SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, January 6, 2015

khalisah jalan jalan di queensbay mall


tak silap ni hari last 2014. 31 haribulan. khalisah ngan ibu ikut mak ngah ngan mak su khalisah. dorang nak bershopping. cik zira pun ikut sebab nak beli crocs.



ibu pakaikan khalisah cardigan rimau, legging jeans dan macam biasa kalau jalan pergi mall memang pakaikan khalisah stokin dengan converse merah dia. khalisah jenis kaki macam cik zira, kena pakai kasut yang betul betul selesa bila berjalan. dan cik zira pun kalau berjalan memang sarung converse merah je. mestilah khalisah kena sama jugak.




awal tu mood masih baik. dah last last nak ngamuk je sebab dah masa untuk tido. akhirnya dah nak balik tu bagi susu kat pangku cik zira sambil berjalan dia tertido. badan dahla dah semangat jugak. sakit tangan bawa dia.




sekarang ibu belum masuk kerja bolehlah nak berjalan lagi. nanti dah kerja, kerja pun banyak nak kena siapkan, tunggu weekend jela nak berjalan ye khalisah. petang suh babah bawa gi taman.

oh lupa. khalisah ni kalau berjalan je dia nak ikat rambut. tu pun kena paksa. lepas tu kena sentiasa jaga jaga sebab bila bila masa je dia boleh cabut getah tu. khalisah khalisah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails