SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, April 16, 2026

nak tukar alamat di mykad anak?

cik zira nak berkongsi info sekiranya nak tukar alamat di mykad anak bawah 18 tahun. oleh kerana tahun lepas januari, khalisah 12 tahun kena buat mykad kan cikzira guna alamat penang sebab tak sangka nak berpindah balik ke johor. jadinya lepas dah pindah dan menetap terus ni mestilah nak tukar alamat rumah sendiri dalam mykad kan.

hari selasa lepas ibu dengan khalisah balik sekolah, kitorang gi lunch dulu lepas lunch terus ke UTC Pasir Gudang yang jaraknya dalam 14 minit dari rumah. masa sampai JPN tu amek nombor pukul 3.14pm. masa dapat nombor tu kena tunggu lama sebab gap nombor dalam 20 lebih. 


mengopi meng-aiskrim la dulu dekat AiCha depan JPN tu je. pastu berjalan jalan dulu membeli sket. nasib bangunan UTC tu macam macam jugak ada boleh cuci mata. 





lepas tunggu sejam lebih, nombor pun dipanggil. bagi mykad asal anak salinan bil utiliti dengan mykad mak. staf akan keyin details lepastu kena bayar RM10. kena amek gambar baru dan tudung hitam disediakan khalisah kena tukar sebab dia pakai tudung sekolah putih sama dengan background. 



mykad asal dipotong lepastu kena amek nombor baru untuk amek mykad baru yang dah siap. amek nombor baru 4.57pm seminit lepastu dah dipanggil. siap terus mykad baru alamat rumah sendiri. alhamdulillah ❤️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails