SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

Saturday, November 1, 2025

JJCM Penang : Nibong Cafe £ Restaurant

selalu duk lalu jela kalau otw nak ke Queensbay Mall tu. tapi takutlah nak gi makan sebab tengok menu sume harga kayangan. cafe pun cantik sangat dari luar pun.

tapi kisahnya tadi tak tahu la nak lunch dekat mana ibu dengan adik ni. cari yang dekat je sebab lepastu nak ke lotus je beli barang rumah.

tengoklah instagram katanya ada promo set lunch 12-3pm. apa lagi teruslah ke Nibong. nasib sempat lagi nak order. tapi kalau tak tanya pasal set promo lunch tu staf takkan maklum, memang kena order dari menu. siap tunjuk dekat phone promo tu dalam IG. staf pun tunjuk menu lunch combo dari fon dia suruh pilih. harga set dengan air berbaloilah. 








adik amek set creamy carbonara RM22.90. ibu amek set rendang daging RM25.90. portion besar jugak. ibu punya nasi tu best suka sebabnya ulam macam macam jenis ulam ada eh. sume cikzira makan licin. cuma sambal belacan tak pedas. 

rendang daging tu portion besar boleh makan dua orang kalau jenis tak kuat makan. daging ok lembut tak liat. 

Nibong ni cantik dekonya luar dalam sampai ke bilik air lawa. tu yang bawa fon rekod video tu. suka tengok deko.


cumanya ada beberapa customer datang ada yang dah siap duduk tapi kitchen close untuk lunch 12-3pm. tapi sebab mungkin yang mai tu tengok IG ke FB ke tak update pun kata 3-5pm tu tutup. tu ada customer pertikai tak tulis tak maklum cuma ada maklum waktu operasi 11am sampai 11pm.

kat situ boleh diperbaiki. tapi staf masih bagus sebab minta maaf atas kesulitan. 

banyak lagi menu tau. cumanya kalau saja saja datang takde promo macam ni takut jugak🤣

Saturday, October 11, 2025

JJCM Penang : Bumbu Babah Perda

lepas dah tak beratur panjang, akhirnya harini dapatlah ibu kakak adik makan dekat Bumbu Babah Perda ni. kedai dekat Kompleks BM City sebelah Kopi Saigon. 

masa sampai kena beratur jugak tapi taklah panjanb takyah tunggu lama sangat. sementara beratur boleh tengok skrin lepastu menu pun ada nak pilih oder makan apa. 

tapi masuk masuk kedai mata pedih tak boleh buka sebab cili dia pedas sangat la tu dengan kipas plak. pedih pedas cili tu sampai pedih pedih mata🤣

macam macam jugak pilihan set untuk lauk. pastu kalau nak add on lauk asing pun boleh je. cikzira amek set paru, paru memang crispy beso beso eh. khalisah set ayam goreng. pastu add on rendang daging. untuk abdul khaliq ada set kanak-kanak makan dengan kicap. lauk x pedas, lauk ayam goreng dan telur rebus. Total makan 3 set + add on rendang daging RM45.10.






sedap. berasa setiap lauk tu. nasi pun yang best sayur tu puas hati. dapat 3 jenis sayur. portion pun besar. sayur banyak. PALING BEST SAMBAL TU POWER, PEDAS! ni yang paling cikzira suka bila dapat makan sambal pedas sampai berair hidung. tu maksudnya sambal tu power. gaul plak dengan nasi dengan lauk. aduhhh jauh perginya☺️

akhirnya, dapat jugak merasa. kalau tak awal awal buka lalu banyak kali beratur punyalah panjang takleh bawa bincang. 

siapa kuat makan pedas, silakan cuba! yang tak kuat pedas, takyah la makan sambal dia😆

Saturday, August 30, 2025

JJCM Penang : Tingkap Kopi (Repeat)

terlanjur pergi brunch dekat Suka Pagi Sungai Dua, lajak terus ke Tingkap Kopi 9 minit perjalanan. sampai sampai kedai tak buka lagi, park je depan kedai. buka 1.00 tengah hari tapi bagus memang 1.00 tu buka pintu tingkap semua. macam ni lah baru betul nak meniaga displin tepati masa. 

Sebelum ni datang takeaway kopi dengan tiramisu je. kalini cikzira takeaway banyak sket. alang-alang dah tunggu sekejap tadi. 

ni apa yang cikzira takeaway. jom tengok!













Tingkap Kopi ni dekat Sungai Dua Butterworth, kedai comel kecik tepi jalan dekat lampu trafik dekat dengan masjid kecik. senang cari. nak park pun park tepi tepi jalan tu. 

tiramisu paling sedap takat cikzira try banyak banyak tiramisu. sebab tu repeat. kopi sedap matcha sedap. eh, semualah sedap. korang masuk dalam list ok!

Saturday, August 16, 2025

JJCM Penang : Toko Pasta & Es Kopi

lepas je pekena Nasi Lemak Sambal Lesung dekat Bayan Baru, pergi plak take away dekat Toko Pasta & Es Kopi sederet Tong Kayu Cafe opposite Balai Polis Bayan Lepas. Nasib baik jugak dapat park depan kedai takyah jalan jauh. dan masuk masuk, customer pertama. 




kedai cute sangat. vibe toko toko indonesia gitu! comel. dulu pernah pi skali take away jugak masa tu meniaga kabin dekat kg seronok kot nama tak silap. sekarang dah ada kedai comel, nak kasi support jugak. 

cikzira take away 3 jenis pasta, kopi dengan matcha pastu 1 pastries. semua sedap! jom tengok gambar dan baca caption eh:

Buttermilk Beef Brisket RM16

Seafood Aglio Olio RM16

Creamy Carbonara Beef Brisket RM16

Ferrero RM13, SEDAP!

Iced Matcha Latte RM13, khalisah kata sedap!

Es Kopi Susu Tetangga RM13
request less sugar, sedap!



korang kalau datang masa customer ramai penuh, tahap kesabaran tu kena tinggi tau. sebab rasanya yang masak pasta sorang je chef lelaki tu. kalau tak silapla. tapi kot time ramai sorang lagi chef akan bantu jugak masak pasta. 

tapi, buat penggemar pasta, kopi kopi matcha ke pastries boleh datang makan dekat Toko Pasta & Es Kopi ni. sedap dan ada vibe aesthetic dan healing. Mai nah!

JJCM Penang : Nasi Lemak Sambal Lesung

harini sabtu weekend. macam biasa ibu bawa adik kakak jjcm. kita lunch dekat Nasi Lemak Sambal Lesung dekat Bayan Baru. baru lagi beroperasi. nasib sampai ada parking. masuk kedai ada orang ramai tapi masih ada meja. 




nasi lemak guna beras basmathi tau. lepastu pelbagai pilihan lauk yang ada kedai nasi lemak lain takde, ada dekat sini. yang bestnya jugak, sambal nasi lemak tu ada 4 level kepedasan. special kan? 

selain nasi lemak dan lauk pauk, ada jugak menu sampingan macam megi goreng, kuey teow th'ng, bihun spore, kuih muih, mee udang. tapi sebab memang tiga tiga nak makan nasi lemak, tak oderlah menu lain tu. 

macam biasa, tengok gamba dengan caption eh, harga cikzira letak selalunya belum masuk cukai tau:

Nasi Lemak Keli Sambal RM12.90

Nasi Lemak Ayam Rempah RM13.90

Nasi Lemak Biasa RM5

Kopi Ais RM4, Teh O Ais RM3.70, Sirap Bandung RM4


boleh repeat. sambal lauk sume berasa. portion ayam besar. ikan keli tu pun besar dan rangup. air pun cup besar jugak sesuai harga. siapa mai penang nak makan nasi lemak boleh try Nasi Lemak Sambal Lesung buka seawal 8.00 pagi sampailah 11.00 malam. 

hampa pi nah!

Sunday, July 13, 2025

JJCM Penang : Alunan Rasa by Irama Dining

harini lunch dekat Alunan Rasa by Irama Dining yang baru je buka tak sampai seminggu lagi. Lokasi di Setia Triangle Bayan Lepas. 

punya nak pergi sangat sebab kontraktor yang buat ID walid BFF abdul khaliq. nak tengok sendiri kecantikan restoran. dan nak rasa makanan lah of course kan sebab mesti sedap sebab adik beradik dengan tamara, irama dining, sutera, luffa, cafelagenda semua ni. 

sampai sampai terus pilih meja dan duduk. memang cantik eh deko dalam restoran. warna ceria tapi mendamaikan. scan untuk order. masing masing pilih menu sendiri. 

order tak sampai berapa minit terus dapat air eh. pantas betul. makanan pun sekejap je dah sampai. servis laju. harap dapat dikekalkan. makanan pun sedap. khalisah dengan abdul khaliq makan licin siap cakap 10/10😅

Hor Fun RM16.90
portion besar, kenyang, char dia banyak tak kedekut
kuah pekat likat masin secukup rasa sedap
ayam pun sedap makan plak dengan kuah cili potong
try order tau menu ni, recommended!

Spicy Spaghetti Buttermilk Chicken RM18.90
ni khalisah punya, dia rate 10/10
buttermilk yang sedap, yang tak muak
ayam pun crispy makan dengan kuah tu sedapp
khalisah nak makan lagi menu ni kalau repeat


Spicy Cheesey Samyang with
Spicy Chicken Wings Alunan RM22.90

ni abdul khaliq punya dia pum rate 10/10
licin jugak, dia kata tak pedas sangat sangat
chicken wings 2 ketul tu khalisah makan licin jugak
yang tak tahu nak makan apa, boleh cuba menu ni


Iced Matcha Latte RM11.90
khalisah punya dia kata sedap tak manis
yang suka matcha boleh order ni

Iced Kopi Kampung RM7.90
sedap! yang suka kopi boleh order ni


harga standard restoran tapi jangan risau masih affordable dan taklah mahal sangat sangat. macam cikzira tadi makan 3 hidangan dan 2 minuman sekali tax RM86.35.

nak repeat sebab nak cuba menu lain pulak nanti. korang, bila lagi? kena try tau❤️

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails