SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, September 12, 2011

Instant Fairness BB Moisturizer





apakah itu Instant Fairness BB Moisturizer?






dalam kata mudah, ia sebenarnya BB Cream, tapi dari jenama Garnier, ala yang dutanya Lisa Surihani yang comel itu. kan dah tengok iklan baru garnier pasal BB Cream ni kan?






memandangkan BB Cream lama yang cik zira gunakan iaitu Magic BB Cream by Silky Girl akan habis tidak lama lagi, jadi cik zira stand by BB Cream yang baru. ingat nak pakai lagilah silky girl punya, tapi bila nak beli hari tuh, harga dia dah mahal, RM 29.90 untuk 25 ml tengok dekat tesco. masa beli dulu belas-belas jek harga dia. jadi, tanak over the budget, cik zira pun amek BB Cream garnier yang baru tu, nak cubalah, tengok ok ke tak.






setakat ni, kulit muka cik zira alhamdulillah takde masalah sangat bila pakai produk apa pun. jadi, bila pakai bb cream silky girl, muka pun ok, sama macam pakai apa jenis bb cream pun, kulit muka memang akan nampak licin dan dapat tutup lah semua cela-cela tu.






jadi, nanti bila cik zira dah mula pakai bb cream garnier tu, nanti cik zira cerita apa hasilnya ye. ok tak sama macam silky girl. harap-harap oklah kan. untuk BB Cream Garnier ni, harga dia RM 19.90 untuk 20 ml. ada 10 kebaikan apabila memakai bb cream garnier ni dan bau dia wangi. kotak dia ada gamba lisa surihani,,, =)







kulit muka cik zira takdelah licin cantik macam orang lain, tapi cik zira ada cara tersendiri nak tutup jerawat dan kesan parut sana sini dekat muka cik zira tu. cara cik zira ialah :



  • lepas cuci muka, cik zira akan pakai toner safi balqis
  • pakai krim pencerah fair & lovely untuk lapisan pertama
  • pakai krim kecantikan safi untuk lapisan kedua
  • dan lapisan ketiga baru pakai bb cream - sekarang masih pakai bb cream by silky girl lah
  • dah cukup semua lapisan,, hehe, barulah ratakan dengan bedak kompak silky girl jugak!





ini cara cik ziralah. makan masa jugaklah kalau setiap kali nak keluar atau pergi kerja, tapi takdelah sampai berjam-jam, dalam 5-10 minit je sebenarnya. ataupun kalau cepat, memang tak sampai pun 5 minit. alah, sapu-sapu kemudian ratakan. itu aje.
lagi satu, umur dah 25 sebenarnya, tapi masih perasan macam masih muda remaja, semuanya nak silky girl. bb cream lah, bedaklah, lipstik pun tau nak silky girl. takpelah kan, walaupun harga murah, tapi tetap cantik dan sesuai dengan cik zira. Insya Allah, kalau kewangan dah stabil nanti, nak jugak merasa produk yang mahal sket tuh,,, ;)






eh, kepada yang masih belum mencuba BB Cream, jangan ragu-ragu okeh. BB Cream sangat best dan menjadikan kulit muka anda cantik licin berseri. tak percaya? cubalah dulu!!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 11 september 2011 9.38 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails