SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, April 8, 2015

tajuk masakan : bendi nan sebatang


salam sayang. baiklah. di hari rabu ini, marilah cik zira kongsikan satu cerita hebat pasal anak dara cik zira, khalisah. kalau bab menyangkut dan menjemur baju sudah. bab tolong kupas kulit bawang pun sudah. kali ni cerita apa pulak ye. hehe

ha, marilah baca dan tengok gambar sampai habis.

alkisahnya. setiap hari kalau ibu masak, rupanya khalisah duk memerhati. walaupun sebenarnya dia tengah main ke tengok tv ke tapi ada mata hatinya yang dapat tengok apa rutin ibu buat setiap hari. memandangkan rumah tempat kitorang tiga beranak berteduh comel, maka apa ibu buat semua khalisah dah tahu.

pada suatu hari, babah top up esbok dengan sayur sayur. malam itu, ibu sedang berehat tengok tv. dalam diam khalisah sudah mulakan projek juta juta dia.

dia amek tapis dalam laci sama macam ibu buat proses pertama tu. lepas tu buka esbok duduk amek sayur bendi. semua sekali dia amek. amek letak dalam tapis. bawa pergi sinki. kengkonon basuh bendi tu dengan air tapi air tak buka dia malas panjat buka paip tu.




lepas basuh sayur. dia letak atas dapo kengkonon ngah masak. ok. siap masak, khalisah amek segala mangkuk yang ada dekat tempat keringkan pinggan mangkuk. kecik beso mangkuk yang ada dia letak atas batu tu. bendi yang dah siap masak kononnya di masukkan dalam mangkuk sebatang sebatang.




ibu perhati je apa khalisah buat sambil ketawa dalam hati. kalau ketawa nanti khalisah marah ibu. bila tanya buat apa, khalisah jawab, " masak sayo lah!"


anak dara ibu ni kan. nanti cukup umur ibu ajakan masak cepat cepat ye. belikan mainan masak masak tak nak. nak main yang real punya siap dekat dapo ibu dia masak bendi. syabas khalisah!

nasib baiklah lauk basah tinggi dia tak boleh amek. kalau tak agaknya dah main dah ayam sotong udang semua. nasiblah baik.

1 comment:

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam zira,
he3
sodap tu
menu baru yer he3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails