SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label checkin. Show all posts
Showing posts with label checkin. Show all posts

Monday, August 3, 2026

The Cattleya Homestay Melaka

Homestay Best di Melaka : The Cattleya Melaka

baruni ada kenduri di melaka, jadinya cikzira dengan jeri & yap bertiga beradik plan pergi sekali naik 1 kereta dan check in sekali homestay 1 malam.

homestay ni ada 2 unit, the cattleya dan the ivy. yang cikzira duduk ni the cattleya. ada 3 bilik beraircond, ada 2 blk air. 1 bilik air ada dalam bilik. 1 bilik air sharing. 




















private pool untuk anak-anak mandi tak kira masa. ada shower di luar untuk mandi sebelum dan selepas terjun pool. mesin basuh pun disediakan tau. boleh basuh baju. 

cuckoo siap ada dalam rumah, dekat pantri pun ada. pantri pun best sebab ada dapur gas, peralatan memasak semua lengkap serba serbi. takyah susah susah semua ada. nak BBQ pun ada disediakan tempat BBQ. 

kawasan semua cantik nak bergambar pun sangat sesuai. waktu malam pun cantik ada lampu-lampu. 

eh pendek kata memang recommend sangatlah korang yang mana stay melaka nak cari homestay, meh duduk sini. kitorang sewa 1 unit je lagi 1 unit owner tutup untuk bagi privacy dekat kitorang. baik hati kan owner. tapi kalau korang ramai amek je 2-2 unit lagi 1 unit tu pun best, ada private pool dalam rumah siap bilik karaoke lagi. best ke best? mestilah best sangat kan!

boleh contact owner : 012-7589433

#homestaymelaka #homestaymelakaprivatepool #homestaymelakacantik #reviewhomestay

Thursday, October 23, 2025

Orang Orang Village, Arau Perlis

hari kedua di Perlis, kitorang bertukar ke Orang Orang Village pulak yang terletak di Kampung Bakong, Arau. dengan pekan kangar tak jauh pun.

masa kitorang check in tu, ada satu bilik je yang ada orang campur kitorang kiranya 2 kabin je ada orang check in. total situ ada 5 kabin hitam. harga 1 malam kabin yang cikzira check in ni RM150.




pemandangan sini cantik. ada pool. ada buaian, ada port ootd pondok comel dekat tepi sawah. ada basikal boleh main basikal. pantri pun ada disediakan untuk nak masak ke, nak tekan air coway pun ada. 

petang sampai tu, ibu kakak je amek ootd dengan video cantik cantik. adik duk bilik tengok tv sebab dia kekenyangan balun 2 bungkus nasi lemak ibu order. 







kat sinilah malam tu, adik belajar kayuh basikal dua roda sampai pandai. kalau tak dia taknak takut jatuh. lepasni dah kena belikan basikal baru sebab dah pandai kayuh dua roda. good job adik!










esok paginya hujan masih lebat dari malam sampailah lepas subuh pun. lewat jugak baru adik boleh mandi kolam. tu pun mandi dalam hujan jugak. lepastu dia sambung kayuh basikal bagi pandai lagi. 




sebelum check out, amek gambar dan video dulu. terima kasih Orang Orang Village!

contact number : wasap.my/+601115163108


Trip 3H2M ke Perlis : Day 2

Trip ke Perlis 3h2m di hari kedua : Selasa, 21 Oktober 2025

1. Bangun pagi lepas subuh, dalam 7 lebih sebelum matahari naik dah kena teman abdul khaliq mandi kolam. malam tadi tu dah mandi, pepagi pun nak sambung mandi. tak rugi bawa dia memang akan manfaatkan kolam yang ada dengan sebaiknya.


2. stop kejap mandi kolam, main bot balik dengan kayak pulak. semalam main bot je, harini khalisah main kayak pulak tapi kena hati hati ya sebab semua atas tanggungjawab sendiri. 




3. habis main bot dan kayak, abdul khaliq sambung mandi kolam balik. ibu kakak dah masuk bilik dah nak mandi bersiap nak pergi makan. 

4. pergi makan dekat Warung Tepi Sawah dari homestay dalam 2-3 minit je dekat sangat. sampai tu dalam pukul 11.15am masih ada makanan lagi. ibu order kueyteow kerang, khalisah CKT kerang telur mata. RM15. lepastu teh ais dengan kopi ais RM6. tapaukan adik mee wantan kicap ayam RM8. 

5. lepas licin makan, amek ootd dulu lah kan tanda hadir. pemandangan pun cantik, kawasan sawah padi. 




6. dah kemas bilik, masukkan barang dalam kereta. ibu suap adik makan mee wantan laju laju kalau tak suap sejam kena tunggu dia makan. kakak sambung bagi makanan dekat ikan habiskan makanan yang ada. lepastu macam biasa wajib bergambar kenangan 3 beranak sebelum check out. TERIMA KASIH Kebun Mangga Harumanis Wan Pa. sangat berpuas hati. recommended!






7. check out, khalisah nak mencari guardian dengan watson nak beli barang makeup dia. masuk giant takde. waze jumpa dekat pekan kangar, guardian dengan watson sebelah je. lepas setel, terus ke dobi basuh keringkan baju.

8. dah lapar balik, waze yang terdekat, lunch di Harmony's Cafe. lawa sangat kedai. port ootd cantik. ibu order seafood aglio olio. adik kakak chicken buttermilk (nasi dia keras) khalisah wajib iced matcha latte. Total makan sini RM61.70.

9. dah kenyang makan. terus menuju ke homestay kedua perjalanan dalam 17 minit. sampailah ke Orang-Orang Village. sini style kabin. ada 5 kabin hitam dan ada pool. lepastu pemandangan sawah macam biasa dan bestnya sebab ada tempat untuk bergambar cantik cantik. 





10. petang ibu kakak amek ootd dengan video. adik tengok tv dalam bilik je. dia dah kenyang ibu oder nasi lemak dua bungkus dia balun. kolam tak boleh mandi lagi. esoknya baru boleh. 

11. malam pergi tapau CKT dekat Boy CKT dalam 7 minit dari homestay. dekat dengan maktab perlis. tapau makan dekat bilik. tengok drama Vannakam Cikgu dekat tv je malam tu aktiviti tiga beranak.

12. sebelum tido, sempat lagi kakak ajar adik naik basikal 2 tauar je sebab adik tak pandai lagi dia taknak belajar. tapi dia cuba jugak push diri dia cuba imbang badan dan kayuh, good job adik!

13. malam tido lena dua beradik, ibu yang asek terjaga sebab hujan terlampau lebat sampailah ke subuh lebat. 

Sekian, Day 2 Trip Perlis❤️

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails