besday khalisah ke 2 tahun ibu ngan babah belikan rantai dengan loket nama khalisah. suka sangat bila khalisah suka nak pakai rantai ni. awal tu khalisah tak nak sebab dia tak biasa. pujuk pujuk sampai nak puji puji cakap cantik. ada nama khalisah. ibu punya rantai pun takde nama. lama lama dia ok.
mula mula tanak pakai asek minta buka |
tapi, satu hari tu, malam gi jalan makan. balik uma nak salinkan pampers nak tido khalisah pun ngantuk, cek tengok rantai dah takde. Ya Allah. bayangkanlah. takut tak takut nya cik zira rantai khalisah baru je pakai dua minggu dah hilang. apa lagi nangis terus. tanya khalisah dia kata dia tak buka. dia pun tak tahu kat mana kan. memang nangisla ni meraung khalisah ngantuk tengok ibu sedih je.
tunggu suamiku balik ngadu. dia kata sabarlah. dah nak hilang takde rezeki. Ya Allah. mahunya tak sedih sayang kot rantai tu. hadiah kasih sayang untuk khalisah. tapi masa nangis memang doa doa semoga rantai ada jatuh dalam kereta. memang doa sangat sangat minta Allah dengar permintaan cik zira.
suamiku turun bawah. naik atas dia buat macam tak tahu dukung khalisah masuk bilik. khalisah keluar bilik bagi rantai kat ibu. lega sangat sangat. syukur. terima kasih sangat sangat sebab Allah dengar doa cik zira. memang betul rantai jatuh kancing terbuka. rasanya tersangkut dekat mana mana. rezeki khalisah dengan rantai tu masih ada.
simpan jap sehari dua tak kasi pakai. sebab nak ikat ngan benang bagi kuat. tapi cari benang tak jumpa pulak. pakaikan jugak. tapi ada cerita lagi sedih. khalisah memang tak reti diam. balik skola hari khamis lepas, makcik khalisah bagi tahu ibu loket dah nak tercabut.
adoila. terus buka rantainya. betul la. dah senget dah loket nama khalisah. takleh nak betulkan balik nanti patah terus. jadinya nak kena bawa gi kedai tu balik suruh betulkan. nanti dah ok baru boleh pakai balik.
khalisah dah nak pakai rantai. keluarkan gelang tangan ngan gelang kaki atok nenek nanee khalisah kasi. khalisah nak pakai dah! yay! ibu suka sebab khalisah boleh nampak perempuan bila pakai emas emas ni. khalisah minta nak tindik telinga pulak sebab ibu pun pakai. nanti ye khalisah.
No comments:
Post a Comment