sejak zaman muda remaja cik zira memang gunakan produk fair & lovely dan juga safi untuk kulit muka cik zira. yelah, zaman sekolah itu je yang mampu untuk dimiliki. hehe
memang alhamdulillah, kulit muka cik zira memang serasi dengan 2 produk tu. lagipun nak cari pun senang. mana-mana pun ada jual. dari remaja sampai ke dah kahwin sume pun masih setia dengan 2 produk ni.
sampailah bila dah sedar diri dah dewasa ni, masuk je 27 tahun mac lepas, cik zira pun beralih arah dari safi, ke safi balqis dan sekarang guna safi rania gold yang dutanya che ta tu. saja nak cuba sebab kan produk safi rania gold untuk keremajaan kulit kengkononnya. yelah, dah nak masuk 30 ni, kenalah jaga muka ni supaya takdelah nampak tua sangat. carilah produk yang boleh nampakkan muka awet muda kan... ;)
cik zira beli dekat giant je. pencuci muka yang botol picit tu, toner dengan krim malam je. beli 3 je dulu. yang len-len tak pakai pun. pakai yang asas je. lagipun memang pakai malam pun safi ni. siang pakai fair & lovely. haha, seb bek muka ok pakai dua produk sekaligus.
untuk 3 benda tu harga dalam RM 60 ++ je. ni mesti boleh tahan sampai akhir tahun tak pun ntah-ntah sampai tahun depan kecuali toner lah selalu akan cepat habis. mula pakai akhir mei hari tu. kira dah sebulan lah jugak pakai safi rania gold ni.
pencuci muka
toner
krim pelembap malam
tak nampak beza sangat sebab baru pakai kan. tapi kira oklah sebab takdelah muka naik pape yang tak diingini ni. rasanya serasi dan bolehlah teruskan pakai. Insya Allah.
nasib baik kulit muka cik zira tak minta yang mahal-mahal dan alhamdulillah takde masalah pakai fair & lovely dan produk safi. jimat banyaklah jadinya. syukur
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 2 julai 2013 9.50 a.m.
No comments:
Post a Comment