SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, April 17, 2023

Menjelang Syawal

Assalamualaikum semua. Sekejap je harini dah Ramadan ke 26. Kalau ikut kan 30 hari berpuasa, Sabtu 22 April kita semua sambut Syawal. Tapi manalah tahu kan raya terkejut macam tahun lepas, Jumaatlah kita raya. 

Tapi takpe. Semua dah expert dah tahun ni kalau kata raya terkejut jugak. Amek pengalaman tahun lepas. Ramai yang dah belanja siap siap kan macam tokbik khalisah dengan abdul khaliq dua hari lepas dah belanja barang nak masak siap-siap. 


Harini Isnin 17 April dengan esok Selasa 18 April dua hari je lagi nak sekolah. Mood nak balik kampung mood nak beraya dah semua. Tapi kena jugak habiskan 2 hari ni je lagi. Sket je lagi❤️

Alhamdulillah abdul khaliq pun tahun ni percubaan pertama berpuasa. Ingat nak train puasa sekerat hari je tapi dia punya semangat lain macam. 1st day je dia haus sangat minum seteguk je air kosong tu je. Lepastu ada sehari dia demam kena makan ubat tak bagi puasa. Ni dia kata nak habiskan dapat puasa 28 hari. Khalisah dulu pun umur 5 tahun dah belajar puasa. Anak-anak nak puasa kita kena kasi support. Solat pun kena pesan wajib buat. Semoga khalisah dengan abdul khaliq jadi yang baik baik buat yang baik baik. Ibu dah ajar mana yang patut😊


Eh melalut plak kan. Dah back to tajuk post harini. The Super Mario Bros Movie. Dari Disember lagi abdul khaliq duk tanya bila movie Mario nak keluar sebab asek duk tengok trailer je dekat YouTube. Haritu pun masa tengok movie bulan 12 dia ada amek gamba dengan poster Mario movie. 


Semalam jalan-jalan dengan sunway carnival mall, lalu lah GSC, nampaklah poster beso 20 April keluar movie mario ni. Apa lagi excited la kawan ni pun. Tapi tulah 20 April tu hari balik kampung. Tunggu bertenang sket nanti bawa dia tengok movie ni memang lama sangat dah dia tunggu. 

Nanti tunggu raya ke berapa ibu bawa adik tengok movie adik nak tengok ni ye. Ibu janji🤙🏻

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails