SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, February 17, 2015

suka tolong ibu


anak dara ibu ni, dia suka tolong ibu angkat barang. kalau beli pape kat kedai ke kat mana ke, nanti khalisah akan tolong bayar bagi duit lepas tu amek plastik barang tu angkat. kalau ringan memang khalisah akan angkat sampai rumah.

tapi, kalau berat nanti khalisah akan cakap, "beratlah ibu. isyh, berat. ibu tolong angkat."

kadang ada masa berat pun dia tunjuk hebat. "takpe ibu. khalisah kuat boleh angkat."





kadang kesian jugak tengok khalisah bawa barang. tapi khalisah yang nak, ibu tengok jelah. agak khalisah dah tak larat sangat, ibu tolong angkat pulak. maklumlah menyewa flat ni, parking kereta jauh nak pergi ke lif. ;)

pape pun, terima kasih anak ibu. tolong angkat barang, tolong jemur baju, tolong lipat baju. tolong buangkan sampah pun dah pandai.

khalisah ni umur baru 2 tahun, tapi siapa yang kenal dia, boleh tengok gaya cakap fikir aksi akal khalisah sume dah macam budak 4-5 tahun. mana taknya, ibu ni suka marah suka jerit, sebab tu khalisah pun dah cepat sangat matang dia.

kalau ibu nasihat ingatkan, nanti khalisah ingat. esok tanya balik khalisah boleh ulang apa ibu cakap. kalau khalisah campak barang bagi ibu, nanti ibu suruh bagi elok elok balik dia amek bagi elok elok. ada sekali tu, ibu campak barang kat khalisah, khalisah suruh amek bagi khalisah elok elok balik sama macam ibu cakap dan buat. ibu terkena balik! haha. anak ibu ajar ibu balik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails