SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, December 20, 2014

khalisah dan kafeel


cuti yang tinggal masa duk JB sebelum pindah dapat dimanfaatkan dengan keluar berdating bersama BFF cik zira, pn emy dan anak bujangnya kafeel afeef. dapatla jugak jumpa beberapa kali sebelum gerak ke penang.

dan salah satu aktiviti masa kitorang jumpa ialah bermandi di Tiram Indoor Waterpark di Today's Mall, Tiram. pergi pun masa tu dah petang. pukul 3 lebih sampai. sampai tu makan dulu sebab nanti main air lapa. tapi anak anak tak makan pun. mak mak yang makan. hehe



selesai makan terus beli tiket dan masuk. dewasa RM18++. kanak kanak RM13++. kanak kanak tu kena ukur tinggi dulu. kalau lepas kena bayar tiket. tapi bestnya kat sini buka sampai kul 10 malam. nak keluar masuk makan atau solat pun boleh selagi pakai gelang berbarkod tu. dahla tak panas. tempatnya pun indoor. memang santai sangat nak bawa anak anak ke situ.






sekarang dah cantik lepas renovasi. tempat duduk pun dah banyak. yang best lagi untuk ibu ibu menyusu dah ada bilik nursing yang besar dan selesa. bestlah!

dan yang lagi bestnya, ada taman main untuk budak budak main jugak. taman dia best. besar dan banyak mainan. lepas je puas mandi dalam kolam dalam nak dekat 2 jam, mandikan anak anak ni, bagi susu sume, bertukar plak ke tempat main. ibu ngan mama ni gilir gilir ke surau tengokkan anak anak ni main.






kitorang kat situ sampai pukul 8 lebih macam tu. dah penat anak dara ngan anak bujang tu, kitorang gerak balik. cik zira makan malam dulu kat uma bff sebelum balik uma atok dalam pukul 10 lebih sampai rumah.






kesimpulannya, kami berempat had fun! seronok sangat! salah satu tempat yang sangat best dan santai untuk bawa anak anak. tak berpanas, sume dalam ekon. nak makan pun ada. 

In Sha Allah, nanti kalau balik JB lagi nak bawa khalisah main dekat situ lagi. tak mandi pun boleh main dengan taman mainan tu. bagi main sampai puas.



terima kasih BFF dan kafeel sebab sudi luangkan masa dengan ibu dan khalisah ye. nanti jumpa lagi!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails