SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, April 29, 2023

1 Syawal 1444H⭐️🌙

Harini dah 8 Syawal, sekejap je kan
Baru sempat nak update cerita raya cik zira dan keluarga.
Tahun ni balik beraya kampung halaman dekat JB. Walaupun atok dah takde, tapi bik ani masih ada dan in sha Allah setiap kali raya cik zira akan bawa khalisah dengan abdul khaliq balik beraya jumpa tokbik dan semua.  




Encik suami tak beraya sama sebab stanby takut raya mengejut macam tahun lepas kena meniaga sampai 4 pagi. Jadi cik zira dengan dua ketul je balik kampung.

Family abah tak cukup suami cikzira dengan family adik kedua sebab dia kena kerja, isteri dengan anak dah balik sungai petani dulu beraya sana.





Tahun ni tema kelabu grey macam tu. Baju khalisah dengan abdul khaliq dah beli siap siap dekat shopee bulan 12 lagi. 

Baju cik zira pun beli balik jb masa cuti sekolah bulan 12. Beli dekat butik icahfa. Simple je kurung Kedah tapi ada diamond diamond tu la bagi menyerlah sket baju tu. 



Pagi raya lepas geng lelaki balik solat raya, bergambar sekejap di bawah terik mentari lepastu terus ke rumah wajib pergi pagi raya uma buyut dan tokcik. Makan bergambar lepastu sambung rumah tok nah di kg Melayu. 

Balik rumah semula bersilat tetamu pulak datang beraya ramai-ramai sampailah ke petang nak balik Melaka pun masih ada tetamu datang. Alhamdulillah. 

cikzira khalisah dengan abdul khaliq ikut abah mama balik Melaka sambung beraya di Melaka sebab nak tumpang adik nombor 2 tu balik penang sekali nanti. 

Sampai Melaka dah nak dekat maghrib bersilat plak sebab sedara mama nak datang beraya ramai-ramai sekali sambut birthday mama 22 April. 

Nasib lah ada ramai askar membantu adik bongsu cik zira adik nombor 3 dan isteri. Sebab tetamu ramai 50 lebih. 

Macam tu la raya kan. Beraya ziarah jumpa sembang makan makan. Bukan selalu nak dapat rasa macam ni. Penat tu memang lah penat tapi seronok dapat berkumpul ramai-ramai. 

Hari raya kedua dengan ketiga sambung beraya uma sedara mama. Raya keempat dah gerak balik penang awal pagi dah sampai keluar awal nak elak jem. Alhamdulillah perjalanan smooth je. 

Sampai penang raya ke 5 sampai lah harini raya ke 8 Sabtu hari hari pergi beraya bawa khalisah dengan abdul khaliq. Cuti masih ada. Nanti dah kerja balik duk diam diam kerja hehe

Next pos cikzira share kisah beraya cikzira dan ootd kitorang anak beranak eh😘

Cikzira nak amek kesempatan ni buat yang sudi singgah blog merah hari raya ni, SELAMAT HARI RAYA MAAF SALAH SILAP TERLANJUR KATA TERKASAR BAHASA. Semoga semuanya sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. 

Jaga diri korang sekarang cuaca panas sangat. Minum air banyak banyak tau❤️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails