salam sayang semuanya,,,
alhamdulillah, masuk hari ketiga bersekolah, cik zira dah dapat rentak tugas dan kerja dan juga perangai budak-budak yang cik zira aja.
lesson plan cik zira buat setiap malam supaya dapat tahu esok nak mengajar apa. lagipun pendek je tak macam masa praktikal dulu. pendek pun amek masa jugak nak tulis sebab jenuh memikir.
Tahun 2 Ehsan dan kelas cik zira, 2 Fadhilat, tengok macam dengar kata. tak berani nak melawan, takut cikgu lagi. tapi, tahun 3 Bijak ni, konon dah darjah 3, paling senior sesi petang, kelas kedua plak tuh, dah nak tunjuk belang. takpe, belum kenal siapa teacher hazirah kan. tapi semalam mengajar dorang, ok, dorang tak berani nak mengada sangat.
yang paling kesian ialah kelas 3 Jujur. cik zira masuk cakap english. tapi cakap pelan-pelan. macam faham sebab semua angguk diam. rupanya, bila tanya, hampir semua dalam kelas itu tak tahu membaca dan mengeja. Ya Allah, kesiannya. Jadi, bila dah tahu tahap dorang, senanglah cik zira nak buat Lesson Plan dan rancang pengajaran yang sesuai untuk diorang. kesian memang kesian. mana yang cik zira boleh tolong, cik zira cuba.
masih berpuasa dan masih bertahan, hehe
tido pun lewat siapkan kerja. bangun awal, sambung kerja lagi. sampai sekolah pun buat kerja jugak. rasa macam takde masa rehat lah sejak sekolah mula ni. dah tak tengok tv, tak tido banyak. masa rehat hanyalah sekejap itu pun untuk update blog. itu sahaja. harap-harap sabtu ahad ni bolehlah rehat sekejap.
ok semua. semalam gi sekolah pakai baju oren bunga hijau, jadi pakai tudung syria warna hijau.
hari ini pakai baju hijau + pink, tudung syria pink. pakai syria ni bukan apa, senang nak solat. masa rehat tak lama, jadi kalau pakai shawl tuh, amek masa sikit, pakai syria senang,, =)
gamba semalam yang keorenan akibat cahaya matahari
hari ini hari rabu. khamis dan jumaat, lepas tuh boleh berehat sekejap di hujung minggu. harap-harap kerja takdelah banyak sangat. AMIN
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 5 januari 2011 12.10 a.m.
No comments:
Post a Comment