sekarang khalisah dah 5 bulan lebih. macam-macam dah pandai. syukur sangat. umur 4 bulan lebih dah mandi air sejuk je pagi ngan petang. tak mandi air panas dah. nak bagi badan dia kuat. memang dia gigil sejuk masa mandi tu tapi dia boleh tahan. good girl khalisah. senang kan, tak payah nak masak air panas ke. gi mana-mana pun senang sebab mandi boleh je pakai air sejuk.
dan umur 3 bulan lebih memang khalisah dah mula makan biskut dan nestum. awal tu memang dia ada masalah nak berak. 5 hari sekali baru berak dan pernah sekali dia sembelit tahi keras. sian khalisah. tapi bila tanya memang normal ada satu masa baby akan susah nak berak. bukan sembelit cuma 4-5 hari sekali baru berak. masa umur 3 bulan macam tu. alhamdulillah sekarang dah ok. memanglah kena marah kat klinik kasi bagi makan tapi khalisah ok bagi makan walaupun umur belum 6 bulan. ibu dia ni doakan semoga khalisah takde masalah pape bagi makan seawal 3 bulan lebih tu. cik zira ni kan ibu dia, mesti lah nak yang terbaik untuk anak. khalisah pun awal-awal bagi makan tu dia memang pandai telan, jadi takde masalah.
ok, tu dua yang cik zira nak kongsikan tentang khalisah. banyak lagi sebenarnya perkembangan khalisah tapi takpelah, biar ibu dan orang dekat dengan khalisah je tahu k. yang pastinya alhamdulillah khalisah makin aktif dan dah belajar banyak benda baru dalam nak membesar tu.
oh ye, lagi satu, hari tu masa enjit 5 bulan yang enjit 3 serangkai ea kata orang, memang nurse kata enjit ni boleh demam sebab kuat sket ubatnya. cik zira dah risau ni. yelah sebelum ni sume enjit khalisah tak pernah demam. manalah tahu yang ni kot demam sebab dah besar sket kan. tapi alhamdulillah syukur. khalisah tak demam jugak. kuat lah anak ibu ni. sayang khalisah. cuma dekat tempat enjit tu macam mengeras beberapa hari mungkin sebab bengkak kot jarum panjang masuk kat peha gebus khalisah tu. tapi takdelah plak khalisah merengek sakit ke ape. kaki tetap gagah mengayuh tak berhenti. hehe
dah, ni bebetul ok. lari dari tajuk entry plak ni. yang pentingnya cite pasal khalisah jugak. kalau dah cite pasal cik zira, memang jauh melencong dah gamaknya.
suka bila tengok khalisah tengok cermin. kalau biarkan dia sorang-sorang tengok cermin nanti macam-macam gaya dia buat. agaknya tengok diri sendiri kan dekat cermin tu. berkawan dengan diri sendiri. kelakar pun ada.
setiap masa cik zira bersyukur sangat pada Allah sebab beri kesempatan dan pinjamkan khalisah untuk cik zira. syukur sangat. cik zira sayang khalisah sangat-sangat dan cik zira janji pada diri sendiri akan jaga khalisah dengan baik. didik khalisah supaya menjadi anak solehah berjaya dunia akhirat. dekat dunia pun dia capai kejayaan, dekat akhirat pun dia dah sediakan bekalan untuk masuk syurga. Insya Allah ye anakku. kejar dunia, tapi akhirat yang utama perlu dikejarkan. amin
P/S : SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA. SEMOGA RAMADHAN KALI NI DIBERKATI OLEH ALLAH DAN DAPAT KITA SAMA-SAMA MENGUMPUL PAHALA SEBANYAK YANG BOLEH. AMIN
P/S : SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA. SEMOGA RAMADHAN KALI NI DIBERKATI OLEH ALLAH DAN DAPAT KITA SAMA-SAMA MENGUMPUL PAHALA SEBANYAK YANG BOLEH. AMIN
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 3 julai 2013 6.18 a.m.
No comments:
Post a Comment