sendirian
akal berfikir
hati berbisik
mata melirik
tangan laju menaip
Ya Allah,
aku hambaMu
hambamu yang sering melakukan kesilapan
hidup ini Ya Allah
penuh dengan segala godaan dan dugaan
aku hamba Mu Ya Allah
saat diriku benar2 sepi
aku hanya berserah padaMu Tuhan
aku hanya menadah tanganku dan memohon padaMu Tuhan
kesedihanku kesepianku
kegembiraanku senyumanku
semuanya milikmu Ya Allah
aku bersyukur atas semuanya
hidup ku teruskan
walau berbagai yang telah kutempuh
air mata bukan lagi peneman
tetapi semangat dan doa
bekalan ku utk terus kuat
aku hamba Mu, Ya Allah
setiap saat berdetik
setiap masa yang berlalu
aku simpulkan menjadi diriku sendiri
mencuba menjadi yang terbaik
insya Allah
kuberfikir
bilakah semua ini akan berakhir Ya Allah?
tapi
walau apa pon ujian Mu
kuterima dengan rasa syukur
kerana segala ujian dariMU
sememangnya mematangkan diriku
menjadikan ku manusia yang kuat
yang tabah menjalani hari-hariku
Ya Allah Ya Tuhanku
kepadamu aku bermohon
sentiasala Kau lindungi diriku
lindungi arwah bondaku
lindungi abahku
lindungi adik2ku yang amat kusayang
lindungi atok bik ani dan kesemuanya
lindungi kami semua hambaMu, Ya Allah
kerana,,
hanya Kau yang Satu
kerana Kau yang berhak
kerana,,
kerana kami semua hanyalah hambaMu
hambaMu yang kerdil
meminjam segala pemberianMu
syukur alhamdulillah
ku masih di sini
meneruskan hidupku
mengumpul segala iman dan amalku
baik di dunia mahupun di akhirat sana
insya Allah,,,
aku hamba Mu, Ya Allah,,,,
k,adios!!!,,, by : ierarahman 30 may 2009 12.25 a.m.
No comments:
Post a Comment