SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, May 9, 2023

BiteShack Cafe, Penang

Cikzira ni memang satu kepantangan bila tengok Cafe ke kedai makan baru buka lepastu duk lalu lalang dekat wall. Mesti rasa nak cuba jugak.

Baruni lewat petang lepas pos barang bajuarab terus waze cari kafe ni. Konon nak makan croffle la sebab kitorang anak beranak memang hantu croffle plak tu croffle dekat penang pulau ni susah betul nak dapat. 

Sampai tu dapat park depan kedai lega takyah jalan jejauh. Kafe ni dekat hujung corner. Kecik comel je. 

Ada menu apa?
🖍️ pasta
🖍️ donut
🖍️ croffle
🖍️ set nasi limited time
🖍️ coffee
🖍️ burger 

Cikzira nak order croffle sorang 2 ketul tapi sayang sebab dah lewat petang croffle tinggal 3 ketul je. Tu order pasta 2 pinggan dengan fries. Iced caramel macchiato 1. Lepastu tapau BiteShack burger sekali.








Croffle dia kecik kalau beli 3 harga combo RM12 sahaja. Kurang rangup jadi bila buh topping jadi topping tu cair. 

Aglio olio pasta sedap. Coffee pun just nice. 

Dah try tu lega dah takdelah terfikir-fikir lagi nak pergi pergi. Next kita try kedai lain pulak ok😊

Nak tengok video, KLIK SINI

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails