapi guna beras basmathi. ni tadi macam pakai beras murah. 

tapi tempat suasana sume ok. boleh bawa satu keluarga makan menikmati pelbagai jenis lauk. kalau nak restoran yang cantik ada aircond untuk makan nasi berlauk secara have have dekat JB ni, bolehlah masukkan Kampung Heritage dalam list korang eh!


Kampung Heritage
No 54, Jalan Beringin, Taman Melodies JB
Buka setiap hari, 11.30 pagi - 10.00 malam

Thursday, July 23, 2026

JJCM Pasir Gudang : Kanteen31

kalau korang cari makan dekat pasir gudang, boleh try makan dekat kedai Kanteen31 yang terletak di Jalan Mawar Merah sebelah dengan Ninso opposite je dengan NSK yang baru buka tu. 

cikzira dengan khalisah dah dua kali makan dekat sini lunch lepas balik sekolah. kedai comel je pilihan menu pun agak banyak untuk makanan dan minuman. servis pun laju je. takyah tunggu lama. 

kali kedua makan sini kitorang try menu lain dari yang 1st time datang. ni apa yang cikzira dan khalisah order:









harga makanan pun ok berpatutan sesuai dengan konsep kopitiam. portion agak banyak jugak untuk orang yang perut kecik. sedap pun sedap jugak.

lepas makan dah kenyang pergi bakar kalori shopping dekat Ninso sebelah je. 

Jangan lupa cuba tau!

Tuesday, September 16, 2025

Classic Tiramisu by Keyes Bakehouse

dah rasa banyak kek tiramisu dekat penang kan, review pun dah dekat sini : Review Kek Tiramisu

tadi, pergi Warong Dessert dekat Larkin, beli makanan pastu belilah sekali Classic Tiramisu yang viral sampai sekarang dari Keyes Bakehouse tu. ada jual dekat Warong Dessert. 


rupanya kalau pergi direct kafe dia harga RM29.90 je kan. tapi tadi sebab bawa masuk situ dengan segala mak nenek charge takyah beratur semua, sebekas jadi RM49. tiramisu paling mahal cikzira pernah beli setakat ni. tapi takpe, bekas dia cantik bekas tu yang mahal jugak sebab boleh simpan dan cute!






review? ok, krim cheese dia sedap. serbuk kopi atas pun ok tak pahit kopi sangat. lady finger tu mcm soggy jugak tapi masih ok. kesimpulannya ok sedap. cikzira boleh kasi 8.5/10. cuma bila beli mahal RM49 tu ok dahla at least dah merasa classic tiramisu paling viral seMalaysia ni. 

orang JB nak merasa boleh terjah Warong Dessert tau. takyah beratur pun. ada dekat chiller kecik masuk masuk kedai depan sekali. selamat mencuba☺️

Wednesday, September 18, 2024

JJCM JB : Jibril Johor

 Setiap kali balik JB pergi larkin nak pergi Loaf Adam akan lalu lah depan Jibril ni. Kedai unik kan sebab ada rak buku tak tahu mana satu pintu nak masuk. Nampak mewah tu takut nak masuk makan situ. Rupanya lepas tengok menu, takdelah semua mahal mahal. Ada je harga standard cafe. 

Disebabkan tengok ada Promo Hari Malaysia ada selected menu RM16.90 jadi kita cuba. Abdul Khaliq pun request nak makan Jibril sebab nak buka pintu rak buku tu, ha ok jom!

Masa sampai kena tunggu dulu sebab dalam penuh. Tapi tunggu tak lama duduk dekat kerusi yang disediakan dekat depan kedai. 

Masuk masuk je wahhh macam masuk restoran mewah dengan lighting romantiknya. Staf semua pun baik baik. Customer pun ramai yang keluar yang masuk yang tunggu. Tingkat atas pun boleh makan cumanya tangganya seram tengok. Nasib kitorang dapat meja dekat bawah je. 

Ni apa yang cikzira 3 beranak order, korang baca caption dekat gambar macam biasa tau:

Salted Egg Butter Fish
Promo Hari Malaysia
RM16.90

Nasi putih ikan portion besar
rasa buttermilk tu sedap pedas pedas
tak muak, makan dengan nasi putih sedap
sepinggan tu licin makan memang kenyang

Spicy Aglio Olio with Chicken
Promo Hari Malaysia
RM16.90

Spaghetti banyak, isi banyak
portion memang besar
rasa pedas tapi taklah pedas sangat
masin semua cukup

Salted Egg Ayam Kunyit
Promo Hari Malaysia
RM16.90

nasi + ayam + sambal banyak
memang portion besar kenyang makan
ayam tu goreng kunyit pastu salut salted egg

Honey Lemon Iced
RM6.90

Mineral Water & Ais
RM3.90/botol


portion makanan semua banyak kenyang makan. aglio olio tu spaghetti banyak isi banyak tak kedekut. Rasa pedas masin sume cukup. Nasi pulak memang nasi mangkuk besar portion nasi tu betul betul banyak puas hati untuk orang yang jenis makan nasi banyak macam kitorang. Lauk pun banyak sesuai dengan portion nasi. 

Kiranya Jibril ni bukan gah sebab kedai mewah je tapi makanan sume pun berasa sedap bukan ada macam ada restoran masuk masuk makan tapi taknak makan dah. Jibril ni ok. Dan killer menu dekat sini memang salted egg buttermilk tu. Wajib order!

STATUS JIBRIL JOHOR : sedap. Boleh repeat✅

Monday, September 16, 2024

JJCM JB : ADS Corner Kebun Teh

 pergi makan dekat tempat dekat je dengan rumah atok ni, ADS corner dekat kebun teh je. tengok IG macam sedap juadah hidangan masakan kelantan. 

jadi, pergilah dengan abdul khaliq nak cuba. sampai sampai kedai penuh. dalam hati cakap sedaplah kot ni. kedai cantik standard cafe cafe. 

cikzira buh gamba apa yang cikzira order, korang baca caption dekat setiap gambar eh. 

tapi servis staf ok sebab nak minta tambah ais dia ok je minta tapau semua ok. 

Nasi Kerabu Daging Bakar RM14.90
nasi telur masin keropok ok
sambal sikit sangat, sayur pun sikit betul
serunding tak bes, daging pun tak best
tak rasa nikmat makan nasi kerabu😔

Perut Bakar RM20
tak tahu macam mana boleh jual macam ni
perut lembik berminyak sangat sangat
rasa kicap semata
cicah sos dengan sambal pun tak kena 
try makan dengan nasi kerabu pun tak kena
sedihhh sebab tak murah pun harga
tapi rasa teruk sangat banding tempat lain jual

Roti Bakar Kaya & Butter RM4.90/pinggan
takde yang istimewa kadang pergi kedai kan
macam rasa sedap lah lain dengan buat sendiri
tapi yang ni tak
selalu abdul khaliq makan dua pinggan habis
ni sepinggan pun jenuh nak habiskan
sepinggan lagi tapau

sirap ais RM1.50, lemon ais RM5
air ok 

STATUS ADS CORNER KEBUN TEH : menyesal pi makan, taknak repeat❌

JJCM JB : Ellezarachocolate Larkin

selalu tengok dekat IG, ni kalini balik JB dah pergi loaf adam, singgah plak ellezahra ni. area larkin je dekat dekat. khalisah je yang masuk. 

khalisah masuk je macam macam ada. cake cookies chocolate. topping pun macam macam jenis. 

khalisah beli 3 jenis. semua dia kata ok, abdul khaliq makan marshmallow pun licin. coklat pun banyak. tak kedekut. harga standard cafe sebab guna bahan premium. 

Coated Croissant RM13.90

Marshmallow Stick RM5.90

Pancake Classic RM15

STATUS ELLEZARACHOCOLATE : yang suka manisan macam khalisah, boleh repeat✅

JJCM JB : Loaf Adam lagi

pergi awal pusing 3x takleh nak park. pergi lagi sekali dengan khalisah dah 4 lebih cromboloni pun dah habis. nasiblah dulu 2x pergi dapat beli cromboloni tu jadi taklah kecewa sangat. 

kalini beli apa yang ada. beli 4 jenis total RM37.
🍪 walnut soft cookies RM10
🍪 chocomellow soft cookies RM10
🥠 Oyaki Cranberrie Cheese Bread RM6
🥖 Pain Suisse RM11


Cheese Bread dengan Pain Suisse tu ok sedaplah jugak berbaloi dengan harga. tapi untuk soft cookies khalisah cakap dia tak boleh pergi. sebab dia dah beli banyak sangat soft cookies merata. asal jumpa je beli, teringin je cari. untuk soft cookies loaf adam dia kata tak sedap. tekak lain-lain kan. 

cromboloni memang sedap. pasta pun pernah makan sedap. cuma soft cookies jela. 

tak dine in pun tingkat atas baru sebab dah kenyang makan nasi, beli pastries jela bawa balik. 

STATUS LOAF ADAM : sentiasa rasa nak repeat✅

Thursday, December 21, 2023

Cromboloni Viral by Loaf Adam

Kebetulan cikzira balik jb dan kebetulan rupanya tengah viral la cromboloni dekat Loaf Adam Larkin tu. Jadi, terus ajak khalisah pergi situ sampai pukul 8.40 pagi terus kena beratur sebab cromboloni tu keluar 1st batch pukul 9 pagi. 


Masa beratur tu, staf akan tanya nak oder perisa apa dan dia akan tulis dekat kertas kecik pegang untuk kita bagi dekat dalam nanti masa nak amek oder. 

Setiap customer boleh beli 1 sahaja setiap perisa. Dia ada 3 perisa tau: pistachio praline, chocolate pecan praline dan seasalt honeycomb. Setiap satu harga dia RM16.



Cikzira dengan khalisah gigih beratur dan hasilnyaa dapatlah beli 5 ketul cromboloni dengan 1 botol chilli garlic oil extra spicy tu.

BERBALOI KE?
Alhamdulillah, masuk kereta terus kitorang setelkan sorang seketul. Sedappp. Harga sangat berbaloi untuk saiz macam tu dan sedap itu. Tak sia sia beli sampai 5 ketul sebab abdul khaliq pun suka plak makan. 


Tak beli yang lain tadi next time boleh dine in situ kalau orang tak ramai dah macam sekarang. 

Ok dah setel masuk vibes viral cromboloni ni. Puas hati dapat makan benda viral yang sedap, biasanya kadang ada viral je lebih tapi tak sedap mana pun biasa biasa. Yang ni, sedap❤️

Saturday, April 29, 2023

1 Syawal 1444H⭐️🌙

Harini dah 8 Syawal, sekejap je kan
Baru sempat nak update cerita raya cik zira dan keluarga.
Tahun ni balik beraya kampung halaman dekat JB. Walaupun atok dah takde, tapi bik ani masih ada dan in sha Allah setiap kali raya cik zira akan bawa khalisah dengan abdul khaliq balik beraya jumpa tokbik dan semua.  




Encik suami tak beraya sama sebab stanby takut raya mengejut macam tahun lepas kena meniaga sampai 4 pagi. Jadi cik zira dengan dua ketul je balik kampung.

Family abah tak cukup suami cikzira dengan family adik kedua sebab dia kena kerja, isteri dengan anak dah balik sungai petani dulu beraya sana.





Tahun ni tema kelabu grey macam tu. Baju khalisah dengan abdul khaliq dah beli siap siap dekat shopee bulan 12 lagi. 

Baju cik zira pun beli balik jb masa cuti sekolah bulan 12. Beli dekat butik icahfa. Simple je kurung Kedah tapi ada diamond diamond tu la bagi menyerlah sket baju tu. 



Pagi raya lepas geng lelaki balik solat raya, bergambar sekejap di bawah terik mentari lepastu terus ke rumah wajib pergi pagi raya uma buyut dan tokcik. Makan bergambar lepastu sambung rumah tok nah di kg Melayu. 

Balik rumah semula bersilat tetamu pulak datang beraya ramai-ramai sampailah ke petang nak balik Melaka pun masih ada tetamu datang. Alhamdulillah. 

cikzira khalisah dengan abdul khaliq ikut abah mama balik Melaka sambung beraya di Melaka sebab nak tumpang adik nombor 2 tu balik penang sekali nanti. 

Sampai Melaka dah nak dekat maghrib bersilat plak sebab sedara mama nak datang beraya ramai-ramai sekali sambut birthday mama 22 April. 

Nasib lah ada ramai askar membantu adik bongsu cik zira adik nombor 3 dan isteri. Sebab tetamu ramai 50 lebih. 

Macam tu la raya kan. Beraya ziarah jumpa sembang makan makan. Bukan selalu nak dapat rasa macam ni. Penat tu memang lah penat tapi seronok dapat berkumpul ramai-ramai. 

Hari raya kedua dengan ketiga sambung beraya uma sedara mama. Raya keempat dah gerak balik penang awal pagi dah sampai keluar awal nak elak jem. Alhamdulillah perjalanan smooth je. 

Sampai penang raya ke 5 sampai lah harini raya ke 8 Sabtu hari hari pergi beraya bawa khalisah dengan abdul khaliq. Cuti masih ada. Nanti dah kerja balik duk diam diam kerja hehe

Next pos cikzira share kisah beraya cikzira dan ootd kitorang anak beranak eh😘

Cikzira nak amek kesempatan ni buat yang sudi singgah blog merah hari raya ni, SELAMAT HARI RAYA MAAF SALAH SILAP TERLANJUR KATA TERKASAR BAHASA. Semoga semuanya sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. 

Jaga diri korang sekarang cuaca panas sangat. Minum air banyak banyak tau❤️

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails