SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label ..:: family ::... Show all posts
Showing posts with label ..:: family ::... Show all posts

Friday, April 12, 2024

Selamat Hari Raya 2024

Harini dah 3 Syawal
Takpelah masih sempat kan nak update pasal raya cikzira.
Sebelum tu nak minta ampun maaf kalau ada tersalah coret dekat blog merah ni.

Tahun 2024 ni, cikzira khalisah dengan abdul khaliq beraya di Penang je. Tak balik JB seperti setiap tahun. Sama macam PKP dulu beraya di penang. Lagipun sebab 2022, 2023 dah beraya dekat JB. Tahun ni chance penang.

Tema warna kitorang warna putih. Warna ni khalisah yang request. Tak pernah lagi raya pakai team putih jadi ibu pun onz. 

Baju ibu beli awal sebelum puasa dekat butik nurraisha. Baju khalisah dengan abdul khaliq kengkonon beli awal jugak. Sekali dah minggu pertama puasa kena beli lain๐Ÿ˜…








Khalisah punya beli dekat butik orked dekat perda. Abdul khaliq dekat butik aisy aysraf dekat perda jugak. Alhamdulillah semua ok ngam dengan badan.

Hari pertama raya putih, hari kedua raya koko. Harini nak beraya jugak tak tahu nak pakai warna apa lagi. Dan susun dah tinggal pilih je nanti๐Ÿ˜













Oklah, semua pun masih mood beraya masih di kampung kan. Cikzira nak ucapkan, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua❤️

Saturday, April 29, 2023

1 Syawal 1444H⭐️๐ŸŒ™

Harini dah 8 Syawal, sekejap je kan
Baru sempat nak update cerita raya cik zira dan keluarga.
Tahun ni balik beraya kampung halaman dekat JB. Walaupun atok dah takde, tapi bik ani masih ada dan in sha Allah setiap kali raya cik zira akan bawa khalisah dengan abdul khaliq balik beraya jumpa tokbik dan semua.  




Encik suami tak beraya sama sebab stanby takut raya mengejut macam tahun lepas kena meniaga sampai 4 pagi. Jadi cik zira dengan dua ketul je balik kampung.

Family abah tak cukup suami cikzira dengan family adik kedua sebab dia kena kerja, isteri dengan anak dah balik sungai petani dulu beraya sana.





Tahun ni tema kelabu grey macam tu. Baju khalisah dengan abdul khaliq dah beli siap siap dekat shopee bulan 12 lagi. 

Baju cik zira pun beli balik jb masa cuti sekolah bulan 12. Beli dekat butik icahfa. Simple je kurung Kedah tapi ada diamond diamond tu la bagi menyerlah sket baju tu. 



Pagi raya lepas geng lelaki balik solat raya, bergambar sekejap di bawah terik mentari lepastu terus ke rumah wajib pergi pagi raya uma buyut dan tokcik. Makan bergambar lepastu sambung rumah tok nah di kg Melayu. 

Balik rumah semula bersilat tetamu pulak datang beraya ramai-ramai sampailah ke petang nak balik Melaka pun masih ada tetamu datang. Alhamdulillah. 

cikzira khalisah dengan abdul khaliq ikut abah mama balik Melaka sambung beraya di Melaka sebab nak tumpang adik nombor 2 tu balik penang sekali nanti. 

Sampai Melaka dah nak dekat maghrib bersilat plak sebab sedara mama nak datang beraya ramai-ramai sekali sambut birthday mama 22 April. 

Nasib lah ada ramai askar membantu adik bongsu cik zira adik nombor 3 dan isteri. Sebab tetamu ramai 50 lebih. 

Macam tu la raya kan. Beraya ziarah jumpa sembang makan makan. Bukan selalu nak dapat rasa macam ni. Penat tu memang lah penat tapi seronok dapat berkumpul ramai-ramai. 

Hari raya kedua dengan ketiga sambung beraya uma sedara mama. Raya keempat dah gerak balik penang awal pagi dah sampai keluar awal nak elak jem. Alhamdulillah perjalanan smooth je. 

Sampai penang raya ke 5 sampai lah harini raya ke 8 Sabtu hari hari pergi beraya bawa khalisah dengan abdul khaliq. Cuti masih ada. Nanti dah kerja balik duk diam diam kerja hehe

Next pos cikzira share kisah beraya cikzira dan ootd kitorang anak beranak eh๐Ÿ˜˜

Cikzira nak amek kesempatan ni buat yang sudi singgah blog merah hari raya ni, SELAMAT HARI RAYA MAAF SALAH SILAP TERLANJUR KATA TERKASAR BAHASA. Semoga semuanya sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. 

Jaga diri korang sekarang cuaca panas sangat. Minum air banyak banyak tau❤️

Tuesday, March 7, 2023

KEJORA Homestay Perlis

Masa long weekend Februari lepas, cikzira dengan encik suami bawa khalisah khaliq bercuti di Perlis. 

Cikzira book homestay suasana kampung. Nama homestay ni Kejora Homestay yang terletak dekat Mata Ayer. 


Kejora Homestay ni ada 3 buah rumah. Rumah pertama tu ada bilik untuk 2 orang. Rumah kedua untuk 4 orang. Dan rumah ketiga tu besar boleh muat untuk family ramai. 













Cikzira dapat rumah kedua tu Rumah Kurnia ada dua queen bed. Harga time tu RM168 satu malam takde sarapan. 

Masa sampai tu dapat tengok train lalu. Pemandangan cantik sangat. Dengan angin pun bertiup kencang. Betul betul suasana kampung. Aman damai tenang sangat rasa.

Siap ada perigi tau. Buaian gergasi pun ada. Memang cantik dan sesuai sangat nak amek gamba ootd banyak banyak. 

Memang best check in Kejora Homestay ni. Nak cari makan pun mudah. Nak ke pekan Kangar pun tak jauh.

Owner pun baik sangat dan banyak membantu. Kalau korang nak check in Kejora Homestay ni boleh hubungi Tuan Izhar Othman wasap.my/+60124661408 





Siapa nak jalan jalan Perlis nak cari homestay, cik zira recommend stay sini. Tengoklah gamba kitorang OOTD lawa lawa kan❤️

FULL VIDEO JOM KLIK




















Saturday, May 14, 2022

Bik Ani Masak Sedap

Siapa yang folo cik zira dari zaman arwah mak meninggal dulu mesti tahu yang cik zira duduk dengan atok dan bik ani. 

Masa atok sihat atok la masak sedap sedap dulu siap cik zira meniaga nasi lemak nasi dagang bawa gi sekolah amek oder.

Bik ani pun masak apa sume sedap. Dari dulu kerja makan je kitorang adik beradik. Awal pagi makan, pagi makan, siang makan, petang pun makan, malam makan, tengah malam lapa makan lagi. Jenuh kan. 

Baruni balik raya, IF pun entah ke mana sebab bik ani malam pun masak, memang musnah la IF cik zira malam malam. Kena makan sebab tengok makanan sedap bik ani masakkan. 

Bik ani masak laksa johor buat sarapan. Pastu ada masakkan nasi minyak, ayam masak merah, kambing rempah dengan sambal sotong kering. Peh, sedap sangat berkali cik zira tambah.


Sebab tu kalau balik JB jarang la makan luar sebab bik ani masakkan pun sume sedap sedap. Rugi kalau tak makan.

Terima kasih bik ani. Selalu bagi kitorang makan sedap sedap. 

Bik ani ni makcik cik zira, kakak kepada abah.

Monday, April 18, 2022

Balik berbuka puasa

Sempat balik melaka sekejap weekend ni. Sampai sahur sabtu, semalam ahad malam dah sampai penang balik. Sempat singgah KL shopping sket dekat kenanga wholesale centre tu. Jem uii. Tapi gagah jugak usung khalisah dengan khaliq ikut ibu shopping. Ramai sangat orang. 

Dapat lah atok nenek berbuka puasa dengan anak menantu cucu cucu sebab adik cik zira yang bawah cik zira tu pun balik jugak. 





Walaupun sekejap je tapi bermakna. In sha Allah nanti raya pulak jumpa lagi berkumpul dekat JB. Dah beli siap siap tiket raya senang. 

Dah 16 ramadan. Lagi dua minggu je nak raya. Selamat berpuasa semua. Kejar amalan mana yang sempat tau. Cik zira lagi sket lagi nak khatam quran. Terawih pun alhamdulillah buat dekat rumah dengan khalisah khaliq. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails