SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, September 17, 2015

dulu suka make up, sekarang bedak pun tak pakai


kalau korang korang yang folo blog cik zira dari cik zira anak dara dulu, zaman jahiliah cik zira lah senang cakap, huhu. mesti tahu cik zira dulu macam mana kan. melaram sana sini. suka make up cantik sana sini.

ni zaman anak dara. suka sangat make up 


berbeza sangat dengan cik zira sekarang ni. jauh berbeza.


gamba dua ni zaman khalisah baby, time ni pun ibu kuat melaram lagi


yelah. sejak sejak dah berhijrah akhir tahun lepas. apa nak pakai sume kena fikir dulu. perfume pun sejak pregnen khalisah memang dah tak pakai langsung. kalau tak dulu habis je sebotol tu mesti pergi beli yang baru.

baju pun setiap bulan ada je fesyen baru cik zira gayakan. tudung pun samalah.

tu dulu dulu kan. zaman anak dara. zaman nak melawa je. tak fikir apa.



ni ibu khalisah sekarang. macam makcik makcik sangat kan ;)


samalah macam muka ni ha. dulu suka sangat bila ingat balik. kulit muka alahai licin bersih. nak make up pun senang. sekarang? Ya Allah. penuh jerawat bekas jerawat sume satu muka. comot sememeh habis. keluar gi kerja pun sapu krim fair&lovely lepas tu krim safi atau BB cream. tu je.

kalau make up pun tak semenggah macam dulu. rasa comot je diri ini sekarang. patut pun la kan sebab tahun depan pun dah masuk 30 tahun. kena sedar diri. kena fikir mati selalu. baru selalu insaf sket. hehe.

tapi minggu lepas, dalam pada rasa diri ni makin comot dah tak bergaya macam zaman anak dara zaman lepas kahwin lepas beranak khalisah, zaman sebelum berhijrah, kakak kantin dekat sekolah tego, "cikgu belum kahwin kot na?"

ehem ehem. macam anak dara ke cik zira ni. perasan sekejap. ingatkan sume tengok cik zira dah macam makcik makcik sangat dah sekarang ni.

"takpe cikgu. saham cikgu tinggi lagi" kata kakak tu.

hamboi. bila bagi tahu suamiku, sengih dia. yelah, selama ni cik zira rasa sume ingat umo cik zira dah nak 40 tahun dah sebab comot. pakai jubah tudung bebeso. itula kan, jangan ingat bila berhijrah ni, kita rasa comot. kalau tahu dan kena dengan cara, pakai bagi kemas tetap nampak elok dan sedap dipandang. yang penting redha Allah dan redha suami. diri sendiri kena fikir elok ke tidak pakai ni. sopan ke tidak macam ni.

masa melaram sudah tamat. itu kenangan. sekarang nak melaram pun masih boleh cuma tudung tu bagi labuh, baju kasi longgar. make up pun berpada pada jela.

selalu pesan diri sendiri macam tu =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails