Memandangkan duk lalu lalang dekat depan mata pasal Double the Trouble Promotion tu, pasta dengan luncheon menu semua 50% off.
Valid sehingga 18 Mei 2023 ni sahaja setiap Isnin Selasa Rabu Khamis, 11 pagi hingga 3 petang.
Berbaloilah bila makan dengan separuh harga bolehlah order banyak kan. Cikzira list siap siap nak order apa dari rumah jadi bila sampai bagi tahu je staf menu.
Masa sampai tu ramai jugak beratur sebab cuti kan. Cikzira plak tak buat booking sehari sebelum. Book pagi je tak di reply jadi walk in jela. Tunggu la jugak dekat luar tu bagi nama dulu tapi tak sampai sejam dapat masuk dalam.
Mula tu duk table panas cahaya matahari. Tapi minta masuk ke table dalam nasib boleh tukar meja.
Order 8 menu promosi tu mentang kan tengah 50%. Dengan perut kosong berangan nak makan banyak banyak. Lepastu takde plan pun nak makan Steak sebab bukan penggemar Steak pun sangat lagi suka kambing. Tapi, saja order jugak buat ghaso ghaso kan kata orang. Dah sampai Menate ni tak order Steak macam tak sah la plak kan.
Kalau order Steak boleh dapat air free flow tau amek ais sendiri buh air sendiri. Lepastu cikzira order jus oren 2 dengan jus tembikai 1. Plak staf masa hantar boleh tertumpahkan jus tu, dia ganti jus epal satu. Kenyang jugak minum jus banyakš¤£
Oklah, taknak taip panjang. Jom tengok apa cikzira order ok. Penuh meja dengan makanan banyak.
Jus oren, tembikai, epal RM8.95/gelas |
teriyaki chicken rice RM9.45 |
caesar chicken wrap RM11.50 |
beef aglio olio RM8.45 |
buttercream chili chicken pasta RM8.95 |
angus F1 striploin 204gram RM102 |
aglio olio pasta RM6.45 |
carbonara pasta RM10 |
beef bolognese pasta RM9.95 |
percik chicken rice RM9.95 |
Jadi orang penang, cepat siapa nak makan dengan separuh harga untuk pasta dan luncheon menu, cepat pergi Menate Penang untuk masa yang ditetapkan je tau.
Nak tengok video jom KLIK SINI
No comments:
Post a Comment