SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, December 23, 2015

REVIEW: 67 RESIDENCE, BAYAN LEPAS


Minggu lepas cik zira ada cite kan cik zira dan kawan kawan maktab ada buat mini reunion. Salwa yang cari dan booking rumah beso ni untuk kitorang berjumpa.

Rumah 3 tingkat di bayan lepas area pisa tu sangat beso. Memang puas hati untuk berkumpul dan femly yang ramai.

Masuk masuk je memang wow! Khalisah pun sama. Memang macam hotel. Ruang tamu beso. Ruang makan beso. Dapo pun best. Bawah ada 1 bilik kecik dengan toilet.

Tingkat 2 ada 3 bilik. Master bedroom siap ada jacuzzi kat bilik air. Dahla bilik air tu macam dekat spa spa decoration dia. Cantik! Semua bilik ada ekon. Ruang tamu pun ekon yang macam kat hotel tu.




Master bedroom katil double. Bilik 2 ada 2 katil double. Bilik 3 ada 1 katil double.

Tingkat 3 atas skali ada 2 bilik. 1 bilik katil single. 1 bilik lagi ada 5 katil single dengan sofa bed.

Ni kalau femly ramai bawa atok nenek pakcik makcik sume datang jalan penang memang best duk uma ni. Puas hati sangat sangat. Khalisahla keje nak berendam je dalam kolam kat dalam bilik air tu.

Boleh booking dekat booking.com. Cari nama 67 residence tak silap. Rate 1 malam rm590. Lepastu kena bagi 350 deposit yang akan dipulangkan balik masuk akaun.

Berbaloi dengan harga sebab memang beso dan cantik. Puas hati sangat. Parking pun boleh masuk 3 keta sebab ada 2 pagar.

Kalau korang tak tahu nak stay mana ramai ramai, memang cik zira suggestla sangat sangat rumah ni.

Owner dia cina tauke kedai jam. Tapi rumah bersih siap ada arah kiblat. Dia memang jaga betul betul.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails