SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, June 1, 2025

Jom Review Kek Tiramisu

post blog merah kalini cikzira nak share beberapa kek tiramisu yang cikzira dah beli dan cuba. cikzira nak share gamba harga dan rate sekalilah. lepastu beli dekat mana pun cikzira akan kongsikan dengan korang.

sebenarnya, ikutkan cikzira bukanlah peminat kek tiramisu pun. sebelum ni pun tak pernah rasa nak beli nak cuba. tapi dah alang-alang tengah duk viral kan, sana sini cafe duk menjual jadi why not cikzira pun join sekali😍

memula cikzira start dengan tiramisu kek dari Augy Factory & Dessert yang terletak di bertam, kepala batas. kebetulan cikzira kena bekerja luar 22 Mei khamis haritu dekat kepala batas. dapatlah singgah membeli pemanis mulut dekat kafe tu. nampak pulak kek tiramisu ala ala cofee bean tu, teruslah beli sekali buat ghaso ghaso. namanya ialah tiramisu kek with coffee cream harga RM23.90. kek dia saiz sederhana petak dan dapat sekali coffee cream. cikzira bagi 8/10. rasa tiramisu original dan extra bila gabung makan dengan coffee cream tu. 



kedua, cikzira try beli tiramisu kek RM25 dekat kafe kopi tingkap yang terletak di sg dua butterworth. kek tiramisu kat sini comel sangat sangat saiz dia tapi taklah terlalu kecik. rasa dia? sedappppppp. dia tak rasa tiramisu kopi yang strong sangat. rasa light light kopi tapi cream cheese dia sedap rasa keju yang makan ala ala aiskrim gitu. khalisah pun suka. makan sorang separuh. licinnn. rate? 10/10❤️



ketiga, cikzira order tiramisu kek dengan baker dekat area rumah je dia ada open order untuk kek tiramisu. cikzira pun order la jugak nak rasa kan. sebekas RM18 cikzira beli dua bekas. saiz bekas comel je tapi boleh je nak kongsi makan 2-3 orang. nak makan sorang pun boleh. yang ni memang rasa kek tiramisu yang original yang tak diolah. ada biskut tu. pastu rasa kopi pun strong. budak budak atau orang yang tak suka kopi mungkin tak boleh nak makan sangat. tapi cikzira ok je makan sampai habis. rate? cikzira kasi 7.5/10. harga pun murahla sikit sebab baker dari rumah takde cafe. 



ok dan untuk harini, 1 Jun cikzira beli pulak Tiramissyouu lavaa dari Sukahati Cafe. harganya RM28 dapat sekali coffee cream. saiz sederhana tak kecik sangat tak besar. boleh jugak untuk makan 2 orang. rasa? sedapppp, buh dalam peti makan sejuk sejuk tuang coffee cream tu masya Allah sedappp. kopi berasa jugak tapi taklah terlalu strong. cream cheese sedap biskut pun tak lemau. coffee cream pun sedap rasanya. budak budak mesti suka dan boleh makan sampai habis. cikzira kasi rate 10/10❤️





setakat ni 4 tiramisu kek cikzira dah beli dan rasa. nanti kalau ada cikzira beli lagi, cikzira add dekat post ni jugak untuk review tau😍

UPDATED : Rabu, 4 Jun 2025


review kelima kek tiramisu cikzira dari Daily Coffee. kek tiramisu sekali dengan coffee cream. harga RM24.25 inc tax. saiz sama macam saiz tiramisu tingkap kopi. rasa? yang ni rasa kopi yang heavy dekat kek dengan dekat coffee cream tu. krim sedap. rasa kopi yang pahit kopi. biskut tu pulak bila makan dia dah berair bercampur dengan rasa kopi. untuk yang nak makan kek tiramisu yang memang rasa kopi yang strong boleh try yang ni. cikzira rate 7.5/10.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails