SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, October 17, 2015

jam gabak


masa balik bercuti di JB bulan 9 haritu, khalisah ada berkenan jam tangan beso tokmoi belikan aiman. khalisah asek pinjam je pakai. sampai berebut dengan aiman. jam tu best sebab bila tekan keluar lampu pastu ada gambar kartun bananana tu.

bila nak balik penang, khalisah minta ibu jam sama macam tu. maka berjanjilah ibu ni pun nak cari jam macam tu jugak bila sampai penang nanti.

esoknya jugak, pergi cari jam gabak berlampu tu. perkara pertama buat sebelum buat yang lain lain, sebelum makan dan beli barang dapo.

lega, jumpa jam sebijik sama. tapi bananana takde. yang ada frozen atau khalisah sebut "pojen". terus adjust pakaikan. yang penting kena keluar lampu ada gamba pojen dia tu.

dapat terus senyum lebar. puas hati. janji ibu dah tunaikan. barulah boleh ajak pergi makan. ibu whatsapp kat mama aiman tunjuk khalisah dapat jam sama macam aiman. terus posing khalisah pun senyum lebar.



nasib baik kedai jam sini ada jual jam sama. bila pakai je memang nampak dari jauh gabaknya jam itu. harga dia, rm19.90. nasib baik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails