SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Sunday, July 26, 2026

JJCM JB : Kampung Heritage

tengah hari tadi cikzira khalisah abdul khaliq pergi lunch dekat Kampung Heritage dengan cikyap cikjeri cikah dan falisha. cikyap nak belanja kitorang makan. cikzira pilih makan dekat sini sebab tengok ramai review ok. restoran yang ada lauk pauk. 

restoran cantik nampak eksklusif. cumanya nak park kereta agak susah. kena pandai park tepi tepi jalan dengan cross melintas seberang jalan. 

masa menunggu lepas oder tu dalam 20 minit jugaklah. pilihan menu pelbagai. harga standard makan di restoran la ye. portion tu untuk 1 meal boleh makan 3-4 orang. 

macam biasa cikzira letak gambar apa yang kitorang makan dengan bil sekali untuk korang tengok harga untuk rujukan tau. 












overall ok, cikzira bagi 8/10 sebab cikzira suka pedas. lauk semua tak pedas tapi jeri suka sebab dia kata kalau pedas pun kadang pedas yang tak sedap. tapi untuk family yang bawa anak anak sesuai sebab sambal apa sume tak pedas budak budak boleh makan. sebab tu dia bagi cili padi merah siapa nak pedas boleh gigit je. tapi selain cikzira yang lain sume kata sedap☺️

nasi putih sepinggan RM4 tu je macam tak berbaloi sebab ada restoran yang harga macam ni atau tak sampai pun tapi guna beras basmathi. ni tadi macam pakai beras murah. 

tapi tempat suasana sume ok. boleh bawa satu keluarga makan menikmati pelbagai jenis lauk. kalau nak restoran yang cantik ada aircond untuk makan nasi berlauk secara have have dekat JB ni, bolehlah masukkan Kampung Heritage dalam list korang eh!


Kampung Heritage
No 54, Jalan Beringin, Taman Melodies JB
Buka setiap hari, 11.30 pagi - 10.00 malam

Thursday, July 23, 2026

JJCM Pasir Gudang : Kanteen31

kalau korang cari makan dekat pasir gudang, boleh try makan dekat kedai Kanteen31 yang terletak di Jalan Mawar Merah sebelah dengan Ninso opposite je dengan NSK yang baru buka tu. 

cikzira dengan khalisah dah dua kali makan dekat sini lunch lepas balik sekolah. kedai comel je pilihan menu pun agak banyak untuk makanan dan minuman. servis pun laju je. takyah tunggu lama. 

kali kedua makan sini kitorang try menu lain dari yang 1st time datang. ni apa yang cikzira dan khalisah order:









harga makanan pun ok berpatutan sesuai dengan konsep kopitiam. portion agak banyak jugak untuk orang yang perut kecik. sedap pun sedap jugak.

lepas makan dah kenyang pergi bakar kalori shopping dekat Ninso sebelah je. 

Jangan lupa cuba tau!

Saturday, November 1, 2025

JJCM Penang : Nibong Cafe £ Restaurant

selalu duk lalu jela kalau otw nak ke Queensbay Mall tu. tapi takutlah nak gi makan sebab tengok menu sume harga kayangan. cafe pun cantik sangat dari luar pun.

tapi kisahnya tadi tak tahu la nak lunch dekat mana ibu dengan adik ni. cari yang dekat je sebab lepastu nak ke lotus je beli barang rumah.

tengoklah instagram katanya ada promo set lunch 12-3pm. apa lagi teruslah ke Nibong. nasib sempat lagi nak order. tapi kalau tak tanya pasal set promo lunch tu staf takkan maklum, memang kena order dari menu. siap tunjuk dekat phone promo tu dalam IG. staf pun tunjuk menu lunch combo dari fon dia suruh pilih. harga set dengan air berbaloilah. 








adik amek set creamy carbonara RM22.90. ibu amek set rendang daging RM25.90. portion besar jugak. ibu punya nasi tu best suka sebabnya ulam macam macam jenis ulam ada eh. sume cikzira makan licin. cuma sambal belacan tak pedas. 

rendang daging tu portion besar boleh makan dua orang kalau jenis tak kuat makan. daging ok lembut tak liat. 

Nibong ni cantik dekonya luar dalam sampai ke bilik air lawa. tu yang bawa fon rekod video tu. suka tengok deko.


cumanya ada beberapa customer datang ada yang dah siap duduk tapi kitchen close untuk lunch 12-3pm. tapi sebab mungkin yang mai tu tengok IG ke FB ke tak update pun kata 3-5pm tu tutup. tu ada customer pertikai tak tulis tak maklum cuma ada maklum waktu operasi 11am sampai 11pm.

kat situ boleh diperbaiki. tapi staf masih bagus sebab minta maaf atas kesulitan. 

banyak lagi menu tau. cumanya kalau saja saja datang takde promo macam ni takut jugak🤣

Tuesday, September 16, 2025

Classic Tiramisu by Keyes Bakehouse

dah rasa banyak kek tiramisu dekat penang kan, review pun dah dekat sini : Review Kek Tiramisu

tadi, pergi Warong Dessert dekat Larkin, beli makanan pastu belilah sekali Classic Tiramisu yang viral sampai sekarang dari Keyes Bakehouse tu. ada jual dekat Warong Dessert. 


rupanya kalau pergi direct kafe dia harga RM29.90 je kan. tapi tadi sebab bawa masuk situ dengan segala mak nenek charge takyah beratur semua, sebekas jadi RM49. tiramisu paling mahal cikzira pernah beli setakat ni. tapi takpe, bekas dia cantik bekas tu yang mahal jugak sebab boleh simpan dan cute!






review? ok, krim cheese dia sedap. serbuk kopi atas pun ok tak pahit kopi sangat. lady finger tu mcm soggy jugak tapi masih ok. kesimpulannya ok sedap. cikzira boleh kasi 8.5/10. cuma bila beli mahal RM49 tu ok dahla at least dah merasa classic tiramisu paling viral seMalaysia ni. 

orang JB nak merasa boleh terjah Warong Dessert tau. takyah beratur pun. ada dekat chiller kecik masuk masuk kedai depan sekali. selamat mencuba☺️

Saturday, August 30, 2025

JJCM Penang : Tingkap Kopi (Repeat)

terlanjur pergi brunch dekat Suka Pagi Sungai Dua, lajak terus ke Tingkap Kopi 9 minit perjalanan. sampai sampai kedai tak buka lagi, park je depan kedai. buka 1.00 tengah hari tapi bagus memang 1.00 tu buka pintu tingkap semua. macam ni lah baru betul nak meniaga displin tepati masa. 

Sebelum ni datang takeaway kopi dengan tiramisu je. kalini cikzira takeaway banyak sket. alang-alang dah tunggu sekejap tadi. 

ni apa yang cikzira takeaway. jom tengok!













Tingkap Kopi ni dekat Sungai Dua Butterworth, kedai comel kecik tepi jalan dekat lampu trafik dekat dengan masjid kecik. senang cari. nak park pun park tepi tepi jalan tu. 

tiramisu paling sedap takat cikzira try banyak banyak tiramisu. sebab tu repeat. kopi sedap matcha sedap. eh, semualah sedap. korang masuk dalam list ok!

Saturday, August 16, 2025

JJCM Penang : Toko Pasta & Es Kopi

lepas je pekena Nasi Lemak Sambal Lesung dekat Bayan Baru, pergi plak take away dekat Toko Pasta & Es Kopi sederet Tong Kayu Cafe opposite Balai Polis Bayan Lepas. Nasib baik jugak dapat park depan kedai takyah jalan jauh. dan masuk masuk, customer pertama. 




kedai cute sangat. vibe toko toko indonesia gitu! comel. dulu pernah pi skali take away jugak masa tu meniaga kabin dekat kg seronok kot nama tak silap. sekarang dah ada kedai comel, nak kasi support jugak. 

cikzira take away 3 jenis pasta, kopi dengan matcha pastu 1 pastries. semua sedap! jom tengok gambar dan baca caption eh:

Buttermilk Beef Brisket RM16

Seafood Aglio Olio RM16

Creamy Carbonara Beef Brisket RM16

Ferrero RM13, SEDAP!

Iced Matcha Latte RM13, khalisah kata sedap!

Es Kopi Susu Tetangga RM13
request less sugar, sedap!



korang kalau datang masa customer ramai penuh, tahap kesabaran tu kena tinggi tau. sebab rasanya yang masak pasta sorang je chef lelaki tu. kalau tak silapla. tapi kot time ramai sorang lagi chef akan bantu jugak masak pasta. 

tapi, buat penggemar pasta, kopi kopi matcha ke pastries boleh datang makan dekat Toko Pasta & Es Kopi ni. sedap dan ada vibe aesthetic dan healing. Mai nah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails