SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label homestay. Show all posts
Showing posts with label homestay. Show all posts

Monday, August 3, 2026

The Cattleya Homestay Melaka

Homestay Best di Melaka : The Cattleya Melaka

baruni ada kenduri di melaka, jadinya cikzira dengan jeri & yap bertiga beradik plan pergi sekali naik 1 kereta dan check in sekali homestay 1 malam.

homestay ni ada 2 unit, the cattleya dan the ivy. yang cikzira duduk ni the cattleya. ada 3 bilik beraircond, ada 2 blk air. 1 bilik air ada dalam bilik. 1 bilik air sharing. 




















private pool untuk anak-anak mandi tak kira masa. ada shower di luar untuk mandi sebelum dan selepas terjun pool. mesin basuh pun disediakan tau. boleh basuh baju. 

cuckoo siap ada dalam rumah, dekat pantri pun ada. pantri pun best sebab ada dapur gas, peralatan memasak semua lengkap serba serbi. takyah susah susah semua ada. nak BBQ pun ada disediakan tempat BBQ. 

kawasan semua cantik nak bergambar pun sangat sesuai. waktu malam pun cantik ada lampu-lampu. 

eh pendek kata memang recommend sangatlah korang yang mana stay melaka nak cari homestay, meh duduk sini. kitorang sewa 1 unit je lagi 1 unit owner tutup untuk bagi privacy dekat kitorang. baik hati kan owner. tapi kalau korang ramai amek je 2-2 unit lagi 1 unit tu pun best, ada private pool dalam rumah siap bilik karaoke lagi. best ke best? mestilah best sangat kan!

boleh contact owner : 012-7589433

#homestaymelaka #homestaymelakaprivatepool #homestaymelakacantik #reviewhomestay

Wednesday, October 22, 2025

Kebun Mangga Harumanis Wan Pa, Perlis

sebenarnya lama dah tau homestay ni masuk list cikzira kalau nak check in di Perlis. dan nampaknya dapat jugak check in dekat sini : Kebun Mangga Harumanis Wan Pa. lokasi dekat Jalan Bintong, Kangar Perlis. dekat sangat dengan Sadiah Cafe dan Warung Tepi Sawah. tapi, masa check in ni, Sadiah Cafe tutup la plak. tak dapat nak try. dapat try warung tepi sawah je. 

ok jom cikzira review eh apa yang best staycation dekat sini. 















mula-mula cerita pasal rumah yang kitorang check in. nama rumah ni rumah chelian. harga RM165/malam. rumah ni warna pink, dekat dengan pagar masuk, berdepan dengan receptionist. dalam ni tak silap cikzira ada 6 buah rumah. semua cantik. 

rumah chelian ni, ada katil queen, pastu ada kerusi nak ngopi, tv, peti sejuk, aircond dan bestnya bilik air luas tau. siap ada bathtub. abdul khaliq dua kali berendam dalam bathtub tu, healing🤣







sampai sampai je masa check in, dapat seplastik penuh makanan ikan, boleh bagi makanan dekat ikan dalam kolam tu. memang bestlah kan. letak je barang dalam bilik, terus ke kolam nak bagi makan ikan. 











sekitar homestay ni pulak, Ya Allah cantik sangat. banyak sangat port ootd yang cantik cantik wajib korang bergambar kalau check in sini. angsa pun ada tau boleh kasi makan jugak, nanti ada staf assist bagi makanan untuk angsa tu. 

ada pantri jugak kalau nak masak atau panaskan makanan. coway pun ada boleh tekan je nak air sejuk atau panas. nak kayuh basikal pun boleh keliling kampung. best kan?



kolam pun bersih. kedalaman kolam 4 kaki. abdul khaliq dah sampai. tapi budak budak jangan risau, ada disediakan life jacket. boleh je mandi pagi petang siang malam selagi check in situ. abdul khaliq mandi malam day 1 tu dengan pagi day 2. puas hati la dia dapat mandi kolam lama. 












yang best lagi, boleh main bot comel tu dengan ada kayak jugak. semua kena sendiri tapi kena hati hati la, pakai life jacket untuk keselamatan. petang tu dua ketul ni main, pagi nak check out tu pun main lagi. 








kesimpulannya, kalau lah datang bercuti perlis lagi, memang nak repeat lagi sini, sebab harga murah bilik cantik, kawasan cantik dan best sangat sebab banyak je aktiviti boleh buat selain mandi kolam. 

lepastu best lagi, Sadiah Cafe seminit je. Warung Tepi Sawah 2 minit macam tu. pastu malam boleh makan dekat Sweet Ikan Bakar kalau nak makan tomyam ke seafood ke, sedap jugak sini. 

BEST KAN? 
korang boleh check in sini, kalau nak bercuti dekat Perlis tau. cikzira memang recommend. owner dan staf semua baik. ni contact number : wasap.my/+60192169070 ☺️

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails