SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, April 10, 2012

Allah menguji hamba-Nya yang kuat.





setiap apa yang diberikan Allah, semuanya telah diaturkan dengan baik oleh-Nya yang Maha segalanya.






kadang-kadang sampai ada satu tahap cik zira akan rasa sedih sangat bila teringat terpaksa berjauhan dengan suami. kadang-kadang sampai satu tahap akan jadi rindu sangat-sangat dengan suamiku.






terasa macam best je tengok suami isteri lain yang duduk bersama, hari-hari jumpa, hari-hari dapat tido sama-sama. tapi, cik zira terpaksa kena jauh-jauh. bukan jauh yang dekat, kira macam jauh yang jauhlah jugak. huhu






kalau cakap dengan suamiku, dia selalu akan kata, "cuba fikir suami isteri lain yang dah bertahun duduk asing jauh-jauh. bukan kita je nasib macam ni. kena bersyukur."






jadi, bila setiap kali dia akan jawab macam tu, cik zira akan diam jelah.


 muka sedih suamiku terpaksa tinggalkan isterinya,,, =(

tidak mahu lepaskan




cik zira akan sentiasa fikirkan ini untuk kuatkan diri cik zira bila berkeadaan berjauhan dengan suami begini:




" Allah tu Maha Adil. Dia tahu setiap kekuatan dan kelemahan hamba-hamba-Nya. Allah uji cik zira dan suamiku terpaksa berjauhan sebab Dia Maha Mengetahui kekuatan dan kesabaran cik zira dan suamiku. Allah dekatkan, bagi suami isteri lain duduk bersama sebab Allah juga Maha Mengetahui mereka-mereka itu sememangnya tidak kuat jika terpaksa berpisah."






jadi, dengan berfikir seperti itu, akan menjadikan cik zira kuat dan terus bersabar. berdoa dan terus berdoa semoga cik zira satu hari nanti dapat duduk berdua bersama dengan suamiku di Penang sana. semoga doa cik zira yang satu ini dimakbulkan Allah hendaknya. Amin.






p/s bukan senang sebenarnya hubungan jarak jauh ni. rindu tak payah cakaplah kan. huhu. hanya orang yang senasib sahaja mengerti.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 9 april 2012 10.58 p.m.

6 comments:

Zalieda Zaliedana said...

Assalam Zira,alahai siannyer,xpe sabar bebanyak eks,InsyaAllah kak ct doakan zira dapa tukar ke penang tak lama lagi eks..Xper zira,kata org,semakin jauh semakin rindu,tapi bknlah bermakna duk dekat xrindu kan..Kak Ct harap zira tabah n selalu pikir positif eks..InsyaAllah xlama lagi msti dpt tuka,Nnti dpt duduk bertiga lak kan,hehe..Pastu kalo dah dpt tuka pg,leh la mai umh kak ct kat byn baru eks..

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

terima kasih ye kak ct, doakan tau kt dapat pindah penang. nanti bolehlah gi uma akak,, =)

Alia Arul said...

saye senasib ngan cik zira.. saye kat pasir gudang n tunang kat penang.. tapi baru tunang lah.. apepn tabit kat cik zira.. kite ni walaupn tunang, dapat rase jgak ape kak zira rase.. ni lagi dah kawin kn.. sbr je la ^_^.. moga kita sama2 kuat..

Sheherazade said...

tabah ye,doakan yg terbaik utk anda berdua

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Alia Arul :

eh, macam sama je. kt pun keje pasir gudang, SK Taman Cendana. dulu masa tunang setahun pun jauh jugak. jumpa bape kali je. ni dah kahwin lagila. jarang dapat jumpa. tapi, apa pun kena sentiasa doa supaya Allah dapat bagi peluang duduk bersama tak lama lagi. Amin.



awak pun kena kuatkan diri k,, =)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Peri PiA :



thanx dEar,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails